Wednesday, October 10, 2012

Tahniah! Datuk Solah JPJ Bangga 2,900 Saman Kamera AES Dalam Masa 2 Hari?


"Tuan penasihat...20%" - adalah dialog yang popular daripada filem 3 Abdul lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Mungkin Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan gembira apabila mendengar sebanyak 2,952 saman berjaya dikeluarkan kamera Automated Enforcement System [AES] dalam masa dua hari pemasangannya.

Menjelang akhir tahun ini pemandu di Malaysia sentiasa diawasi oleh 566 buah kamera AES yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan. Sebanyak 817 buah AED bakal dipasang di kawasan hitam menjelang tahun hadapan.

Selain diawasi kamera canggih AES ini, pemandu turut diawasi oleh 266 buah kenderaan penguatkuasa yang dilengkapi dengan peralatan elektronik canggih.




Perkara yang wajib kita tahu mengenai kamera AES yang dikeluarkan JPJ seperti berikut :



Perkara yang dinyatakan adalah melalui pemasangan AES, ianya dapat merakam kesalahan dan mengesan beberapa kesalahan pemandu secara serentak. Itu sahaja keistimewaan yang dinyatakan.

Saya mencari-cari bahagian yang menyebut atau memperincikan bahawa melalui pemasangan kamera AES ini kadar kemalangan di Malaysia berjaya dikurangkan sebanyak 20%, 30%, 40% tetapi tiada dinyatakan.

Lalu timbul satu persoalan, apakah dengan pemasangan 817 buah kamera ini, kita benar-benar berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalanraya yang meningkat saban tahun?

Saya yakin pasanglah beratus buah kamera sekali pun, kadar kemalangan di jalanraya agak sukar dikurangkan selagi pemandu itu sendiri tidak berdisiplin di jalanraya.

Saya berikan satu contoh, saudara mungkin pernah melihat satu papan tanda hijau tertera gambar kamera yang besar, selang beberapa ratus meter, satu lagi papan tanda yang tertera "Awas! Operasi Had Laju Sedang Dijalankan".


Hiasan sahaja.
Hahaha...

Dek kerana bimbang disaman, maka pemandu perlahankan kenderaan. Tetapi selepas itu mereka memandu pada kelajuan 140 km/j - 180 km/j .

Walaupun kamera ini tidak diskriminasi kerana jika seseorang pemandu berada dalam kelajuan 110 km/j kamera AES hanya merakam gambar kenderaan tersebut dan tetapi saman tidak dikeluarkan, namun jika memandu dalam kelajuan 120 km/j saman akan dikeluarkan.

Datuk Solah selaku Pengarah JPJ dilihat ceria apabila mengatakan melalui kamera AES, tiada diskriminasi terhadap mana-mana pemandu, kerana tidak wujud sebarang interaksi di antara kedua-dua pihak, maklumlah siapa gila hendak bercakap dengan kamera?

Adakah saudara merasakan idea JPJ ini sebagai idea yang bijak sekaligus mampu mengurangkan kadar kemalangan

Siapakah yang mengeluarkan idea serta proposal kepada Pengarah JPJ ini agaknya?

Berapa peratus daripada jumlah kutipan saman ke atas pemandu yang dikeluarkan oleh kamera AES dan dikutip oleh syarikat konsesi menjadi milik Datuk Solah?

Maaflah tanya...

Bukan mahu menuduh maklumlah wajah ceria sahaja bila keluarkan kenyataan lebih 2,900 saman berjaya dikeluarkan dalam masa dua hari sistem ini dipasang.

Satu jalan di Putrajaya ini aku pandu pada kelajuan 90 km/j pun berdesup flash keluar daripada kamera gedabak ko apa cerita ni...?

Datuk Solah cuba jawab, berapa kadar kemalangan dijangka dapat dikurangkan tahun pertama sistem ini dipasang?

Kalau tiada jawapan konkrit, saya sarankan Datuk Solah pasang sajalah kamera ini dihadapan rumah Datuk Solah.

Hahaha...

Arios!

8 comments:

  1. Kerajaan patut kaji balik sistem AES ini, dah ramai orang kena bayar saman RM300 gara-gara sistem ini, ni kes nk memudahkan keje anggota dia kot!

    ReplyDelete
  2. salam bro, b4 raya hari tu sy ada terpandang mukadepan paper Suara Keadilan @ Keldai

    tajuknyer, "Jauhi Perangkap BN".. siap cakap duit hasil saman tu dikongsikan antara kroni lg iaitu syarikat yg buat sistem ni..

    agaknyer sistem nilah yg dorg maksudkan tu..

    ReplyDelete
  3. Ini adalah idea orang2 yang ingin melihat umno terlingkup menjelang PRU 13. Pemandu dimalaysia adalah individu yang paling banyak berkorban wang ringgit untuk kesejahteraan negara. Apa tdaknya cuba perhatikan, pemilik kenderaan akan mula bayar cukai sebaik sahaja mula membeli sebarang kenderaan, iaitu cukai eksais dan kastam serta lain2 cukai yang dtg dgn harga kereta, kemudian bayar cukai jalan serta pendaftaran, insuran dll. Kemudian bayar tol, kemudian parking, kemudian saman jpj, kemudian saman polis, kemudian faedah bank, kemudian pertukaran nama, kemudian aksessori dan spare part, saman pulak ada berpuluh jenis saman terhadap kenderaan. Jadi dgn menambah beban kpd pemilik kenderaan, maka mereka akan menambahkan kebencian pemandu kpd pihak berwajib dan kerajaan! Siapa yang untung? Siapa yang untung!!!!!?????.
    Saya adalah salah seorang penyokong kerajaan, jadi soalan cepumas.... Siapakah akan saya pangkah kalau dekat PRU 13, saya disaman dgn 10 saman aES berharga RM 3000 .??? Solah mat hassan untung, UMNO rugi, PR untung atas angin...... Itulah jwp nya he he he he ,!!!!

