Monday, March 4, 2013

[VIDEO] : Sidang Media Terkini @PDRMsia Jam 9.00 pm - #LahadDatuAttack #OpsSulu



Tak perlulah kita nak lebih-lebih sehingga menyebarkan gambar palsu di mana ia menimbulkan suasana panik kepada rakyat Malaysia.

Kepada yang kata PDRM tak bertindak, Menteri Dalam Negeri tak habis-habis dengan amaran kononnya tak buat kerja bla bla bla...

Satu soalan aku, adakah kita mengharapkan pihak PDRM dan ATM turun saja ke Lahad Datu terus melepaskan tembakan tanpa membuat pemerhatian dan risikan terlebih dahulu?

Bagaimana jika mereka tertembak rakyat Sabah yang merupakan warganegara Malaysia, maka tidak hairanlah jika PDRM dan ATM perlu membuat risikan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Dari kerja-kerja perisikan inilah, sebab itu kejadian semalam melibatkan anggota dari bahagian risikan PDRM yang terkorban, bukan perkara mudah nak bezakan antara pengganas Sulu dengan orang awam di Lahad Datu.

Jadi tidak hairanlah jika seorang pengganas Sulu mati di tangan orang kampung kerana orang di perkampungan itu kenal siapa penduduk di sana.

Nak faham benda simple macam ini pun susah?


Al-fatihah kepada pejuang-pejuang yang terkorban...


1 comment:

  1. Sokongan tetap diberikan kepada pasukan keselamatan walaupun dari jauh. Bimbang dan cemas pun adalah merupakan tanda sokongan..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-