Foto sekitar pentas anak muda yang berlangsung semalam mendapat sambutan lebih 500 mahasiswa dari Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) manakala Kolej Teknologi Bestari bertindak sebagai penganjur forum ilmu yang menampilkan 3 wakil MPP dari setiap IPT.
Tiga fokus utama yang menjadi topik yang dikupas oleh ahli panel semalam antaranya tranformasi 1Malaysia, masalah sosial di kalangan mahasiswa dan AUKU.
Wakil dari Unisza saudara Mohd Nadzely Bin Abd Karim Pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Produksi Kesihatan Haiwan menarik perhatian hadirin kerana kupasan beliau penuh dengan informasi sehingga kebanyakkan soalan dari hadirin ditujukan kepada beliau.
Mohd Nadzley Bin Abd. Karim - Wakil Unisza |
Saya tertarik dengan soalan yang dikemukakan oleh seorang penuntut di UniKL kepada beliau mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu memfokuskan IQ semata-mata sehingga mengabaikan aspek jati diri pelajar.
Penuntut tersebut menyalahkan sistem pendidikan negara yang terlalu mengutamakan kecemerlangan IQ tetapi aspek pengukuhan jati diri diabaikan dengan merujuk ke Amalina.
Mohd Nadzley ketika menjawab pertanyaan tersebut menyeru para mahasiswa agar tidak menyalahkan keseluruhan sistem pendidikan hanya kerana seorang individu yang bermasalah.
Begitu juga dengan pentadbiran kerajaan, jangan hanya kerana seorang individu terlibat dengan korupsi para mahasiswa mengatakan keseluruhan sistem kerajaan itu korup. Kerana penilaian sebegini tidak mengambarkan tahap intelektual seorang yang bergelar mahasiswa.
Dek kerana masyarakat kita terlalu memfokuskan satu masalah atau kegagalan individu, masyarakat hari ini sebenarnya gagal melihat kejayaan-kejayaan sistem pendidikan negara yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh serta para cendikiawan dalam negara.
Baginya dengan hanya merujuk kepada kes Amalina seorang pelajar cemerlang yang berubah selepas ke luar negara adalah tidak adil untuk masyarakat mahu pun para mahasiswa menyalahkan seluruh sistem pendidikan yang ada dalam negara.
Foto menarik :
YY : Video kenyataan mahasiswa yang menolak pihak tertentu yang cuba mengheret mahasiswa agar turun ke jalanraya akan dimuat-naik dalam masa terdekat... -DIPLOMASI BUKAN DEMONTRASI
amelina tu berubah ke ataupun dorang ni sememangnya tak kenal siapa amelina yang sebenar.
ReplyDeleteaku sikitpun x heran kalau amelina tu macam tu sebab aku memang x kenal dia..so tak payah nak hukum dia macam macam.
tai kalau nuar gayboy memang aku sokong kena hukum sebab dia manusia durjana kekekeke..dulu dia ler kepala pelajar merusuh tahun 70an..
Mcm ni baru mahasiswa. Jgn jadi mahasewel mcm Adam Adli.
ReplyDeleteNURUL IZZAH MENGAKU DIA TIDAK LAYAK JADI AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini..
http://apakecoh2.blogspot.com/