Wednesday, May 23, 2012

Adam Adli Pun Join #BeeAntBlues di #HBN2012 di Putrajaya Esok?


Kehkehkeh...

Jangan lupa meriahkan Himpunan Jutaan Belia yang telah pun mengegarkan Putrajaya mulai malam ini. Sekarang ini di pentas Bee Ant Blues (Persiaran Perdana Presint 4) berlangsungnya acara 'Night Paintball' yang  padat dengan pelbagai aksi dan ragam para belia dari seluruh pelusuk negara.

Untuk peminat muzik Jazz :
Malaysia bakal melakar sejarah tersendiri apabila diberi pengiktirafan menjadi tuan rumah Festival Jazz Belia Sedunia (WYJF) minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. 
Beliau berkata, festival itu yang julung kalinya dianjurkan di dunia akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei ini di Putrajaya sempena dengan program Himpunan Jutaan Belia dalam usaha menarik lebih ramai penyertaan antarbangsa.

 
Katanya, WYJF akan disertai seramai 227 pemain muzik Jazz dari sembilan buah negara iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Australia, Singapura, India, Filipina, Indonesia dan Malaysia sendiri. 
"Komponen ini (WYJF) sangat penting kerana dengan sendirinya akan mengantarabangsakan Himpunan Jutaan Belia yang selama ini dilihat dalam konteks belia tempatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Studio Jazz Belia Sedunia di Sri Petaling dekat sini, hari ini. 
Ahmad Shabrey berkata, pemilihan Malaysia sebagai negara pertama menganjurkan festival berprestij itu dibuat oleh Asian Jazz Festival Organization dan World Jazz Society. — BERNAMA
Ayuh anak muda, jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini. Jom ramai-ramai turun memeriahkan!


No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-