Monday, April 16, 2012

Demonstran Sebar Cerita BOHONG - SHEB Pemuda UMNO Sokong Demonstrasi #MansuhPTPTN?


Kelompok minoriti pelajar pro-pembangkang yang mengadakan demontrasi 'Mansuh PTPTN' cuba menyebarkan cerita bohong di beberapa laman mereka kononnya Pemuda UMNO melalui Seketeriat Hal Ehwal Bandar (SHEB) turut menyokong demontrasi yang diadakan oleh mereka di Dataran Merdeka.

Sebenarnya SHEB merupakan satu unit yang ditubuhkan oleh Pemuda UMNO Malaysia bertujuan membekalkan makanan kepada golongan gelandangan yang tidak berumah di sekitar ibu kota. Program yang diberi nama 'Food For Life' itu telah dijalankan sejak sekian lama.

Kemunculan kenderaan unit SHEB di Dataran Merdeka petang tadi merupakan rutin biasa yang dilakukan oleh sukarelawan SHEB setiap hari Sabtu dan Ahad di sekitar Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bukit Bintang dan Chow Kit.

Kehadiran unit ini sekitar jam 6.30 petang tadi bukan bertujuan menyatakan sokongan kepada para demonstran 'Mansuh PTPTN' sebagaimana digembar-gemburkan mereka.

Malah kehadiran SHEB di Dataran Merdeka petang tadi sebenarnya menimbulkan rasa tidak puas hati para demonstran sehingga sukarelawan SHEB dikepung oleh mereka.

Jika bukan rutin harian - kenapa lelaki ini terus mendekati van SHEB sebaik sahaja van tersebut tiba, tapi beliau gagal mendapatkan makanan kerana sukarelawan SHEB dikepung!



Para Sukarelawan SHEB bukan sahaja dikepung malah dihujani dengan soalan-soalan berbentuk provokasi dari seorang lelaki berambut panjang. Mungkin dek kerana kebodohan kelompok demonstran ini menyebabkan mereka tidak tahu bahawa Pemuda UMNO/BN telah lama melakukan kerja-kerja kebajikan di sekitar ibu kota.

Namun tindakan profesional sukarelawan SHEB yang menjawab segala soalan provokasi mereka menyebabkan kelompok pelajar (ramai bukan pelajar sebenarnya) bersurai. Malah kelihatan ada segelintir demonstran turut mengambil makanan yang disediakan oleh SHEB.

Mereka sebenarnya cuba mencabar pihak berkuasa apabila menaikkan khemah baru setelah khemah yang dibina kelmarin dirampas oleh DBKL sehingga berlaku sedikit aksi tolak-menolak. Khemah-khemah ini dihantar oleh beberapa lelaki yang memakai T-Shirt BERSIH 3.0

Cubaan meraih simpati warga kota - Mana mungkin Nurul Izzah, Tian Chua tidak sedikit pun menyumbang untuk mereka?
Demo Mansuh PTPTN - Tapi baju BERSIH3.0 ?



Individu yang memakai topeng adalah seorang wanita yang mengatakan beliau berdemo kerana kasihan abang dan kakaknya menanggung hutang PTPTN.
Mereka mungkin mengharapkan pihak berkuasa datang halau, supaya agenda untuk memburukkan pihak berkuasa berjaya dilaksanakan. Tetapi selepas aksi tolak-menolak dengan DBKL (dimulakan para demonstran) yang pertama pihak-pihak berkuasa malah PDRM  hanya melihat kebodohan para demonstran ini dari jauh.

Anggota PDRM hanya memerhati dari jauh - Rileks la brader polis usah pedulikan kelompok gila tu!
Anggota penguatkusa DBKL turut memerhati dari jauh.

Jika dihitung hanya beberapa orang sahaja mahasiswa pada pemerhatian saya. Selebihnya adalah penyokong parti politik pembangkang.

Sebelum tidur satu soalan untuk para demonstran - Tak malu ke jamah makanan yang disediakan untuk golongan gelandangan?

Hahaha...

6 comments:

  1. Quote "Individu yang memakai topeng adalah seorang wanita yang mengatakan beliau berdemo kerana kasihan abang dan kakaknya menanggung hutang PTPTN."

    Kak, takde siapa pun paksa sign borang PTPTN dulu.
    Cuba akak demo kat bank, mintak lupus hutang kad kredit, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan sewa beli kereta. Ada berani?

    ReplyDelete
  2. depa ni usahkan nasi utk gelandangan,nasi utk anjing pun depa tibai.....dah kebuloq....kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  3. Penjelasan yang baik. Kalo tak pusing cerita bukan style anwar la bro. Pusing cerita ni ajaran anwar!

    ReplyDelete
  4. kakak n abang berhutang adek sanggup berdemo,kalau adek melarat siapa nak demo?

    ReplyDelete
  5. Malu betul...mana pegi sifu2 mereka.. tak mampu nak bg makan kat mereka kah...yg mahasewel tu pun tak reti ambik bab dan tak penah baca paper..kecuali paper golongan mereka jer..SHEB dah lama berbakti utk masyarakat gelandangan di ibukota pun mereka tak tau...kalau mereka ambik makanan tu..makna nye mereka juga masyarakat gelandangan dan tak layak bergelar mahasiswa..kecuali mahasewel

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-