Friday, May 18, 2012

[Sinetron] : Siri Bercakap Dengan @PapaGomo - #BabyG


Selesai misi di Pulau Pinang semalam, saya bersama Skuad JDAB2012 terus memasuki Kedah sekitar jam 8.00 malam. Tengah syok rehat, VC UiTM Dato Prof. Ir. Dr. Sahol menjemput saya, dan pasukan konvoi untuk  makan malam serta bersantai bersama Datuk Latt Shariman di Kuala Kedah.

Tengah syok dok makan siakap sambil berbual-bual mengenai kegembiraan ibu bapa pelajar-pelajar miskin yang berjaya memasuki UiTM untuk mengikuti program Khas MDAB. [Rujuk Sini]

Tiba-tiba BBM bertalu-talu masuk ada dari sahabat bloggers, ada dari mahasiswa, ada juga dari individu yang meluat dengan manusia bernama PapaGomo tetapi tidak menyatakan secara terbuka.

Antara pesanan BBM yang dikirimkan :
"Bro... Gomo balun you..." 
"Hahaha... bro gomo mintak nyawa der!"
"Artikel gomo terbaru hentam UMB, sudah-sudah la gaduh bro pilihanraya dah dekat" 
"YY Gomo fitnah UMB lagi, kena counter bro. Jgn harap blogger UMB lain, dorang tahu pulun tapi tak reti nak balun sbb takut dgn PapaGomo"
Saya hanya tersenyum, selepas itu saya klik capaikan link yang turut disertakan dalam BBM. Artikel blogger no.1 merangkap 'SIFU' saya sendiri mestilah kena baca, lebih-lebih lagi artikel yang disiarkan oleh seorang blogger yang bakal menentukan hidup mati UMNO dalam PRU yang akan datang.

Hahaha...

Ok, sebenarnya ada benar apa yang ditulis oleh PapaGomo atau beliau lebih selesa dipanggil KING OF THE BLOGGERS atau LORD OF THE BLOGGERS, tetapi bukan 100% - hanya 10% sahaja benar itu pun perlu melalui beberapa proses tapisan barulah boleh dipercayai.

Cuma nasihat saya kepada PapaGomo, jangan kaitkan dengan bloggers yang lain. Saya terpaksa menjawab segala tuduhan ke atas UMB disebabkan semakin ramai yang naik meluat dengan karenah gila beliau. Tetapi  mereka masih tidak menyatakannya secara terbuka.

Kalau bukan kerana meluat dengan sikap PapaGomo mana mungkin Datuk Latt Shariman turut mengeluarkan kenyataan "gomo tak habis-habis cari gaduh?". Ketika saya bersamanya berkunjung ke rumah seorang pengikut tegar PAS di Kuala Kedah?

Saya pertahankan UMB sebab kami lakukan perkara betul selaku jentera parti, mengenai tuduhan RM300,000. Mungkin saudara pembaca perlu minta bukti dari PapaGomo sendiri kerana beliau yang selalu bermain dengan angka-angka ini.

Kerana setahu saya hanya PapaGomo yang pandai mengamalkan 'pau-pau move' beberapa agensi dan pemimpin kerajaan. Berani bersumpah PapaGomo tidak pernah, tidak menerima apa-apa peruntukkan atau imbuhan daripada agensi dan menteri sebagaimana PapaGomo selalu cabar Anwar Ibrahim?

Oh.. bersumpah menggunakan nama betul, bukan bersumpah dengan nama pena "saya papagomo bla...bla..bla..." kucing baca pun boleh gelak!

Jadi...

Buat 'SIFU' saya, usah risau atau gundah gulana. Saya akan menjawab satu-persatu 'NIAT' baik PapaGomo sebagaimana beliau nyatakan.

