Kaum Cina dikatakan sebagai kaum yang praktikal dan tidak emosional, iaitu yang menilai kehidupan dari segi logik, angka dan fakta. Kerana itu, selama beberapa dekad, mereka setia kepada Barisan Nasional yang dilihat sebagai mampu memberikan mereka kesenangan.
Tetapi, akhir-akhir ini, kaum Cina mula mengambil mudah akan kesenangan itu. Mereka percaya kesenangan yang mereka kecapi adalah hasil dari titik-peluh sendiri tanpa terhutang budi kepada sesiapa. Seolah-olah mereka mampu mengumpul kekayaan yang sama tidak kira siapa pun yang menjadi pemerintah. Lebih dari itu, mereka juga percaya bahawa jika kaum mereka yang memerintah maka kekayaan mereka akan berlipat ganda lagi.
Justeru, mereka pun mempertaruhkan nasib mereka kepada Pakatan Rakyat, dengan keyakinan bahawa DAP akan sentiasa menjadi parti dominan yang mampu membonekakan PKR dan juga PAS.
Tetapi, keyakinan mereka bahawa kekuatan perkauman dan ekonomi Cina DAP mengatasi semangat Melayu Islam di dalam PAS kini mula goyah apabila Himpunan Hijau PAS menyaksikan kekuatan baru parti yang bertopengkan Islam itu. Walaupun PAS mengalami kemerosotan sokongan Melayu secara drastik kebelakangan ini, Himpunan Hijau PAS ternyata telah berjaya mencapai jumlah sasaran, besar kemungkinan kerana isu hudud kembali dimainkan oleh pemimpinnya.
Umum tahu bahawa rata-rata penyokong PAS masih impikan Negara Islam dan hudud serta menganggap ekstremisme sebagai kesempurnaan Islam kerana itulah yang disogokkan oleh pemimpin-pemimpin PAS ke dalam pemikiran mereka sejak dahulu kala, yakni sejak Amanat kafir Hadi Awang.
PAS mempromosikan ektremisme untuk membezakan diri mereka dari UMNO. Ini dilakukan dengan menjaja fahaman bahawa yang ekstrem itu benar dan yang sederhana seperti UMNO adalah jahil, sesat, hatta kafir. Fahaman dan pemikiran ini telah pun berakar umbi di dalam hati sanubari penyokong-penyokong mereka walaupun ramai pemimpin mereka hari ini cuba menafikannya.
Bagaimanapun setelah bekerjasama dengan DAP, PAS akhirnya melonggarkan pegangan mereka sehingga menjadi jauh lebih terbuka dari UMNO sendiri. Hari ini, PAS tidak sanggup menentang murtad malah membiarkan saja pusat-pusat maksiat berleluasa semata-mata untuk menjaga keharmonian dalam Pakatan Rakyat.
Sudah tentu pendekatan baru PAS ini menggembirakan masyarakat Cina, terutamanya DAP. PAS kelihatan banyak mengalah dengan DAP sehingga sanggup menggadaikan matlamat penubuhan Negara Islam. Tetapi apakah benar PAS telah menyerahkan jiwa-raga mereka kepada DAP?
Jika diikuti forum-forum, komen-komen, cakap-cakap serta tulisan-tulisan penyokong-penyokong PAS, kita akan mendapati bahawa impian Negara Islam dan hudud tidak pernah pudar. Malah mereka akan menafikan sekeras-kerasnya bahawa PAS tidak lagi ingin menubuhkan Negara Islam atau melaksanakan hudud.
Selama ini, pemimpin PAS kini berada di persimpangan antara kehendak penyokong sendiri yang inginkan 'Islam', dengan arahan DAP untuk melupakan 'Islam' dari perjuangan.
Namun, Himpunan Hijau di Kedah pada 1 Jun lalu memberikan jawapan kepada dilema mereka. Kini pemimpin PAS semakin yakin akan kekuatan parti itu sekali gus, memberi mereka keberanian untuk menyanggah arahan DAP.
DAP juga pasti sudah menyedari akan impak dari Himpunan Hijau PAS ini dan dengan itu, sedang mencongak-congak akan kekuatan sendiri dalam menghadapi tekanan dari PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya.
Apakah DAP akan mampu mengekang semangat jihad fahaman ektremis PAS? Apakah impian Republik Malaysia akan berkubur setelah PR berjaya menjadi pemerintah?
Sebagai parti chauvinis dan rasis tegar, aspirasi DAP tidak mungkin dapat diterima oleh sebahagian besar masyarakat bukan Cina di Malaysia. Justeru, jika konflik hala-tuju negara berlaku di bawah PR, besar kemungkinan, masyarakat bukan Cina akan bergembeling tenaga di belakang PAS untuk memberi tekanan kepada DAP walaupun sebahagian besar mereka bukanlah penyokong PAS.
DAP mungkin menyangka yang mereka bijak kerana berjaya melaga-lagakan Melayu dengan Melayu di dalam PAS dengan UMNO. Namun, mereka gagal belajar dari sejarah mahupun peribahasa yang menyatakan bahawa 'gajah dengan gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah'. Lebih buruk, apabila gajah mula sedar akan kesilapan mereka dan bersatu memijak pelanduk sehingga hancur.
Inilah yang berlaku di zaman reformasi di Indonesia di mana kaum Cina disembelih, dirogol dan dibunuh kejam walhal rakyat pada masa itu sebenarnya tidak puas hati dengan pemimpin dan kerajaan. Ini juga boleh berlaku di Malaysia, di mana senarionya hampir sama saja di mana kaum Cina menguasai ekonomi, penduduk asal bercakaran sesama sendiri dan ada pihak yang menangguk di air keruh menghasut rakyat menyalahkan segala-galanya ke atas kerajaan.
Apa yang pasti, Himpunan Hijau PAS dilihat dari perspektif berbeza di kalangan parti-parti sekutu Pakatan Rakyat. PAS yang kuat sedikit adalah baik untuk DAP, tetapi PAS yang terlalu kuat adalah buruk bagi mereka. Di pihak PAS pula, mereka mungkin kembali yakin dengan kekuatan diri, tetapi apakah mereka benar-benar kuat untuk mengatasi kuasa ekonomi dan perkauman DAP demi menegakkan Negara Islam yang diimpikan oleh penyokong-penyokong mereka?
Sent from my Samsung Galaxy Tab 10.1
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-