Tiga hari lepas masyarakat siber hangat membicarakan perihal bakal menantu PM DS Najib Tun Razak yang dikatakan terlibat dalam penipuan melibatkan US$20 juta.
Semalam laman blog ini mendedahkan identiti penulis laporan berita tersebut yang bernama Dareh Gregorian yang mana beliau merupakan penulis gossip yang obses dengan skandal-skandal serta perbicaraan mahkamah yang melibatkan selebriti terkenal US.
Semalam juga The New York Post akhbar yang mula-mula mensensasikan isu ini turut menyiarkan penafian yang dibuat oleh Maira iaitu ibu kepada Nazarbayev.
Terjemahan dari laporan berita tersebut :
"Saya dan suami tidak pasti siapa sebenarnya di belakang dakwaan yang tidak masuk akal dan bersifat tuduhan ini.
"Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," Maira Nazarbayev dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam.
Maira menafikan dakwaan anaknya terlibat menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta) dan menyifatkannya tidak benar dan tidak dapat dibuktikan.
"Suami saya Bolat dan saya tetap memberikan komitmen kepada anak-anak kami, dan akan selesaikan perkara ini secara peribadi. Kami bangga dengan semua anak-anak kami.
"Saya membuat rancangan awal bercuti di Eropah untuk beberapa minggu akan datang an akan menghabiskan masa dengan keluarga dan orang tersayang," kata Maira.
Kelmarin, sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan Daniyar menipu bapa tirinya telah diperbesar-besarkan oleh The New York Post.
Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri. - [Berita Penuh]Rujuk bahagian yang saya merahkan di atas, menurut Maira masalah dalaman keluarga mereka telah dimanipulasi serta dipergunakan oleh pihak yang mempunyai kepentingan politik.
Kepentingan politik?
Adakah Dareh Gregorian mempunyai kepentingan politik di Malaysia?
Sudah tentu jawapannya adalah TIDAK.
Tetapi kenapa Dareh Gregorian serta editor The New York Post begitu berminat terhadap pemuda bernama Daniyar Nazarbayev?
Justeru itu saya akan membawa saudara memeriksa sedikit latar belakang akhbar tabloid yang terkenal dengan bahan gossip di US yang mana jualannya mencecah sehingga 105,000 namun jualan akhbar ini merundum sehingga separuh jualan pada tahun 2009.
Saya terfikir adakah akhbar lain turut memiliki kepentingan dalam The New York Post?
Setelah membuat pemeriksaan rupa-rupanya The Jerusalem Post sebuah akhbar yang berpengkalan di Tel Aviv turut memiliki kepentingan dalam The New York Post.
Kita tengok laporan berita yang pernah dilaporkan oleh The Jerusalem Post, yang pernah dikenali sebagai rakan rapat Anwar Ibrahim. Ini terbukti apabila The Jerusalem Post melaporkan berita seperti di bawah sebagaimana didedahkan oleh blogger 1Peluru sebelum ini :
Selain itu The Jerusalem Post turut menyiarkan artikel Anwar Ibrahim : Malaysia's Future Prime Minister.
Laporan berita oleh The Jerusalem Post ketika demontrasi BERSIH2.0 pada 9 Julai 2011 pernah cuba mempengaruhi pelabur asing supaya tidak melabur di Malaysia.
Untuk membuktikan bahawa The New York Post dan The Jerusalem Post adalah akhbar yang berkaitan satu sama lain, kita lihat laporan berita yang disiarkan oleh The New York Times pada 17 April 2009 :
Laporan The New York Times di atas menyatakan bahawa akhbar The New York Post menyediakan ruangan setiap hari Ahad untuk menyiarkan bahan berita mengenai politik, diplomasi, kesihatan, sains, perniagaan yang dihasilkan oleh The Jerusalem Post.
Dalam laporan The New York Times itu juga turut menyatakan bahawa kedua-dua pihak enggan mendedahkan perjanjian kewangan yang dibuat.
Siapa agaknya dalang di sebalik semua serangan politik di peringkat antarabangsa yang diterima oleh PM sekarang ini?
Saya tidak mahu menuduh, tetapi apabila sebuah akhbar seperti The Jerusalem Post yang begitu obses dengan laporan berita melibatkan Anwar Ibrahim mempunyai kepentingan dalam The New York Post akhbar yang mensensasikan isu bakal menantu PM DS Najib Tun Razak. Malah akhbar ini turut membuat ramalan bahawa Anwar Ibrahim adalah bakal Perdana Menteri Malaysia.
Saya berandaian bahawa laporan yang ditulis oleh Dareh Gregorian yang dinafikan oleh ibu Daniyar Nazarbayev semalam merupakan satu rancangan yang sudah diatur oleh musuh politik DS Najib Tun Razak semata-mata mahu memburukkan imej PM di mata dunia.
Jika andaian saya ini benar, individu yang begitu teruja mahu melihat kejatuhan DS Najib Tun Razak dan mempunyai hubungan rapat dengan Israel tiada lain selain individu yang bernama Anwar Ibrahim.
Tidak mustahil jika saya katakan Anwar Ibrahim adalah dalang di sebalik laporan berita yang ditulis oleh Dareh Gregorian sebelum Malaysiakini dan Harakahdaily mensensasikan isu tersebut di laman-laman mereka?
Nampaknya penyokong totok pembangkang buta-buta diperbodohkan oleh media asing, dalam masa yang sama tak pasal-pasal dapat dosa fitnah.
Hahaha...
Arios!
YY : Anwar Ibrahim dah main 'Plain Folks' - Bro Najib Razak kena selalu jumpa rakyat...
Anwar Next PM? Jerusalem Post baik sungguh dgn Pak Nuar Brahim! takde org Msia yg nak Pak Nuar Jubor jd PM la...
ReplyDeleteJerusalem Post byk siar berita psl Anwar. Anwar ada share kot?
ReplyDelete