Qoute PapaGomo :
1) Tidak mahu wang UMNO dibazirkan.
Program Konvesyen Media Sosial apakah hasilnya setakat ini. Membazir ke tidak? 
2) Elakkan UMB yang merupakan entiti UMNO dijadikan alat pemimpin tertentu.
UMB tidak terlibat menjadi alat bagi menghalalkan penyalahgunaan, penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin dalam UMNO. Bukan hari ini kata menteri 'PONDAN' esok lusa kata 'MANTAP'. Pendek kata puji bila ada imbuhan, keji bila imbuhan dihentikan.
 3) Menghapuskan KASTA yang UMB selalu labelkan "Ini Orang UMB dan Ini Bukan UMB" 
- Siapa yang wujudkan KASTA terlebih dahulu? Ingat balik peristiwa selepas Pilihanraya Sarawak. (SIAPA NAIKKAN LOGO "KAMI BUKAN BLOGGER UMB!"
4) Memastikan semua pejuang maya meraih hasil yang sama rata sama rasa mengikut tugas yang dipertanggungjawapkan dan kekuataan Blog tersebut. - 
Ayat macam Anwar Ibrahim "sama rata, sama rasa" - NFC berapa sebenarnya jumlah diperolehi tetapi berapa pula jumlah yang diterima oleh bloggers yang terlibat membantu menjawab isu NFC? (The Untold Story ketika pertemuan saya dengan individu yang menguruskan operasi NFC di Restoran Meatworks - nak tahu tak?)
5) Tidak memilih puak dalam pemberian bantuan baik dari kewangan ataupun kelengkapan. "Orang UMB layak Bukan UMB tak layak" 
Sudah-sudah la rekayasa fitnah sahabatku PapaGomo. UMB bantu selagi termampu tanpa meletakkan sebarang syarat jika ada blogger yang berhadapan masalah. Tak percaya? [KLIK & BACA SAMPAI HABIS]
6) Dahagakan kekuatan sebenar pejuang maya untuk disatukan tampa mengira fahaman asalkan terus menyokong Kerajaan BN.
Siapa yang tidak mahu bersatu, siapa yang bersikap berlagak sombong, siapa yang menepuk meja di hadapan pemimpin, siapa yang menyindir, mengutuk, menghina, mengfitnah bila ada blogger yang mengaku mereka UMB?
Siapa yang sebaik sahaja bersalaman mengeluarkan kenyataan "dapat ke sarawak sebab jilat Tun Faisal, ingat gua pekak? Ada atau tidak saya sms ucapkan agar PapaGomo selamat ketika beliau ke Somalia? - Jika saya ingin amalkan perpecahan, buat apa saya sms lebih-lebih lagi cacian dan kejian yang saya terima?
Oh... sebelum terlupa siapa yang berlagak sombong ketika gua sapa di malam penghargaan UMNO kepada media selepas Perhimpunan Agung UMNO yang lepas hanya kerana beliau lengkap memakai vest berbutang tiga (mujur tak pakai riben macam Kadiq Sheikh Fadzir je. kah3!) 
 Bukankah UMB dilabel sebagai bloggers lembik oleh PapaGomo sendiri? (Nampaknya PapaGomo turut melabelkan kawan-kawan yang PapaGomo tahu berada di bawah UMB sebagai lembik. Bukan begitu?)
Lagi qoute PapaGomo :
"Tidak mahulah seperti kisah 2 orang Blogger yang dulunya dididik dan diberi makan oleh Gomo kini menjadi pencacai kepada seorang EXCO pemuda Umno"
Nyatakan bila kamu beri saya makan, di mana, berapa banyak - Seingat saya, saya hanya pernah makan sepinggan nasi ayam bersama dua lagi bloggers?

Tetapi jangan lupa pula siapa yang bayar di Old Town White Coffee. (lol macam budak-budak gua rasa layan qoute PapaGomo sedangkan kami sebaya kehkehkeh!)

Siapa yang hubungi saya setiap kali datang ke Bukit Bintang?

Apakah perlu kita berlagak sombong jika rakan call ajak minum sekejap?

Bukankah bekas Ketua Wira Perkasa turut bersama, dan selalunya beliau yang kena 'pau' sebab masa itu PapaGomo belum kaya seperti sekarang dan masih berkereta biasa-biasa sahaja.

