Mereka ini pelajar PRO-MILITAN |
Ambiga, Pak Samad dan sekutu mereka semalam mengumumkan untuk mengadakan demontrasi Bersih 3.0 pada 28 April 2012 ini sebagai kesinambungan demontrasi Bersih 2.0 yang telah dijalankan oleh mereka pada tahun lalu yang mana akhirnya demontrasi tersebut telah menganggu-gugat segala urusan harian warga kota.
Rasanya tiada yang mahu menghalang sama ada mereka mahu mengadakan bantahan secara duduk bersila, berdiri, mencangkung atau pun bantahan secara merangkak beramai-ramai.
Tetapi demontrasi tersebut perlulah diadakan di dalam stadium atau padang, bukan diadakan di Dataran Merdeka yang mana ianya boleh menggangu kelancaran urusan warga kota serta menimbulkan kesesakkan lalu-lintas di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
Ambiga yang juga seorang pejuang kebebasan beragama melalui IFC dan seorang pejuang LGBT turut mengeluarkan kenyataan bahawa dalam Bersih 3.0 nanti, beliau bergantung kepada golongan mahasiswa untuk menjayakan demontrasi tersebut kerana mahasiswa merupakan golongan yang berani.
"For Bersih 3.0, I really put my hope on mahasiswa, they are very brave..." - S.Ambiga (Pengerusi Seketeriat Bersih 2.0)Nampaknya Ambiga dan Pak Samad mahu menggunakan mahasiswa bagi menjayakan agenda politik pihak tertentu, mungkin seruan yang dibuat oleh Ambiga ini disambut secara terbuka sekelompok pelajar yang suka memanjat pagar, melanggar pintu kaca dan mengusung batu nisan sehingga ke Putrajaya.
Tetapi apa pula pandangan mahasiswa yang bersifat rasional yang sentiasa membawa suara ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar?
Agaknya dalam Bersih 3.0 drama apa yang akan ditayangkan kepada kita rakyat Malaysia?
Dengan menyeru dan bergantung harap kepada mahasiswa, mungkin dalam Bersih 3.0 nanti kita akan dihidangkan dengan insiden kematian seorang 'pejuang mahasiswa'?
Mungkinkah Adam Adli akan mati dalam keadaan 'duduk' selepas disentuh oleh PDRM dan seterusnya revolusi akan tercetus di Malaysia...?
Tensionnya...hari tu hari kedua Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC....
ReplyDeletestudent ni semua mesti dah kenal erti penyesalan kot...
ReplyDeleteyg mana masih tak kenal erti penyesalan silakan...
jgnkan bersih 3.0 saja...
bersih 10.0 pun kami akan hentam korang...
pejuang hamas...