Sunday, April 29, 2012

[VIDEO] : #Bersih Punca Kereta @PDRMsia Terbabas



Perhatikan video di atas, pembangkang menuduh PDRM melanggar para demonstran. Tetapi babak sebelum itu tidak pula mereka nyatakan. Kereta milik PDRM hanya meronda kawasan sekitar Sogo.

Tetapi para demonstran bertindak membaling pelbagai objek dan di minit ke 0:28 kelihatan seorang berlari memanjat dan melompat-lompat di atas bumbung kereta.

Bayangkan anda berada dalam situasi yang sama. Adakah anda mampu mengawal kenderaan tersebut dengan sempurna?

Dari malam demonstrasi sehingga petang semalam tahap profesional pasukan PDRM harus kita berikan pujian, PDRM hanya bertindak selepas demonstran terlebih dahulu membuat tindakan liar sehingga mendatangkan kecederaan kepada 2 anggota trafik PDRM.

Tindakan demonstran Bersih 3.0 semalam merupakan peristiwa paling memalukan selepas rusuhan yang berlaku di tahun 1998 ketika Anwar Ibrahim mula-mula dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Siapa yang harus dipertanggungjawab di atas semua bencana yang memalukan negara ini?

Siapa lagi kalau bukan Ambiga, A. Samad Said, Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang harus bertanggungjawab di atas semua kejadian ini.

YY : 'Tahniah' BERSIH kerana menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap pembangkang! :)

1 comment:

  1. Kite buat Bersih III (bukan 3) versi rakyat majoriti..ajak ambiga skali...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-