Jeng...jeng...jeng!
Sebelum ini saya pernah menulis mengenai logo sempena Hari Merdeka yang ke-55, saya tidak menyentuh soal slogan 'Janji ditepati' kerana slogan tersebut memang bersesuaian dengan segala apa yang telah dilakukan oleh kerajaan.
Kadang kala timbul persoalan di benak fikiran saya bila melihat tindak tanduk Jabatan Penerangan yang berada di bawah Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan DS Rais Yatim.
Jika ada yang masih ingat sebelum ini twitter Jabatan Penerangan pernah mencetuskan kontroversi ekoran tindakan 'admin' twitter rasmi @JPenerangan yang 'retweet' info dari kerajaan negeri Selangor.
Kini sekali lagi kontroversi tercetus melibatkan jabatan yang berada di bawah bidang tugas #yorais. Iaitu kekalutan serta perdebatan tentang logo dan lirik lagu hari merdeka yang ke-55.
Jom kita tengok hasil seni #yorais (gambar ini diperolehi di laman facebook) - janganlah marah ok! kerana pak menteri kita ini 'baru belajar'.
Lirik by : Rais Yatim itu yang 'mahal' sekali, kerana bukan senang seorang pak menteri mempunyai idea untuk menghasilkan lirik lagu, memandangkan dibebani tugas menjaga 4 jabatan di bawahnya. Ekoran kontroversi yang melanda, #yorais mengeluarkan kenyataan di laman twitter yang berbunyi :
Hahaha...
Hey...#yorais slogan bukan isu pokok, minda mereka yang membantah bukan tertutup tetapi logo & lirik yang dihasilkan memang jelek.
Disebabkan kejelekkan inilah ramai pihak bantah, penggiat seni kreatif di Malaysia menawarkan diri untuk mencipta logo, lirik, secara percuma!
Jangan pandang mereka ini sebagai pembangkang, kerana hasil penelitian saya terhadap laman facebook yang dibuka 3 hari lepas kebanyakkan dari mereka adalah rakyat biasa, majoriti darinya adalah anak muda.
Malah seorang mahasiswa turut berang dengan tindakan #yorais. Mahasiswa ini pendokong kerajaan yang menjayakan program Aman Kampus - We Love PM dan mengikuti jelajah ke seluruh negeri sebelum ini :
Jadi mereka yang membantah adalah rakyat Malaysia, mereka bukan penentang kerajaan. Mereka juga merupakan anak muda yang bakal memimpin negara di masa akan datang, dengarlah isi hati mereka!
Justeru itu, terimalah idea mereka, jangan terlalu sombong mengatakan orang berfikiran tertutup walhal kamu sendiri yang menutup minda kamu wahai DS Utama Rais Yatim!
1,693 Views - 1,593 DISLIKES, 31 LIKES |
11,374 Views - 3,288 DISLIKE , 49 LIKES |
Konklusi yang mudah dari kes ini adalah ianya bukan soal slogan, logo, lirik yang menjadi PUNCA perdebatan hangat isu ini. Tetapi permulaan berlakunya perdebatan isu ini adalah kerana kementerian penerangan dipimpin oleh #yorais...
Dah lama sangat dah, bila dah lama orang tua-tua kata 'tepu'...
Boleh faham tak DS Utama Rais Yatim?
Cuba baca apa brader Rio Rashid tulis [SINI]
YY : Aku yakin angka 31 dan 49 yang klik LIKE adalah keluarga #yorais dan kakitangan Jabatan Penerangan! Sorry to say Datuk Seri "you patut dengar pandangan rakyat!"
Dalam Sinar Harian Rais Yatim kata logo itu asli bukan ciplak org yang kecohkan isu ini mahu publisiti murahan. Ya ampun siapa kata ciplak?
ReplyDeleteOrang persoal buruknya logo tu, skrg lirik pulak 2 kesilapan dalam 1 masa. Siapa yang nak publisiti? ntah-ntah dia yang nak publisiti sebab itu keluarnya Lirik By : Rais Yatim.
Ramai lagi rakyat kreatif kt Malaysia ni. PM harap dgrlah luahan org muda yang dah mula tak bersemangat nk sambut merdeka!
Rais dah tak relevan. Jauhkan hati anak muda untuk tidak menyokong hasrat PM!
ReplyDeletedah dengar lagu tu..mmg xsedap la...xkn die xblh nk pkir kot lagu tu nti akan dinyanyikn di sekolah2..xkn la bdk2 kecik nk ber rap2 plak...
ReplyDeleterentak lagu mmeng terbaik..lirik jer tak best langsung...xde pn sebut merdeka...
ReplyDelete