Saturday, April 14, 2012

#DemoPTPTN Tapi Kenapa "Mampos Rosmah!" "Reformasi!" Yang Dilaungkan Mereka?

Mahasiswa Pro-Pembangkang kata tidak mahu ada hubung kait dengan parti politik, ini pemimpin parti mana?

Demontrasi Mansuh PTPTN yang diadakan oleh mahasiswa Pro-Pembangkang nampaknya tidak mendapat sambutan sebagaimana digembar-gemburkan oleh sekelompok kecil pelajar di laman twitter mereka.

Pada anggaran saya yang turut berada di lokasi sekitar 300 orang pelajar yang turut sertai selebihnya adalah masyarakat warga kota yang menjalankan aktiviti hujung minggu mereka di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman yang hadir sekadar melihat aksi kebodohan sekelompok kecil pelajar yang diketuai oleh 'hero' Adam Adli dan Safwan Anang.



Selepas berkumpul di hadapan Sogo kumpulan kecil pelajar ini mula berarak ke Dataran Merdeka yang mana tindakan mereka 'hijack' jalanraya telah menimbulkan kesesakan lalu-lintas serta menyusahkan para pengguna jalanraya yang lain.

Selain kelibat individu seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Nurul Izzah. Kumpulan pelajar ini turut melaungkan laungan"Mampos Rosmah!" "Mampos Najib!" serta laungan 'keramat' yang biasa digunakan oleh Anwar Ibrahim iaitu "Reformasi!".

Hishamuddin Rais memerhati kumpulan demontran dari jauh?
Demontrasi ini merupakan pra-demontrasi BERSIH 3.0 yang diadakan oleh pembangkang untuk mencipta momentum serta membangkitkan semangat penyokong totok mereka untuk turun ke jalanraya pada 28 April ini.

Anggapan ini terbukti bila baju BERSIH 3.0 turut diedarkan oleh mereka kepada kumpulan pelajar yang turut serta dalam demontrasi sebentar tadi.


Dalam proses muat naik video...

Korang layan video ni dulu.. Beza ASPIRASI MAHASISWA dan pelajar PRO-MILITAN?

 

Ikuti juga perkembangan dan gambar dari lokasi di blog : gerakan13.blogspot.com dan www.putrajaya-online.com

4 comments:

  1. maybe sebab dulu ptptn ni najib dgn rosmah yg cadang and luluskan kot..

    hehe...

    bongok la diorg ni.. *facepalm*

    ReplyDelete
  2. Pakcu Rantau PanjangApril 14, 2012 at 6:15 PM

    Pakcu bukan nak nafikan apa sebenarnya yang ingin dituntut oleh Mahasiswa yang berdemo tu...tapi kalau tajuk demo untuk hapus PTPTN tapi timbul pula mengata dan mengutuk orang lain maka sudah lari dari tajuk asal....nampaknya budak-budak ni dah salah guna platform dan ayat...patutlah lah low punya idea...

    Kalau nak sokong pembangkang pun buatlah cara betul..jangan susahkan
    orang ramai dan lalu lintas jika polis ambil tindakan kata polis zalim pula.... agak-agak mereka ni dah dapat "lesen besar" untuk buat apa saja sesuka hati ...bijak betul budak-budak U ni....

    ReplyDelete
  3. patutnyer diaorang kutuk AI, sebab AI terlibat sama buat PTPTN...takkan rosmah pulak ada kat cabinet meeting masa nak luluskan project PTPTN tu dulu.....apala...budak2 sekarang memanjang konpius....

    ReplyDelete
  4. patutnyer diaorang kutuk AI, sebab AI terlibat sama buat PTPTN...takkan rosmah pulak ada kat cabinet meeting masa nak luluskan project PTPTN tu dulu.....apala...budak2 sekarang memanjang konpius....

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-