Thursday, July 12, 2012

Tak Mampu Jawab Hujah @RealDrMaza Keluar 'Fatwa' Ke Atas @tunfaisal


Gambar di atas adalah kenyataan Anwar Ibrahim terhadap Dr. Asri bekas mufti Perlis, sebenarnya ramai pihak sudah lama meragui dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas mufti Perlis yang pernah digelar 'bapak setan' oleh Ostat Badrol Amin.

Baru-baru ini akibat tidak tahan hujah bertali-arus yang dikemukakan oleh Exco Pemuda UMNO Tun Faisal Ismail Aziz Dr. Asri terus mengeluarkan fatwa melalui laman twitternya yang berbunyi :


Ini bukan kali pertama berlaku perdebatan di antara Tun Faisal dan Dr. Asri di laman twitter, kebanyakkan dari hujah yang dilemparkan kedua pihak. Ramai pemerhati politik berpendapat Tun Faisal berhujah dengan lebih bernas serta matang dalam mengawal emosi beliau.

Tetapi sebaliknya yang berlaku ke atas orang yang ilmu agamanya dikategorikan sebagai tinggi dan bertaraf dunia.

Hahaha...

Akibat 'fatwa' ikut suka kepala sendiri yang diluahkan melalui laman twitternya, dua tiga hari ini makin ramai blogger mula tampil menyatakan pandangan mereka terhadap Dr. Asri. 


Antara artikel menarik adalah artikel yang ditulis oleh blogger Harapan Esok :
Aku lihat masyarakat di Malaysia ini sudah didokrin dengan idealogi puak pembangkang (tegar ( buat-buat bebas) dengan satu sentimen yang mana mereka perlu bangkit untuk mengkritik pemimpin yang melakukan kekhilafan. 
Namun, pada masa yang sama mind set mereka telah dididik bahawa adalah satu perkara yang amat-amat sensitif jika kita mengkritik atau menegur para ilmuan agama khususnya melibatkan parti Politik...

Aku tak kisah kalau nak kritik pemimpin..salah itu kita betulkan..tapi yang hairannya bila kita tegur atau kritik pemimpin ilmu mereka, maka puak-puak penyokong akan membabi buta mempertahankan mereka walhal apa yang dikatakan itu sebenarnya memang salah..atas dasar aliran politik yang berbeza maka mereka akan berdiri teguh diatas kebatilan semata-mata tidak mahu kalah..

Pokok persoalannya adalah krisis yang berlaku antara Tun Faisal dan Dr Mohd Asri..Krisis bermula apabila Dr Asri menyifatkan 3 tuduhan. Ini bukan soal kredibiliti Tun Faisal. Dia sendiri mengaku yang dia tidak kisah akan jawatan.

Masalahnya, ialah seorang ulama yang aku fikir mampu membela masyarakat dan memberi ilmu kepada masyarakat tetapi Dr Asri lebih menunjukkan sifat mazmumahnya iaitu 'Namimah' (Tuduhan / Perbuatan melagakan antara manusia).
Baca selanjutnya [KLIK SINI] 
Mungkin akibat tidak tahan dengan hujah bertali-arus pihak yang memperjuangkan UMNO. Kini Dr. Asri telah menunjukkan belangnya yang sebenar serta pendirian politik beliau yang selama ini ramai pihak beranggapan beliau seorang neutral.


Tak perlu ulas panjang-panjang, ekoran dari 'fatwa' ke atas Tun Faisal dua hari lepas. Dr. Asri sebenarnya telah merendahkan status bekas mufti yang dipegangnya serta membuatkan ramai pihak mula hilang rasa hormat ke atas dirinya.

Bagi saya Dr. Asri cuma mahu memastikan dirinya terus relevan, kalau tidak susah nak cari makan. Sebab itu banyak kenyataan beliau sebelum ini bersifat 'play safe' serta mengelirukan. [Baca Sini]

Hahaha...


YY : Dah macam Nik Aziz ikut suka kepala dia nak keluar fatwa?

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-