Pendedahan dokumen oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkaitan dengan harta yang bernilai jutaan ringgit yang dimiliki oleh Azmin Ali menyebabkan pihak SPRM membuka kembali kes tersebut ekoran maklumat tambahan berbentuk transaksi saham, hartanah dan kenderaan milik Azmin Ali.
Ramai yang tertanya-tanya kenapa agaknya baru sekarang dokumen-dokumen ini didedahkan, sedangkan SPRM dahulunya BPR telah pun menyiasat kes tersebut yang mana tiada sebarang dakwaan dibuat ke atasnya.
Memang benar, Azmin pernah disiasat oleh SPRM pada tahun 1995. Tetapi siasatan tersebut bukan siasatan berkaitan dengan pemilikan saham sebagaimana dokumen yang didedahkan oleh RPK dan adiknya sendiri Ummi Hafilda.
Apa berlaku dalam siasatan BPR 1995 ?
Memang Azmin disiasat pada tahun itu, tetapi dengan campur tangan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan siasatan ke atas Azmin Ali dihentikan. Sebagaimana didedahkan Raja Petra.
Anwar yang kononnya mahu memperkasakan BPR telah menggunakan kuasanya melantik kroninya, Datuk Shafie Yahya sebagai Ketua Pengarah BPR dengan tujuan semua kuasa penyiasatan BPR di bawah telunjuk Anwar.
Seperti kata bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dalam ceramahnya di di Petaling Jaya pada tahun 2009, kononnya Anwar mahu membanteras rasuah tetapi dalam masa yang sama melantik kroninya menjadi Ketua Pengarah BPR. Bukankah itu juga amalan rasuah dan kronisme?
Apabila Azmin diadu melakukan rasuah, Anwar serta merta mengarahkan Datuk Shafie Yahya menghentikan siasatan dengan alasan sekiranya siasatan diteruskan akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Maka siasatan pun dihentikan dengan tiada apa-apa dokumen penting dimasukkan ke dalam fail siasatan.
Siasatan 95 campur tangan Anwar, bagaimana pula siasatan 98?
Kata Azmin, baiklah jika siasatan pada 17 tahun lalu dihentikan dan mengambil keputusan untuk tidak mendakwa beliau kerana campur tangan Anwar yang berkuasa sebagai TPM ketika itu.
Kenapa siasatan pada tahun 1998, ketika Anwar sudah kehilangan kuasa, Azmin juga dilepaskan?
Siasatan 1998, bukanlah siasatan BPR tetapi siasatan polis. Dua entiti yang berbeza dengan tujuan yang berbeza. Pada tahun 1998, Azmin tidak disiasat oleh BPR tetapi disiasat oleh polis untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM dan Menteri Kewangan.
Orang pertama yang perlu disiasat polis ekoran pemecatan Anwar adalah pegawai yang paling kanan iaitu Azmin Ali. Azmin sendiri mengakui dia direman 8 hari dalam siasatan itu. Tetapi siasatan polis ketika itu bukan menjurus kepada pemerolehan harta Azmin.
Sebaliknya siasatan lanjut berkenaan dengan gerak kerja Azmin sepanjang menjadi pegawai kanan Anwar Ibrahim, suspek utama yang akan didakwa ketika itu.
Siasatan polis menjurus kepada penyelewengan Anwar yang bakal didakwa di mahkamah pada tahun 1998, bukannya siasatan ke atas penyelewengan Azmin. Tiada penglibatan BPR menyiasat Azmin pada tahun 1998.
Siasatan polis ke atas Azmin pada tahun 1998 bertujuan untuk dijadikan bukti di mahkamah semasa pendakwaan ke atas Anwar, berkaitan dengan penyelewengan dan salah laku yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dalam menghalang siasatan lanjut berkenaan skandal Anwar dan Shamshidar yang juga merupakan isteri kepada Azmin Ali.
Sebab itu polis menahan reman Azmin selama 8 hari, kerana orang yang bakal didakwa di mahkamah membabitkan isterinya sendiri, Shamshidar Taharin.
Tetapi terdapat perkara pelik yang dilakukan oleh Azmin semasa 8 hari siasatan itu. Dalam tahanan reman Azmin dikatakan banyak membuat pengakuan eksklusif tetapi apabila tampil di mahkamah, Azmin menukar pengakuannya dan menjadi pembela Anwar pula.
Ekoran daripada itu, Azmin telah membuat kenyataan yang bercanggah di mahkamah dengan kenyataan lisannya semasa dalam tahanan polis. Maka, Azmin telah dibicarakan kerana membuat pengakuan palsu pada tahun 1999.

Perbicaraan Azmin memberi keterangan palsu, Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan.
Azmin terlepas daripada penjara 18 bulan, apabila hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan rayuan Azmin dan dibebaskan sepenuhnya pada tahun 2009.
Antara dokumen yang didedahkan oleh RPK tempoh hari :

Melihat pendedahan bukti yang dikemukakan oleh RPK dan Ummi Hafilda maka tidak hairanlah pada hari ini, adik beradik Shamsida Taharin kini kaya raya. Johan Taharin (abang sulong), Jamal Taharin dan Jamil Taharin, kini menjadi kaya raya.
Walhal keluarga mereka bukan keturunan hartawan. Bapa Shamsidar, berasal dari Perak adalah seorang guru, manakala ibunya adalah adalah seorang suri rumah sepenuh masa.
Jadi berdasarkan bukti terbaru yang didedahkan oleh RPK dan Ummi Hafilda dalam sidang medianya semalam pihak SPRM berhak membuka semula kes ini.
Jika bekas Ketua Pengarah BPR berkata beliau serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat, kenapa pula Azmin Ali begitu gelabah dengan menuduh dan membuat penafian kosong semata-mata?
Berilah ruang SPRM menyiasat bukankah Pakatan Rakyat selalu dok canang mahu badan-badan penguatkuasa bebas daripada campur tangan pihak lain?
Apa agaknya pengakuan Azmin semasa ditahan reman 8 hari sebelum menukar pengakuan di mahkamah?
Jeng....Jeng....Jeng!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-