Qoute PapaGomo seterusnya :
Dan inilah juga ketakutan apabila RAHSIA wang yang disonglap dan juga Projek yang dijaja kononya untuk membantu Blogger takut terdedah.
Dedahkan sahaja, memang sudah lama saya tunggu. Namakan siapa, jawatan apa, berapa jumlahnya. Selepas itu saya akan beritahu siapa sebenarnya yang melacurkan blogger.

Qoute paling best PapaGomo seterusnya :
Hari ini Double Y dan Aku Peduli Apa cukup hebat menyerang Papa Gomo. Ya mungkin sebab Gomo tidak mampu memberikan hasil wang ringgit tiap tiap bulan ataupun baju yang berlogo serta membawa bercuti ke sana kemari maka Gomo tidak menguntungkan.
Ololololo...

Sedihnya, nak nangis gua rasa bro...

Siapa yang bercuti naik Cruise sehingga ke Bali, Indonesia?

Siapa yang tukar kereta baru?

Siapa yang ada kondominium baru?

Paling gempak dan best dari PapaGomo :
adress Blog nya adalah Yuseri Yusof dan anda boleh tanya beliau siapa yang memberikan tunjuk ajar berblogg. Malah boleh tanya beliau sewaktu beliau hendak memulakan Blog siapa yang memberikan nasihat untuk memilih nama blog.
Benar, jika ikut PapaGomo waktu itu. Saya mungkin blogger yang tidak berwajah. Blogger yang menulis apa sahaja tuduhan serta fitnah tetapi tidak bertanggungjawab dengan penulisan saya.

Tetapi bagaimana cara berblogging, mengumpul maklumat, akses maklumat, serta mengupas isu rasanya langsung tiada AJARAN dari PapaGomo yang saya terima.

Jadi saya wajar ucapkan terima kasih kepada PapaGomo kerana MENASIHATI saya supaya menggunakan anonymous atau blogger tidak berwajah. Tetapi nampaknya saya keras kepala kerana tak ikut nasihat 'SIFU'.

Hahaha...

Cukup dahulu untuk bahagian pengenalan sinetron SIRI BERCAKAP DENGAN PAPAGOMO.

Saya akan menyambung untuk bahagian seterusnya setelah selesai melaksanakan misi membantu anak-anak lepasan SPM yang miskin melanjutkan pengajian sebagaimana diharapkan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setakat ini hasil budi bicara saya dengan Aizuddin Mohd Ghazali Timbalan Presiden GDAB dengan persetujuan Dato Sahol.

Alhamdullilah saya sudah membantu lebih 100 pelajar lepasan SPM yang miskin masuk terus ke UiTM setelah saya melihat keputusan peperiksaan mereka cemerlang dan harapan besar di wajah-wajah ibu bapa mereka.

Kerana saya tidak berblogging dari kerusi empuk di rumah. Tengok hujung bulan wang ada masuk dalam akaun. Tapi bertindak seolah-olah bayi suci yang baru dilahirkan.

Selesai saya laksanakan amanah dan aspirasi PM. Saya akan sambung episod seterusnya.

Saya hanya menjawab tuduhan bukan membuat serangan melulu, saya juga jenis 'outspoken' macam PapaGomo. Tetapi jika ada yang tidak bersetuju saya tetap terima dan hormat pandangan anda. Kerana setiap manusia mempunyai pendapat dan persepsi yang berbeza lebih-lebih lagi dalam politik.

Sudah-sudahlah PapaGomo tabur fitnah, tak rugi mengaku salah sebagaimana saya akui kesilapan saya dahulu terhadap seorang blogger otai lalu saya memohon maaf selepas digesa oleh PapaGomo sendiri.

Tak semua kita buat itu betul atau perlu diberitahu kepada semua melalui di laman blog wahai 'SIFU' yang bernama PapaGomo - Harap-harap PapaGomo tak menangis macam baby di bawah :



Jangan lupa klik LIKE & SHARE artikel PapaGomo [DISINI]

YY  : Kes Scorpene dulu nampak macam saya kalah.Tetapi agaknya kenapa beberapa individu dalam MINDEF says "Thanks bro, u dah buat apa yang patut..." - Damn... I don't fuck with the best. But i fuck with a MORON!

