Di negara-negara luar - mereka yang belajar di Universiti hanya dipanggil 'STUDENT' yang bermaksud PELAJAR. Tetapi di Malaysia pelajar-pelajar yang menuntut di pusat pengajian tinggi diangkat martabat mereka dengan diberi gelaran 'MAHASISWA'.
Tetapi kini status 'MAHASISWA' tidak lagi dipandang tinggi masyarakat Malaysia, sebaliknya masyarakat menganggap golongan anak muda ini adalah mereka yang 'ganas' serta bersifat 'radikal'.
Tanggapan negatif ini mula timbul setelah beberapa kejadian yang melibatkan 'MAHASISWA' telah menimbulkan pelbagai permasalahan kepada orang sekeliling mereka.
Dari kes UPM hinggalah kes Demo UPSI pelbagai keganasan mereka tunjukkan yang mana tindakan mereka sebenarnya telah menjatuhkan martabat 'MAHASISWA' itu sendiri.
Walhal pada hakikat sebenar kumpulan kecil pelajar ini bukan mewakili suara majoriti penuntut-penuntut di pusat pegajian tinggi di Malaysia...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-