Monday, January 7, 2013

@DrNovandri Kalah Sebab Tiada Peguam, Bukan Sebab Beliau Fitnah!

Doc disamping gambar DS Najib Tun Razak yang tertera
"Ya Allah... Berkatilah Perjuangan Kami"

Sejak jam 8.00 pagi sakan blogger-blogger pembangkang melaporkan bahawa blogger pro UMNO Dr. Novandri atau Dr. MiM membuat permohonan maaf kepada Khalid Samad dan memohon kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

Setelah terbaca laporan tersebut, saya bertindak menghubungi Dr.Novandri (Doc) untuk bertanyakan sama ada laporan tersebut benar atau tidak, kali pertama panggilan saya tidak dijawab oleh Doc.

Selang beberapa minit Doc membalas panggilan saya, dalam perbualan itu saya bertanyakan perkembangan kes tersebut, katanya benar dia memohon untuk diselesaikan di luar mahkamah dengan membuat permohonan maaf dan menyiarkan permohonan tersebut di laman blognya.

Bukan itu sahaja, Doc juga perlu membayar sejumlah wang ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan kepada Khalid Samad, angka tersebut tidak perlu dinyatakan di sini, tetapi jumlahnya agak besar bagi orang-orang biasa seperti kami.

Sekarang separuh daripada jumlah ganti rugi yang dituntut oleh Khalid Samad telah berjaya dikumpulkan dengan bantuan pihak yang selalu dibela oleh bloggers-bloggers Penang.

Pun begitu, pihak yang dimaksudkan oleh Doc dikatakan tidak mampu untuk menyelesaikan semua jumlah ganti rugi tersebut, dengan alasan tiada wang yang diperuntukkan untuk kes yang dihadapinya.

Jika dahulu mereka mengatakan tiada peruntukkan untuk menyediakan peguam mewakili Doc, kini setelah Doc secara berani membuat permohonan maaf dan memohon kes diselesaikan di luar mahkamah dengan jumlah ganti rugi tertentu.

Pihak yang sering dibela oleh bloggers-bloggers Penang ini turut beralasan tiada peruntukkan untuk membantu dia menjelaskan ganti rugi dalam kes tersebut.

Namun dari sudut lain, tindakan Doc harus dipuji dan dijadikan contoh kepada bloggers-bloggers lain.

Doc berani bertanggungjawab di atas segala tulisan beliau.

Akhir sekali tiba-tiba muncul di benak fikiran saya, adakah nasib yang menimpa Doc adalah bukti 'pengiktirafan' kepada bloggers dan pejuang siber sebagaimana dilaung-laungkan oleh pembesar-pembesar parti Melayu?

Kenyataan Maaf Kepada YB Khalid Samad di blog Dr.MiM [klik]

YY : Salute & Support lu Doc!

8 comments:

  1. Support Dr.MiM dia pernah tulis psl twitter Anwar dan Utusan siar di muka hadapan. Wahai pemimpin UMNO, jgn dok jaga segelintir bloggers saja!

    ReplyDelete
  2. YY,
    kalau yang otai pun tak dak yang suppor...
    agak-agak yang picisan,yang copy paste nih lagi lah orang tak pandang kan

    ReplyDelete
  3. Pembangkang selalu heboh kononnya blogger pro-Umno kaya-raya, dibela dengan baik tetapi hakikatnya ada yang masih pakai kereta Iswara buruk kesana kemari mencari isu untuk mempertahankan UMNO/BN. Kes Dr MIM bukti blogger pro-Umno tidak seperti yang mereka sangkakan

    ReplyDelete
  4. Apa pasal hang pa bodoh sangat bela umno. Kak jat, kat ropiah dan lain lain dapat million. Hang pa dapat apa?

    ReplyDelete
  5. Kalau tak buat cite fitnah kan tak susah2 kene saman...tu pun payah nak pikir ke? Mintak la pemimpin korang yg kaye2 tu support...dieorg dpt daging, korg dpt tulang...elok lah tu...

    ReplyDelete
  6. kenyataan macam kepala butoh,masih nak cakap besar walaupun hampa semua ni kaki buat fitnah dan pecacai umno,,,

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Itu la.. lain kali kalau dah tahu diri tu tak berduit dan tahu risiko kalau tersalah cakap atau tersengaja salah cakap, jangan berani2.. Kan YB Khalid Samad ada beri tempoh untuk dia tarik balik statement tu, kenapa dia tak tarik balik? Kenapa sampai berlanjutan ke mahkamah.. Mungkin masa tu rasa perjuangan (penceluparan) tu akan dibela oleh UMNO yg selama ini dibela. Rupa2nya dibiarkan keseorangan. Nasib baik YB Khalid Samad setuju nak settle luar mahkamah, kalau mahkamah kata suruh bayar RM10juta, Rosmah Mansur pun tak hingin nak nolong tau.. So, pengajaran kepada blogger2 UMNO yg lain, hujah mestilah berfakta bukan auta (auta keling).. ke sebb korang dah biasa berkawan dgn ketua pemuda UMNO mamak kutty dan Abdul Ghani mamak sampai perangai korang pun sama..

    Kemenangan YB Khalid Saman mmbuktikan yg korang hanya suka buat sensasi, suka dgn isu agama dan perkauman. hujah? hampehhhh... Nama je Doktor, terpelajar, terdidik, berakhlak la kononnya.. buang je laa.. buat malu je..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-