18 comments:

  1. Agak2 ada tak blogger di kem pro pembangang yang berbalah mcm korang ni? hehe..

    Tak mengapa lah. Berbeza pendapat dan peribadi lumrah ahli pasukan. Semua ada peranan, kekuatan, sumber, impak dan idea masing-masing. Tetapi akhirnya, yang teramat penting ialah kerja berpasukan untuk tujuan yang sama mesti dikuatkan.

    ReplyDelete
  2. babygomo jenis suka tipu dan pau orang. mari kita dedahkan penipuan babygomo yang suka lacurkan blogger lain. untuk hari belia negara babygomo submit beratus nama blogger tanpa persetujuan blogger terbabit dan dapat bayaran beribu ringgit dari KBS. antara mangsa adalah sangkakala dan semut hitam. KBS pun macam sial. macam mana boleh bayar blogger lucah macam babygomo?

    ReplyDelete
  3. saya di kbs.yg jadi buah mulut dikalangan staff kbs adalah penguasaan papa gomo ketas menteri.

    kbs diminta membayar kpd kl pos (papa gomo punya) utk liputan monsunn cup & ltdl.

    kenapa kl pos begitu istimewa ? dpt kemudahan ,dpt bayaran untuk buat liputan sedangkan kuasanya tak ada.

    media2 lain pula jangan kata dpt bayaran, kena keluar duit sendiri adalah.

    cari punya cari, korek punya korek, rupanya menteri pun tak blh tahan dengan perangai mendesak papa gomo. tak mau gaduh timbul masalah. menteri pun bagi.

    tepatlah gelaran PAU-PAU GOMO

    ReplyDelete
  4. Agak-agaklah...perkara bodoh macam ni berlarutan sampai bila?

    ReplyDelete
  5. tanya gomo mana dia dapat duit renovate office kl pos beratus ribu di danau kota?

    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo
    kl pos = papa gomo

    ReplyDelete
  6. Sokong double y dan umb! Teruskan perjuangan!

    ReplyDelete
  7. kalau UMB cuba defend diri dari tuduhan papagomo - diorang kata "cukup2 la berbalah sesama sendiri"...

    bila papagomo balun UMB dgan pelbagai cara - diorang kata "we love yu papagomo, bongkarkan kebenaran... muah-muuuahhhss!"

    phatetic jerks!

    ReplyDelete
  8. Dari buang masa gaduh sama sendiri, baik singkap temberang pembangkang.

    KERANA TERDESAK, NURUL IZZAH KERAH RAJA PETRA SERANG RAJA NONG CHIK? Baca di sini!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Anon 8 : 57am,
    sampai kebenaran disampaikan kpd semua pemuja papagomo.

    Nothing personal bro.

    Bak kata saiful yg hak pasti berdiri, yg suka mengomol merata-rata pasti jatuh.

    Sy hargai segala komen yg ditinggalkan. Terima kasih semua.

    :-)

    ReplyDelete
  10. komen kat atas ni mcm tak puas hati.keh keh keh.sampai semua nak di ceritakan.nampak sgt yg komen ni semua dari puak UMB sendiri.keh keh keh.bukan dari KBS pun.mmg sahlah blogger lain kata UMB syok sendiri...

    ReplyDelete
  11. ko pernah buat mcm tu kot. Baru nk tapis komen yg sebut kementerian. Tp ada pulak yg fitnah. Sori la aku bkn jenis komen artikel sndiri. Lg pun seharian program x sempat nk online. Kalau aku jd ko. Aku tk komen kt blog syok sendiri.

    :-)

    ReplyDelete
  12. bro double Y kalau aku jadi blogger aku lepas semua komen.ada pulak komen visible.apa kebenda tu.aku suka baca blog.tp rata-rata aku tgk korang ni asyik gaduh bila di nasihat.aku x faham ni.ajar aku cara buat blog ni.nanti boleh aku cerita pengalaman aku bersama mahasiswa

    ReplyDelete
  13. Cayalah Bro...

    camni kan bagus...

