Sunday, August 26, 2012

Usaha Dahulukan Rakyat Oleh PM @NajibRazak Musnah Kerana Akta 114A?


Masih dalam 'mood' raya...

Akta 114A merupakan satu pindaan baru Akta Keterangan 1950 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 manakala melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012 pula pindaan kepada akta ini belum diwartakan.

Akta ini diperkenalkan bertujuan untuk mengenal pasti atau menyabitkan mana-mana individu yang bertanggungjawab ke atas penyiaran dan penyebaran bahan berunsur hasutan di internet kerana kesukaran pihak berkuasa dalam mengesan tertuduh yang melakukan kesalahan melalui internet.

Implikasi di sebalik akta yang diluluskan ini dilihat telah memberi jalan pintas bagi memudahkan kerja pihak berkuasa, ini kerana melalui akta ini awal-lagi lagi kesalahan diletakkan di atas bahu individu, pengendali blog, portal atau laman forum berlandaskan 'andaian' semata-mata.

Akta ini sebenarnya ancaman kepada rakyat dan yang pasti akta ini bertentangan dengan hak mana-mana individu untuk dianggap tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan. Akta 114A memperlihatkan kepada kita kegagalan penggubal undang-undang negara malah mereka mengambil jalan mudah untuk menutup kelemahan sendiri.

Contoh terdekat adalah nasib yang menimpa Pemuda UMNO Malaysia yang kini berhempas-pulas untuk membuktikan mereka tidak terlibat dalam menyiarkan poster kontroversi melalui laman facebook yang didaftarkan menggunakan nama pertubuhan itu tempoh hari.

Sedar atau tidak, populariti dan kerja kuat PM musnah hanya kerana kemandulan dan kegagalan penggubal undang-undang dalam negara kita.

Pakatan Rakyat pula nampaknya tidak perlu bersusah-payah untuk memburukkan imej DS Najib Razak kerana para menteri, penasihat dan mereka yang berada dalam kabinet boleh melakukan untuk kamu.

Selepas imej PM diburukkan kerana logo dan lagu Merdeka ciptaan pak menteri #yorais, kini pindaan akta yang hanya dianggap adil oleh Gani Patail pula memusnahkan integriti DS Najib Tun Razak.

YY : Folks... look how they killed the Prime Minister character...


1 comment:

  1. Dulu AG nk tahan pasport Anwar pun takut, skrg PM suruh kaji semula, dia kata tak perlu. Kesian Najib...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-