Saturday, August 18, 2012

Anwar Ibrahim Mengaku Fitnah @NajibRazak - Mohon Maaf Sempena Aidilfitri?



Satu posting bertajuk 'Perutusan Khas' sempena Aidilfitri yang disiarkan di laman blog rasmi beliau semalam Anwar Ibrahim menyeru jentera Pakatan Rakyat melakukan perubahan serta menghormati institusi sehingga kepada Perdana Menteri yang sekian lama difitnah oleh jentera mereka.

Selain itu Anwar Ibrahim turut memperakui bahawa tohmahan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri sebelum ini berupa fitnah semata-mata dek kerana kegilaan beliau mengejar jawatan Perdana Menteri.

Malah dalam posting tersebut Anwar Ibrahim turut memperakui bahawa jawatan Perdana Menteri hanya untuk orang Melayu/Islam sahaja bukannya bangsa lain sebagaimana beliau kepada kaum-kaum lain di Malaysia.

Namun difahamkan posting tersebut dipadam beberapa minit selepas ianya disiarkan, sama ada perutusan tersebut benar-benar datang dari Anwar Ibrahim atau pihak yang ingin sebotaj Anwar Ibrahim itu tidak pula diketahui.

Tapi jika Anwar Ibrahim tidak menulis tentang fitnah terhadap DS Najib Razak dalam perutusan hari raya semalam, rakyat Malaysia tahu bahawa segala tuduhan yang dilemparkan kepada PM sebelum ini merupakan satu fitnah terancang yang didalangi oleh PKR sendiri.

Hahaha...

Selamat hari raya untuk semua...

YY : Mood raya...


2 comments:

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-