Tuesday, March 5, 2013

Provokasi Tian Chua Selamatkan Anwar Ibrahim Dari Menjawab Tuduhan Media Asing!- #Pray4Sabah



Provokasi oleh Tian Chua sedikit sebanyak mengalih pandangan rakyat terhadap isu utama yang pada perlu dijawab oleh Anwar Ibrahim sebagaimana dilaporkan oleh media antarabangsa seperti Reuters dan The Manila Times.

Sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih tidak menjawab tuduhan yang disiarkan oleh The Manila Times dan Reuters, apa yang Anwar Ibrahim katakan hanyalah saya akan saman Utusan dan TV3, malah wartawan pun digertaknya "kalau you ulang lagi i saman!"

Hahaha...

Apabila mendengar Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut, maka rakyat (terutama sekali totok PR) melihat Anwar Ibrahim di pihak yang benar kerana berani saman media yang mengaitkan dirinya.

Malang buat Utusan Malaysia dan TV3 yang melaporkan berita berdasarkan sumber Reuters dan Manila Times dipersalahkan. Anehnya pengikut cai pembangkang gagal bertanya, kenapa tidak Anwar Ibrahim mengemukakan tindakan undang-undang terhadap Reuters?

Agensi berita Reuters bukan agensi biasa, ia diikuti di seluruh dunia, jadi laporan berita yang disiarkan di laman itu dilihat memberi kesan yang lebih besar kepada Anwar Ibrahim berbanding laporan Utusan Malaysia dan TV3 yang hanya diikuti oleh rakyat kita.

Tuduh-menuduh tak guna, tembak tak kena, ugutan Anwar Ibrahim tidak membawa apa-apa erti kerana ia masih tidak menjawab isu yang dilaporkan media antarabangsa.


Sebelum itu jika ada yang nak kata ini gambar orang UMNO rakam, Special Branch ikut Anwar Ibrahim bla bla bla...tengok emel di bawah terlebih dahulu :

Klik Untuk Lebih Jelas
Gambar Anwar Ibrahim bersama Misuari di atas dirakam dan dikirimkan oleh pengikut Anwar Ibrahim sendiri dari Anwar Ibrahim Club atau ADC seperti paparan emel di atas.

Apakah yang dibincangkan ketika pertemuan Anwar Ibrahim bersama Misuari?

Ini Anwar Ibrahim belum jawab!

Perkara kedua yang belum terjawab melibatkan Jeffry Kitingan yang bertemu dengan 'Sultan Muedzullail T Kiram iaitu adik kepada Kiram III berdasarkan bukti gambar di bawah :


Sebaik sahaja pertemuan tertera kenyataan di laman Facebook PHILIPPINE SABAH CLAIM FORUM mengatakan mereka akan menuntut Sabah dan ia turut disokong oleh Jeffry Kitingan sebagaimana saya nyatakan sebelum ini -sini-

Ini juga masih belum terjawab!

Apa yang dibincangkan, apa yang dijanjikan, adakah tindakan 'Sultan Sulu' ini adalah kerana mendapat dorongan atau hasutan dari pihak pembangkang?

Apakah benar Anwar Ibrahim telah berjanji untuk memberikan autonomi, dwi kerakyatan selain berjanji untuk melantik Nur Misuari sebagai Gabenor Mindanao?

Jawab ini cukuplah!

Susah sangat ke?

"You ulang i saman you!"

Pirahhh!

5 comments:

  1. Rakyatn Malaysia harus bertindak keatas Anuar yang bersubahat dengan pihak asing yang mencetusksn kekacauan hingga nyawa anggota keselamatan terkorban.......haruskah kita menyaman Anuar atau mengambil lain-lain tindakan berasaskan undang-undang.

    ReplyDelete
  2. Tak habis-habis salahkan Anwar, apa bukti korang ada? Ini semua kerja Najib!

    ReplyDelete
  3. Terbaik bro. Tak pernah gua tengok artikel terbaik macam ni. Gua memang salute lu la. Hebat! Mantap!

    ReplyDelete
  4. Tetamu kehormat Perhimpunan Agung UMNO tu bukan Kiram ke?

    ReplyDelete
  5. U ulang i saman u!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-