Monday, May 7, 2012

15 Hari Menjelang #HBN2012 - Belia Tiong Hua Teruja Menyemarakkan Himpunan Jutaan Belia


Belia Tionghua melalui persatuan-persatuan belia masing-masing begitu teruja untuk menjayakan Sambutan Hari Belia Negara 2012 Mei nanti apabila kira-kira 200,000 telah memberikan komitmen untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan tahun ini. 
Mereka akan ditempatkan di Zon Perkampungan Cina dengan mempamerkan pelbagai aktiviti kesenian, kebudayaan disamping gerai-gerai pameran yang berkonsepkan budaya masyarakat Tionghua di sepanjang program lima hari itu. 
“Zon khas belia Cina ini bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan belia-belia cina pada Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 kali ini yang merupakan julung kali diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia”, ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu dalam sidang medianya di sini hari ini. 
Tambah beliau lagi, “Jangan salah sangka dengan menyangka bahawa Putrajaya ini hanyalah untuk satu komuniti sahaja tetapi ialah sebuah bandar yang dibina untuk golongan belia Malaysia tanpa mengira kaum. 
Ia sekaligus memberi cabaran kepada semua belia Cina untuk merebut peluang menempatkan diri dalam 38 segmen yang telah disediakan di sepanjang sambutan lima hari itu." 
HBN 2012 akan diadakan selama lima hari bermula pada 23 hingga 27 Mei ini dengan 1000 persembahan dari dalam dan luar negara disamping 22 persembahan pentas yang menyajikan pelbagai bentuk persembahan mengikut segmen masing-masing. 
Pertama kali diperkenalkan, perkampungan ini turut menyediakan program-program tersendiri seperti pameran-pameran pendidikan dan perlancongan, bakat-bakat daripada belia cCna, persembahan daripada artis-artis Cina tempatan dan luar negara serta banyak lagi. 
Senator Gan optimis serta yakin bahawa belia-belia ini mempunyai kreativiti tersendiri bagi menghasilkan sesuatu dan terpulang kepada mereka untuk merealisasikannya. 
Turut terlibat menjayakan program ini adalah seperti Soka Gakkai (SSGM), Fo Guang, Xiang Nan, EMCO, Persatuan Belia-Belia Cina, YMM, GBBM yang mengambil peluang dalam perhimpunan besar-besaran dengan mewujudkan kerjasama dua hala dalam memajukan ilmu pengetahuan, ilmu penganjuran majlis dan sebagainya supaya sesi pembelajaran itu lebih mampu dipelajari.
Layari laman Himpunan Belia Negara (HBN2012) untuk mengetahui berita-berita terkini mengenai HBN2012 : [KLIK] 

1 comment:

  1. Baguslah. baru nampak 1Msia..

    NURUL IZZAH JADI PENGUNDI HANTU DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-