Friday, July 20, 2012

Salahuddin Ayub Patut Tutup Muka Guna Paper Harakah - Sharifah Aini Pula Nafi Join PAS!


Jika semalam artis popular Ning Baizura tampil menafikan kenyataan Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian Salahuddin Ayub kononnya beliau dan beberapa artis akan menyertai PAS, hari ini seorang lagi artis popular tampil menafikan fitnah yang hangat disebarkan oleh pengikut PAS.

Biduanita negara Datuk Sharifah Aini hari ini tampil menafikan dakwaan Salahuddin Ayub dalam Sinar Harian kononnya beliau akan menyertai parti politik PAS.


Datuk Sharifah Aini dalam penafiannya mengatakan beliau seorang penyokong kerajaan serta tidak pernah terlintas untuk menyokong parti politik PKR mahu pun PAS!
“Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.” - Datuk Sharifah Aini.
Nampaknya Salahuddin Ayub perlu tampil membuat permohonan maaf kepada dua artis yang mana nama dua artis ini selalu dijaja oleh mereka dan dipergunakan demi kepentingan politik PAS.

Dari Agendaily :

Maka melompat la artis berkenaan yang terpaksa menjelas fitnah parti kuat fitnah ini berkenaan isu ini. Ning Baizura menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata 
"Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?" 
"Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?" 
Manakala Datuk Sharifah Aini juga dalam kenyataannya kepada Agenda Daily juga menafikan perkara berkenaan dan beliau dengan tegas menyokong kerajaan bukannya PAS atau PKR !!! 
“Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.”, katanya ketika dihubungi - selanjutnya di Agendadaily
YY : Habis nama kutip dok jaja, Orang Kubang Kerian kirim sale demo wahai Salahuddin Ayub, jenguk2 la rakyat Kubang Kerian tuh! 

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-