Saturday, September 1, 2012

[AUDIO] : Rakaman Suara Strategi Pembangkang Untuk Tumbangkan BN Terdedah


Aksi 'membontot' gambar pemimpin negara dan isteri sebagaimana berlaku semalam adalah aksi bodoh dan keterlaluan yang ditunjukkan oleh para penyokong BERSIH akibat termakan dakyah jahat pembangkang.

Rakaman audio (bawah) yang mendedahkan strategi PRU13 oleh pembangkang membuktikan bahawa, usaha yang dilakukan pembangkang atas nama BERSIH telah dirancang lebih awal, malah segala skrip yang bermain di bibir pemimpin pembangkang telah dirangka terlebih dahulu supaya ianya tidak bercanggah di antara satu sama lain.

Skrip yang dihasilkan pula bertujuan memberi label negatif kepada kerajaan dengan harapan label tersebut terus melekat dalam minda rakyat dan seterusnya membangkitkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan.

Nampaknya pembangkang hanya mempergunakan serta memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia dalam usaha mereka untuk memegang tampuk pemerintahan negara.

1 comment:

  1. PR memang tak guna. Kat sini ada lagi terbaru tayang punggung pengikut PKR http://payahsungguh.blogspot.com/2012/09/isu-tayang-punggung-1-jari-tunjuk-4.html

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-