Wednesday, September 19, 2012
#SheikhFadzirMusibat : Allah Pun Jadi Bahan Kempen
Politik Malaysia makin hari makin gila, kenyataan-kenyataan yang mengelirukan terus dikeluarkan, jika dulu Nik Abduh mengatakan Allah mahu PAS merampas Putrajaya kini Sheikh Fadzir Musibat pula mengatakan beliau menerima 'wahyu' kononnya suara Allah meminta beliau turun menyelamatkan negara.
Nampaknya semakin dekat dengan pilihanraya, pelbagai kenyataan, janji dan yang lebih teruk mereka turut menggunakan Allah S.W.T sebagai modal untuk kempen politik semata-mata mahu meraih sokongan rakyat.
Makin hari, makin ramai pemimpin Pakatan Pembangkang yang terima 'wahyu' dari Allah kononnya dihantar untuk selamatkan negara.
Jangan terkejut kalau lepas ini, Ngeh dengan Nga muncul di atas pentas PAS mengatakan mereka dilantik sebagai nabi untuk menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada UMNO diselangi dengan laungan takbir oleh pengikut PAS.
Bertaubatlah Sheikh Fadzir Musibat!
Slm..cuba dgr setiap patah perkataan yg keluar dr mulut beliau..pada permulaan ayat beliau mengatakan 'seakan-akan suara' dan bukannya beliau terdengar suara daripada mimpi atau daripada mana-mana sumber..apa yg beliau cuba maksudkan di sini adalah pemimpin2 tersebut dan Allah SWT merupakan sumber inspirasi beliau utk meneruskan perjuangan beliau..beliau tak ckp pun terima wahyu ke apa ke so tak perlulah nak fitnah2..tambah dosa je..Wallahualam
ReplyDelete