Hahaha...
Anwar Ibrahim hebat menjaja janji kepada orang muda untuk hapuskan PTPTN jika Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk memerintah negara dalam PRU13 yang akan datang.
Tapi sebelum pergi ke tahap yang lebih jauh ramai pihak mahu Pakatan Rakyat buktikan dulu janji tersebut di pusat pengajian yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Jika di Pulau Pinang dahulu DAP berjanji mahu menghapuskan tol jika diberikan mandat untuk memerintah, tetapi sampai sekarang janji tersebut tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Jika benar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat mampu menghapuskan PTPTN ianya perlu dibuktikan terlebih dahulu di KUIS atau pusat pengajian yang ditadbir kerajaan negeri.
Ikuti luahan hati ibu pelajar KUIS dari blog MyMassa Voice :
Luahan hati ibu pelajar KUIS
Saya merupakan ibu kepada seorang pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang merupakan kolej universiti bawah pentadbiran kerajaan negeri.
Anak saya kini beliau berada di tahun 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di kolej tersebut.
Saya pada awalnya amat senang hati apabila menghantar anak melanjutkan pelajarannya di kolej universiti tersebut.
Saya banyak mendapat maklumat mengenai suasana pembelajaran di sana yang amat selesa dan persekitaran budaya Islam yang amat baik, tambahan pula anak saya mengambil jurusan pengajian Islam.
Namun segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada anak dan keluarga saya apabila dia banyak mengadu mengenai masalah besar yang dihadapinya dan rakan-rakan, antaranya:
Yuran terlalu mahal. Pada semester lepas, yuran meningkat sekali ganda dan ini mengundang kemarahan pelajar.
Sedangkan jika dilihat, tiada sebarang perubahan pun yang dibuat untuk kemudahan pelajar. Yang dilakukan hanyalah untuk perkara yang tiada kaitan dengan pelajar seperti mencantikkan tasik KUIS dan landskap taman.
Perkara yang seharusnya diambil berat dan harus dilakukan perubahan tidak pula pihak dilakukan, sebagai contoh membantu pembayaran buku, menambah baik sumber dan kuantiti buku di perpustakaan, menambah baik sistem internet tanpa wayar dan sebagainya.
Pihak KUIS kebiasaannya tidak memberi duit PTPTN yang seharusnya pelajar dapat dengan sepatutnya. Sebagai contoh,pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang akan mendapat RM8,000 sebagai bantuan daripada PTPTN.
Yuran keseluruhan yang harus dibayar RM6,850.20. Jika dihitung, seharusnya pelajar akan dapat RM1,149.80). Tetapi, kami tidak akan dapat jumlah yang begitu sebaliknya pelajar akan dapat lebih kurang dalam RM1,000 hingga RM1,050 sahaja.
Ini mengundang rasa tidak puas hati dan pelajar tertanya-tanya, ke manakah baki yuran yang sepatutnya diterima oleh para pelajar dan ke manakah duit pelajar tersebut disalurkan?
Yuran naik terlalu mendadak sehingga memaksa pelajar ‘mengikat perut' dengan baki yuran yang tidak seberapa.
Ada beberapa mata pelajaran yang tiada kena mengena dengan jurusan yang diambil, namun disenaraikan dalam yuran. Akibatnya, pelajar terpaksa membuang mata pelajaran tersebut dan yurannya tetap perlu dijelaskan.
Saya juga melahirkan rasa kesal kepada pihak pentadbiran KUIS dan juga kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang gagal menyelesaikan permasalahan dihadapi anak saya walaupun dibuat beberapa kali.
Permasalahan terus berulang dan pelajar kolej universiti tersebut terus dihimpit dengan kesempitan wang akibat yuran yang terlalu tinggi. Harapan saya supaya pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak saya ini dan rakan-rakannya.
Baca selanjutnya [KLIK]Janji yang dibuat ketika PRU2008 pun masih banyak belum tertunai, lagi mahu menaburkan janji yang baru?
YDP MPP USM Saudara Idzuan Jamaluddin pula mendakwa isu hapuskan PTPTN merupakan perkara yang dipolitikkan.
Malah beliau secara sinis berkata jika PTPTN itu membebankan pergilah pinjam along, kerana kerajaan tidak memaksa mahasiswa untuk menerima pinjaman PTPTN.
Hahaha...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-