Mungkin ada benar dakwaan rakan-rakan blogger apabila mereka mengatakan menjadi cina DAP lebih beruntung daripada menjadi anak kelahiran Kelantan kerana PAS dilihat lebih menyayangi DAP melebihi daripada anak negeri yang diperintah oleh mereka.
Isu pemberian atau mengikut kamus versi PAS 'sedekah' tanah ini bukan isu yang baru diperkatakan, malah sebelum kes pemberian tanah seluas 10,526 ekar kepada Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham, PAS sebelum itu telah 'menyedekahkan' beratus ekar tanah kepada tauke-tauke cina.
Walaupun telah berpuluh laporan polis dibuat di mana yang terbaru dibuat pada 1 Januari 2013 oleh Che Dollah bin Che Ismail-Ketua Penerangan PKMR Pasir Mas telah dibuat di Balai Polis Pasir Mas berhubung skandal tanah tersebut serta berpuluh reaksi tidak senang yang ditunjukkan oleh anak-anak muda Kelantan yang disiarkan melalui akhbar.
Menteri Besar Kelantan nampaknya masih lagi gagal memberikan jawapan yang menyakinkan, malah rakyat Kelantan hanya dihidangkan dengan kenyataan bengong Setiausaha Akhbarnya di mana jelas terdapat percanggahan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Upayapadu Sdn. Bhd :
Kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar seperti berikut :
Katanya projek usahasama berkonsepkan pajakan yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 itu melibatkan perjanjian 50 tahun, ironinya Upayapadu Sdn. Bhd pula mengatakan projek yang ditandatangani mereka pada tarikh tersebut adalah selama 70 tahun.
Mana satu yang betul 50 tahun pajak atau 70 tahun pajak?
Inilah bodohnya pembangkang, lebih-lebih lagi PAS - tidak cukup dengan kebodohan Nizar Jamaluddin yang memberikan hak milik pajakan selama 13 generasi iaitu 999 tahun kepada masyarakat setinggan Cina di Perak.
Kini rakyat Kelantan dikejutkan pula dengan tindakan regim Nik Aziz yang 'menyedekahkan' 10,526 ekar kepada Tengku Wong.
Gejala memajak tanah kepada tauke-tauke cina oleh PAS sebenarnya telah menafikan hak Melayu itu sendiri, tempoh pajakan yang panjang itu bakal membolehkan anak cucu kita merempat di bumi sendiri.
Keputusan bengong dan bodoh pemimpin PAS yang hanya inginkan undi dan sokongan cina ini telah menggadaikan hak kita sebagai Bumiputera dan Keistimewaan Melayu.
Tindakan yang dibuat oleh pembangkang sebagaimana berlaku di Kelantan dan Perak, membuktikan bahawa taraf Bumiputera itu tidak berguna bagi mereka.
Reaksi anak Kelantan :
Teramat-amat dukacita. Sebagai anak jati negeri ini saya sememangnya tidak dapat menerima hakikat tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah kepada wakil rakyat DAP. Rakyat negeri ini masih ramai berdepan dengan masalah pemilikan tanah. Kerajaan negeri sepatutnya terlebih dahulu mengutamakan keperluan rakyat sendiri berbanding orang luar".
- Faizil mohamad Yaman, 38.
Kalau kata kelulusan itu adalah atas dasar untuk membangunkan tanah, kenapa tidak diusahakan sendiri atau lantik sahaja kontraktor bumiputera dalam kalangan masyarakat tempatan. Mana keupayaan kerajaan Pas ini dalam usaha untuk membangunkan negeri dan rakyat melalui tanah yang bernilai komersial itu kalau semua bentuk pembangunan diserahkan kepada orang lain. Apatah lagi kelulusan itu pula diberikan kepada wakil rakyat dari kalangan sekutunya sendiri (DAP)".
- Mohd. Fared Ramli, 26.
Sedih dan memeranjatkan. Kerajaan negeri seharusnya lebih bertanggungjawab untuk mencari jalan yang lebih berkesan untuk membangunkan tanah tersebut bagi menjana kewangan negeri tanpa melepaskan pegangan ke atas orang lain. Lebih-lebih lagi dengan keadaan negeri dan rakyat yang begitu daif dan terdesak memerlukan sumber pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup".
- Rostan Loman, 44.
Ini menunjukkan kerajaan negeri tidak mengutamakan rakyatnya sendiri. Mereka lebih cenderung ke arah menjaga kepentingan politik parti sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk dalam isu tanah ini. Malah, selain itu tindakan ini jelas menunjukkan bahawa mereka lebih suka bekerjasama dengan DAP".
- Tengku Arief Tuan Hassan, 38.
Saya tidak mahu pergi jauh, persoalannya kenapa DAP? Kenapa kepada wakil rakyat dari sekutu partinya bukan orang lain. Apa untung kepada kerajaan dan rakyat selepas kelulusan itu dibuat".
- Ariff Hakimi Zulkifli, 33.
Tindakan itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan Pas Kelantan sesungguhnya telah menganak tirikan anaknya sendiri. Sanggup hulurkan harta yang ada kepada orang lain tetapi anak sendiri merempat tidak dipeduli."
- Noorsuria Edayu Sulaiman, 28.
YY : 50 tahun kor 70 tahun ni, acu royak molek gak...kuat pelawok puak ulamak taik kucing ni!
Kat Ladang Rakyat pun cina kaut habis, anak2 kelantan terus berhijrah cari makan kt negeri sndiri pun payah!
ReplyDelete