Monday, April 15, 2013

[VIDEO] : #GE13 #AkuJanji Panda vs. #ManifestoBukanJanji Hornbill - PR Pernah Tarik Balik Janji Selepas Menang!



Hahaha...

Penerangan mengenai beza janji-janji pembangkang dan BN yang dibuat dalam versi permainan video di atas   amat sesuai untuk mereka yang malas membaca dan jenis mudah terpengaruh dengan segala janji kosong pembangkang.

Sejak tahun 2008 - 2012 di mana pembangkang menguasai beberapa negeri dalam PRU12 yang lalu, masih banyak janji yang gagal dilaksanakan. Malah ada juga janji yang dibuat dalam manifesto ditarik balik sebagaimana berlaku di Selangor.

Sebelum terpengaruh dengan janji baru pembangkang untuk PRU13, kita seharusnya bijak menilai janji yang telah dilaksanakan oleh pembangkang sepanjang mereka memerintah di beberapa negeri.

Lihat apa yang berlaku di Selangor di mana Menteri Besar sendiri bertindak menarik balik janji yang dibuat dalam manifesto mengenai cukai pintu.

Dalam manifesto 2008, pembangkang berjanji mengurangkan cukai pintu rumah di Selangor 20% manakala premis pula dijanjikan pengurangan sebanyak 10%. Namun sebaik sahaja mereka berjaya memerintah Selangor, janji tersebut ditarik balik.

Malah PAS sendiri mengakui kegagalan mereka menunaikan manifesto di Selangor :

ARTIKEL PENUH
Jelas terbukti bahawa mereka tidak mampu mengurus tadbir dengan baik. Mengapa kita perlu mempercayai janji taik kucing yang dibuat sempena PRU13 oleh pembangkang?

Aplikasi dan info mengenai BN kini di Google Play Store brader!

Jom download ke dalam android masing-masing!



No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-