    X rugi pun x menang cakap ngan Gomo...

    Lu dua orang sama2 otai...

    X yah gaduh2 ar... benda kecik je...

    ReplyDelete
  14. Qoute paling best PapaGomo seterusnya :

    Hari ini Double Y dan Aku Peduli Apa cukup hebat menyerang Papa Gomo. Ya mungkin sebab Gomo tidak mampu memberikan hasil wang ringgit tiap tiap bulan ataupun baju yang berlogo serta membawa bercuti ke sana kemari maka Gomo tidak menguntungkan.

    bro' jawapan yang u berikan itu tak compute lah. Gomo cakap dia tak mampu nak berikan hasil wang ringgit ......... maknanya kepada kamu berdua, bukanya dia kata dia tak mampu nak bercuti blah blah ....

    satu lagi komen balas yang u berikan kepada anon May 18, 2012 3:31 PM itu pun tak compute. anaon tak cakap u yang komen sendiri, tapi beliau cakap puak UMB. Macam terasa jer bro’

    bertenang bro'; jangan gelabah. just be strong and focus on ur writing. think possitive sebab Gomo gunakan ayat power dalam artikel dia. sebab tu u nampak macam cepat melatah.

    keep aside whatever differences and focus on this coming election. i am sure both UMB and PapaGomo & brotherhood wish that BN wins on a greater majority, there4 be a gentlemen, settle with him outside.

    ReplyDelete
  15. APA LAA KORANG NI...SIKIT SAMA SIKIT BANYAK SAMA BANYAK.. JANGAN REBUT2 DAN TAMAK2...REZEKI DIA BIAR DIA MAKAN..REZEKI LU PULAK LU BOLEH MAKAN DENGAN SENANG HATI... APA MAU DENGKI2..INILAH ORANG MELAYU...MACAM MANA MELAYU NAK MAJU.. KAT ALAM SIBER PUN NAK DENGKI2...

    ReplyDelete
  16. parpukari diberitakan mempunyai masalah ketagihan arak tahap vavi.

    ReplyDelete
  17. paling aku benci adalah bloggers yang baru nak naik pijak kawan sendiri,kalau aku jadi gomo,terus jaa resign dan terus bagi kekuatan kat bloggers pakatan,umb ingat depa hebat,kalau hebat tgklah rangking bloggers,tak pernah ada dalam carta top 10, tapi sombong macam diva,kalau blog nie tak adapun,lagi bagus daaa,baik tutup jaaa,tak ada klass...pengampu!!

    belagak macam pengikut 10 juta,blog hit pun tak sampai sejuta,ada hati nak tunjuk terer mcm dah pandai..ko tgk otai ko, dah dekat 30juta hit,ko nak cari sejuta pun mcm cibai...

    untuk double y, aku harap ko insaflah,takpayah nak tegak mcm kote anuar lagi,aku benci manusia hipokrit mcm ko orang semua,hormatlaaa sikit pada otai2 lama,mcm kita hormat orang tua jugak lah,kasi kol, setel dalm telefon jaaa..ini tidak buat mcm ko banyak pengikut...hampeh!!

    masa aku menulis nie, hanya ada 2 orang jaaa on line,tapi tgk pada gomo,parpukari,gap ratusan beb,ko ingat ko hebat,kalau hebat mana pi pembaca blog ko,2 jaaa...simpan laaa cerita ko dalam jamban..pi mintak maaf kat gomo,dan aku tak mau baca lagi ko kutuk member bloggers pro umno...mana blog ko taun 2008,tak ada lagi kan,jadi ukurlah baju di badan sendiri...

    aku benci UMB terbasuk double y,kalau ada artikel dari UMB sah2 baik aku baca milosuam,takpun cenangau dau kari lagi bagus dari dok layan budak tak ada dalm ranking bloggers...

    UMB hampa semua syok sendiri...BOOOOOO
    aku sokong papagomo,bloggers no 1 daalam carta hati

    ReplyDelete
  18. kalau berani siarkan komen aku,bodoh...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-