Wednesday, April 18, 2012

Biro Pemuda UMNO Malaysia Ziarah Balu Nasir P.Ramlee & Bob Kuman


“Hendak ku nangis tiada berair mata.” - Bait lagu 'Di Mana Kan Kucari Ganti' nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sudah cukup untuk menggambarkan keperitan yang dialami oleh satu-satunya menantu Allahyarham iaitu Suria Bakar.

Suria Bakar yang kehilangan suaminya iaitu Nasir P.Ramlee kini berhadapan dengan masalah ekoran kegagalan beliau menjelaskan tunggakan cukai pintu yang kini berjumlah hampir RM10,000. 

Balu Nasir P.Ramlee di hadapan rumah yang bakal disita.

Disebabkan kegagalan beliau menjelaskan cukai tersebut rumah yang didiaminya sejak 20 tahun akan di sita pada 18 April ini. Sejak kematian suaminya Nasir P.Ramle, Suria hanya bergantung hidup dengan RM400 sebulan dari Baitulmal yang hanya cukup untuk menampung kehidupan beliau 3 beranak.

Mengambil kira keperitan yang dialami keluarga ini Pemuda UMNO melalui Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO Saudara Jamawi Jaafar menziarahi tiga beranak ini untuk mendengar rintihan mereka dan membantu mencari jalan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Jamawi Jaafar mendengar rintihan Suria di rumah kediamannya.
Zed Zaidi turut hadir bagi membantu mencari jalan penyelesaian.
Selepas bertemu balu Nasir P.Ramlee, mereka akan menziarahi seorang lagi artis iaitu Bob Kuman yang kini  terlantar di rumahnya ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

Inilah sikap yang diamalkan oleh Pemuda UMNO Malaysia, bantuan dihulurkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman politik.

Gambar-gambar dari rumah Bob Kuman, InsyaAllah akan dimuat-naik petang nanti.

2 comments:

  1. bagus atas lawatan yang dilakukan ini.. ;-)

    ReplyDelete
  2. aku tak kisah melawat org sakit coz dapat berkat tapi bob ni aku kesian sebab masa sihat moshe nik ajis punya muka dia mengadap tapi waktu kecemasan serbhan nik ajis pun tak nampak...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-