Friday, July 27, 2012

Siapa Abdullah Zaik - Sejak Bila Ulama Tiada Ruang Untuk Campuri Urusan Dasar Parti UMNO?


Sejak kebelakangan ini makin banyak orang tampil beri kenyataan, pelbagai NGO ditubuhkan, pelbagai tunjuk perasaan diadakan, dan dengarnya yang terbaru PKR akan mengadakan perhimpunan untuk menuntut cermin sisi dipasang pada tren komuter di seluruh dunia.

Hahaha...

Terdengar kenyataan Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin di Malaysia yang disiarkan oleh Antara Pos, beliau menyatakan ulama yang ada dalam UMNO hanya tukang baca doa dalam majlis UMNO, ulama dalam UMNO tidak berani menyangkal pemimpin UMNO bagi saya hujah yang tidak tepat dan tidak betul!



Kenapa saya katakan pandangan yang dikemukakan oleh Abdullah Zaik tidak betul?

Hujah saya berdasarkan beberapa perkara :

  • Dasar negara dan dasar-dasar yang ada dalam perlembagaan terbentuk hasil pandangan pelbagai pihak termasuk orang-orang agama yakni ulamak.
  • Terbentuknya perlembagaan UMNO juga selepas diambil kira pandangan semua pihak termasuk golongan agamawan. Maka tidak hairanlah Fasal 3.3 dalam Perlembagaan UMNO sendiri menyebut - (Menegak, mempertahan, dan mengembangkan Islam serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.)
  • Golongan agama juga mendapat tempat dalam kepimpinan UMNO, orang-orang lama dalam UMNO mungkin tidak lupa kepada Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman dan Tan Sri Dr. Mohd Yusuf Nor, Datuk Jamil Khir Baharom berkelulusan Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Cardoba, Dato Pirdaus Ismail pula seorang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
  • Mereka ini berada dalam kepimpinan UMNO bukan sekadar boneka sebagaimana orang agama PAS yang tidak mampu bercakap benar dan menyanggah kesalahan jika dilakukan oleh Nik Aziz, serta menyokong agenda-agenda yang tidak Islamik dalam PR.
  • Kita tidak pernah lupa bagaimana PAS memperlakukan golongan agamawan seperti Hasan Ali yang dipecat hanya kerana menegur pimpinan DAP, kita juga tidak lupa nasib yang menimpa bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Jadi kenyataan Abdullah Zaik langsung tidak tepat dan tidak betul, ulama diberi peranan memberi pandangan di dalam parti UMNO. 

Golongan ulama juga sudah lama mendapat tempat dalam UMNO. 

Mungkin Abdullah Zaik gagal menyelami cadangan Ustaz Fathul Bari tempoh hari, Ustaz Fathul Bari yang mencadangkan agar diwujudkan satu majlis,organisasi yang mengumpulkan para-para ulama supaya para pemimpin UMNO dapat merujuk sebarang dasar atau keputusan yang dibuat agar ianya tidak bercanggah dengan Islam.

Faham bro Abdullah Zaik...?

Boring ah blogging hujah-hujah begini, lepas ini blog ini akan lebih santai.

Artikel berat sebegini saya siarkan di www.putrajaya-online.com dalam ruangan #MindaPjO

YY : Bro Abdullah Zaik setuju tak komuter kena pakai 'side mirror'? hahaha!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-