Saturday, November 10, 2012

HOT! Blogger Popular UMNO Dari Utara Bakal Sertai PKR?


Perbualan di kedai nasi kandar dari salah satu negeri utara tanah air oleh rakan-rakan dan pejuang-pejuang siber UMNO agak menarik perhatian saya. Saya tertanya-tanya juga siapa blogger tersebut, kerana setakat ini kita tidak dengar ada blogger dari utara disaman oleh pembangkang.

Mungkin rakan-rakan blogger dari utara cuba sembunyikan cerita ini daripada diketahui oleh rakan-rakan blogger lain. 

Tapi yang pasti jika berita ini benar, maka nasihat saya kepada rakan-rakan blogger berhati-hati dalam penulisan, kerana jika anda berhadapan tindakan undang-undang. Pemimpin UMNO melayan anda bagaikan orang asing.

Perbualan antara si A dan si B keduanya sahabat pejuang siber saya dari utara tanah air :
"Hang ada dengar tak blogger top dari utara nak masuk PKR?" 
"Takdak dengar pulak, betoi ka hang cakap ni, siapa dia..?" 
"Itulah hang, selalu dok lepak padang kota jaa, sekali-sekala lepak lepak Komtar baru hang dapat tahu isu terkini...!" 
"Hang ini loqlak betoi, aku lepak Padang Kota sebab aku meniaga rojak kat sana, kalau meniaga dekat Komtar boleh la lepak Komtar...weih awat blogger tu nak masuk PKR, nak khianat parti..?" 
"Puii..hang jangan dok tuduh dia macam tu, aku kenai dia macam mana...cuba hang pikiq kalau hang kat tempat dia, apa hang rasa bila berjuang untuk UMNO habis-habisan tapi bila ada masalah pemimpin UMNO buat tak pedulik jer..." 
"Mana hang dapat tahu cerita ni...?" 
"Ehh...cerita ini kecoh dah kat sini, pembesaq UMNO pun ada call blogger tu tanya, tapi blogger tu kata itu semua khabar angin.." 
"Apa masalah yang hang rasa dia sanggup buat keputusan lagu tu...?" 
"Aku rasa dia frust, frust dengan pemimpin kita ni, time nak guna kita jer dia panggil suruh dedah video, dokumen yang sulit-sulit, bila ada yang kenakan tindakan undang-undang kat kita, sekoq pemimpin UMNO pun taknak bantu, dajei betoi..!" 
"Maksud hang...dia kena saman ka, sapa saman dia...?" 
"Dia kena saman dengan orang pembangkang la , aaah.. kes kecik jaa, kalau pasang lawyer boleh menang, hang tengok kawan kita dah menang lawan Husam Musa, orang pembangkang ni saman sebab nak tutup mulut kita je, bukan sebab depa betoi..." 
"Dah tu pasang lawyer lah lawan kat mahkamah, kalau aku, aku lawan kat mahkamah..!" 
"Tadi hang kata aku loqlak, hang ingat pasang lawyer kos dia 2-3 kupang kaa..kos dia besaq hang tau cecah puluh-puluh ribu..!" 
"Ek eleh...setakat pulu-puluh ribu tu mintak je UMNO bantu, takkan la UMNO takdak duit!" 
"Dia dah mintak UMNO negeri bantu, Pembesaq UMNO Negeri pun dia dah pi jumpa, tapi hang tau apa depa kata kat blogger ni...?" 
"Haa.. apa dia...?" 
"Depa kata UMNO tadak duit nak pasang lawyer untuk dia..." 
"Kahkahkahkahkah...." 
"Hang dengar pun gelak kan, peliaq punya pemimpin, nak bantu blogger yang berjuang untuk parti pun payah, angau bini baru kaa apa...?" 
"Haaa... itu yang buat blogger tu frust, dia kata dok dalam UMNO lama-lama buat apa, baik dia terima tawaran PKR, silap hari bulan dia boleh jadi ADUN..." 
"Kalau betoi dia masuk, aku rasa pembesaq UMNO negeri yang kata UMNO takleh bantu sebab takdak duit boleh gali kuboq sendiri la nooo..."

YY : Masih mencari identiti blogger terbabit untuk beri sokongan moral, kerna itu saja yang mampu saya berikan...

7 comments:

  1. Pemimpin UMNO dari Utara?? Bini baru??? ermmm...lu tulis pasal sapa ni bro?

    ReplyDelete
  2. umno biasalah..tapi sebenarnya bukan umno je..semua parti politik macam tu..suruh orang buat kerja lepas tu dia lepas tangan..

    perangai sebijik macam syaitan menghasut manusia buat jahat lepas tu cakap tu salah manusia sendiri yang terpedaya..

    sebab tu aku tak percaya sangat orang orang politik ni..

    ReplyDelete
  3. rasanya gua kenal saper blogger yg bro maksudkan...

    dan gua pun amat yakin, kalaulah blogger yg dimaksudkan tu betul2 beralih arah, tak mungkin sahabat2 rapat blogger tu akan terus tinggal mempertahankan umno/bn..

    for sure diorang akan ikut angkat kaki...

    untung besarlah PKR lepas ni...

    Tinggallah sayang tinggallah pujaan le jawabnya...

    ReplyDelete
  4. Utara tu tang mana? Perlis, Kedah ke Penang?

    ReplyDelete
  5. Apalah blogger Ni ? Kiri kanan Makan sampai berAk kenning pun UMNO kena uruskan?

    ReplyDelete
  6. Salah sendiri...ade betul ke yy...kalau org suruh mkn taik...jgn mkn taik mak nasi...sendiri sakit perut...sendiri pegi cr ubat la.....dr bjb....

    ReplyDelete
  7. habis la UMNO kalau blogger top di Utara beralih angin ...

    satu angkat kaki , yg lain semua ikut ..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-