Wednesday, January 30, 2013

Mahasiswa & NGO Bantu Realisasikan Tranformasi Rakyat Menerusi #JelajahAnakMalaysia


Program Jelajah Anak Malaysia yang bertemakan Transformasi Rakyat akan diadakan dari 30 Jan hingga 12 Mac ini bertujuan untuk memastikan anak muda dapat berkongsi pengalaman dan merasa sendiri denyut nadi rakyat di seluruh Malaysia.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, program tersebut turut mendapat sokongan daripada 46 NGO yang akan bersama menjayakan jelajah kali ini.

Menurutnya lagi, program itu akan dijalankan dalam tiga bentuk fasa iaitu 30 Januari hingga 16 Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac(Sarawak) manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah.



Terdapat 11 kategori aktiviti ketika kami menjalani program tetapi program yang utama adalah Pusat Perkhidmatan Rakyat (Rakyat Service Centre).

Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menyokong gerakan anak muda ini dan berilah mereka peluang untuk merasai sendiri pengalaman bersama rakyat akar umni disepanjang perjalanan mereka.

Kita doakan semoga mereka berjaya dan terus berjaya kerana mereka inilah yang akan memimpin negara ini pada masa akan datang. - PDTM

Insyaallah...

Ikuti laporan terkini dari blogger yang turut menyertai konvoi tersebut :
Facebook : http://www.facebook.com/JelajahAnakMalaysia

Twitter : @JTranformasi

Website : Jelajah Anak Malaysia

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-