    ReplyDelete
  4. kena topup rm100 duit BR1M kalau dtg dua keping SR1M. sedih la kalau mcm ni... najib kata cukai dh kurang, tp jpj kata saman kena bayar..haduhhhh

    ReplyDelete
  5. jasa utk rakyat sblm bersara...

    ReplyDelete
  6. Inilah antara 'inisiatif' kerajaan yang cukup menyusahkan rakyat. Dunia dah makin cepat, nak dilambatkan pulak... orang nak buang air besar tak dapat tahan macam mana? Kalau tak diubah balik, gerenti ramai yang akan tidak menyokong kerajaan. Kat highway mana ada orang bawa kereta 90km/h lagi? Nak tunjuk kita ni high-tech pun, janganlah buat sampai menyusahkan rakyat sendiri macam ni... banyak lagi cara nak kurangkan kemalangan- takkanlah tak diajar masa nak ambil lesen, punca utama kemalangan jalan raya ialah pemandu itu sendiri? Aduh... macam mana ni? Janganlah macam ni, buat sistem yang menyusahkan rakyat, yang tak menang-menang macam ni... ni menang-kalah namanya, ni berat sebelah namanya... Saya percaya, kerajaan BN kerajaan yang cerdik dan baik, dan orang yang meluluskan cadangan ini mesti tak pernah fikir masak-masak (ataupun nak tengok kerajaan kita runtuh sekelip mata). Dato Solah, minta maaf, anda bukanlah Pengarah JPJ yang baik. Ini dah kira melampau sangat dah. Gerenti dalam seminggu ada yang berdemonstrasi mansuhkan AES tak kira parti. Ramai penyokong BN kecewa, penyokong PR lagilah kecewa. Sila ambil tindakan. >:(

    ReplyDelete
  7. Harap kerajaan BN lihat Dan kaji Balik AES ni, jangan salahkan rakyat kalau protes sekali lagi Untuk PRU 13 nanti. Rakyat tak peduli kebajikan yang telah ditabur oleh BN, Namun ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakarnya. Macam contoh satu kawasan di putrajaya, Ada ke patut had 70 km/jam? Bawa lebih sikit je berdesup chap chap chap kamera tangkap beraksi.

    pikir sendiri. Dek kerana marah, semua orang boleh marah, Dan Ini boleh mendatangkan marah. Takpasal-pasal pembangkang dapat untung. Tak pasal-pasal parlimen putrajaya BN bungkus. Sayang BN tak mendahulukan rakyat. Moga BN perhalusi baik baik AES ni, carilah cara lain klu nak cover duit BRIM.

    ReplyDelete
  8. Mentaliti BODOH..mentaliti rakyat suka tolak undang2? Kalau memandu ikut peraturan takkan nk kena saman? AES guna teknologi canggih, multiple detection siang malam di lokasi yg telah diberitahu.. bukan rahsia..so takkan nk buat undang2 tp xpyh kuatkuasa.. Banggang la namanya..
    AES ni sistem yg digunakan diserata dunia, di negara2 maju spt USA, Germany. Di Malaysia kesamsengan rakyat atas jalan raya sudah 'tak makan saman' lg dgn sistem manual. Mati seperti katak atas jalan raya hanya kerana otak gila pemandu, cukip banyak mengorbankan insan2 tersayang yg tidka tahu apa2..yg hanya sebagai penumpang.

    Pemasangan talipinganggang belakang juga utk kebaikan rakyat wpun awal2 nampak susah.. Ko rang yg otak bodoh xtahu fizik ni penah tgk tak crash test. Apa jadi penumpang belakang? Abis tu beli keta mahal2 ade tali pinggang buat hiasan ke? satu lgi bodoh.. Polis JPJ dan Krjn buat undang2 untuk kebaikan rakyat.. mampos kt jalan raya bglah ada usaha juga utk elak.. sikit2 suka kaitkan dgn kaut duit.. ada ke saman trafik dlm dunia ni kena bayar pakai kulit kerang??

    Dh gaji kecik bawakle keta ikut kelajuan, jgn lagak mcm org bawka BMW yg byk duit..diorang purposely bayar saman..

    Jadi apa yg nk bising2 sgt menyalak nk salahkan Kerajaan atau JPJ soal AES? Ini sgt baik, kecuali korang kaki rempit keta lori bas dan sudah pasang niat dlm hati nk memandu laju.

    So skrg ni kerajaan nk tagih undi kena ikut semua selera rakyat termasuk penagih dadah kasi dadah murah, mat rempit kasi jgn Polis tangkap? highway boleh bawak laju2 xde saman2.. wahh lingkup negara kalau Najib follow minded budak2 hingus ni.. Asal nk buat undang2 je ugut dgn undi.. BODOH!

    artikel bukan komen soal kegagalan fungsi AES tp duk menyalak pasal bawak laju kena sama pastu kena bayar.. BODOH le dh bawak laju2 berlagak sgt..kena sama..bayar lah.. RM1000 pun bayar lah sape suruh alnggar??

    Kalau perogol dihukum sebat.. padan mukalah sbb dia merogol..xkn nk ckp itu menindas rakyat??? Rakyat Malaysia semakin MANJA-BEBAL-SAMSENG + BODOH!!

    Harap kenedaraan makin maju canggih tp pemanduan bodoh xprofesional, eksiden mcm buat eksperimen!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-