Suria bersama Pemuda UMNO dan wakil SENIMAN. |
Sambung dari artikel [SINI]
"Barang yang lepas, hai... jangan dikenang kalau dikenang meracunlah diri. Ooo... tak guna menangis memilu makin sedih menambah derita lupakanlah semua yang lalu tidakkan mungkin kembali semula..."
Bait lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul 'Barang Yang Lepas' adalah salah satu lagu popular peninggalan Allahyarham.
Petang tadi sekitar jam 2.00 Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO menziarahi satu-satunya menantu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Suria Bakar.
Suria yang hilang punca pendapatan selepas pemergian suaminya Nasir P.Ramle berhadapan masalah hidup selepas gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu yang mana rumah mereka bakal disita pihak berkuasa.
"Terima kasih" - Jamawi Jaafar dan Zed Zaidi dari SENIMAN menghulurkan sumbangan |
Kini Suria mampu menarik nafas lega apabila Pemuda UMNO Malaysia, SENIMAN dengan bantuan Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik berjaya mencari jalan penyelesaian dengan pihak DBKL di mana DBKL bersetuju untuk memberi potongan sebanyak 50% cukai pintu yang tertunggak.
Manakala baki sebanyak 50% lagi akan dijelaskan kepada pihak DBKL oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Azeez Rahim Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia.
Suria dan dua anaknya |
Selain masalah rumah berjaya diselesaikan, bantuan kepada anaknya turut diberikan agar pelajaran mereka dapat disambung semula.
Bagi memastikan keluarga ini tidak lagi berhadapan masalah kewangan, dana perniagaan turut diberikan dengan harapan punca pendapatan dari perniagaan itu nanti dapat menampung segala kos kehidupan mereka 3 beranak.
Selain itu Exco Pemuda UMNO Malaysia selaku Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO Saudara Jamawi Jaafar bermurah hati untuk menanggung segala kos cukai pintu yang akan datang secara peribadi.
YY : Thumbs up Pemuda UMNO Malaysia!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-