World JetRace Challenge yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir semalam menghangatkan lagi Tahun Melawat Perak 2012 yang mana telah berjaya menarik 6,000 pengunjung pelbagai kaum mengunjungi Pasir Bogak, Pulau Pangkor.
Kejohanan World Jetrace yang berlangsung pada 14 Julai dan berakhir petang tadi merupakan kejohanan ketiga yang diadakan di Malaysia selepas Langkawi dan Putrajaya ketika sambutan Hari Belia Negara tempoh hari.
Selain Menteri Besar Perak, majlis perasmian semalam tadi turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Perak Khairul Azwan Harun yang bertindak selaku Pengerusi dan penganjur kejohanan.
Beberapa foto yang dirakam sepanjang kejohanan berlangsung :
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-