Monday, April 30, 2012

#BersihStories : Benarkah 300 Ribu Rakyat Hadir Menyokong #Bersih Seperti Didakwa Oleh @anwaribrahim?

Gambar impose untuk mengelirukan rakyat Malaysia
Sebelum pergi dengan lebih jauh kita teliti terlebih dahulu kenyataan manusia bangsat yang bertanggungjawab di atas segala kekecohan pada 28 April 2012 tempoh hari :
"Kejayaan perhimpunan Bersih 3.0 menarik ratusan ribu rakyat hadir merupakan hari ‘merdeka’ rakyat. Beliau berkata, kehadiran rakyat diibarat pesta yang dahagakan kebebasan dan pilihan raya adil. 
Lebih 300,000 rakyat hadir menuntut pilihan raya adil dan bebas. Dengan satu suara, anak muda, wanita, rakyat biasa dari semua kaum dan (lapisan) umur datang dengan kekuatan dan semangat untuk menuntut kebebasan dan mahu keadilan ditegakkan" - Anwar Ibrahim Keadilan Daily 
Mendengar apa yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim dengan gambar yang disebarkan oleh pengikut pembangkang mungkin pakcik dan makcik yang tidak didedahkan kecanggihan teknologi akan percaya 100% dengan propaganda ini.

Posting dari BLOG CheWal menjawab mampu misteri di sebalik jumlah kehadiran pengikut Bersih 3.0 :
Update 4: Petikan dari University of Illinois crowd-guru Clark McPhail membayangkan seorang manusia boleh berdiri dengan selesa dalam kawasan 5sq ft. 5 sq ft ini adalah bersamaan dengan 0.46m persegi. 
Saya menggunakan 0.4m persegi, saiz kawasan yang lebih rendah dari pendapat Clark McPhail. 2.5 sq ft space adalah keadaan dimana setiap manusia dah tak boleh bergerak.
oleh itu, penggunaa 0.4m persegi adalah munasabah dan tepat. 
Update 3: satu lagi analysis yang menggunakan kaedah yg hampir sama : http://shuzheng.wordpress.com/2011/07/10/bersih-success-success-yes-of-course/ 
Update 2: saiz average untuk lelaki sederhana dari bahu ke bahu adalah lebih kurang 0.8m, dan saiz dari depan ke belakang adalah lebih kurang 0.5m. Oleh itu luas seorang lelaki berdiri adalah lebih kurang 0.4m persegi. 
update : keluasan orang adalah 0.5meter persegi.
 1. Pelbagai pihak memberi jumlah peserta demo yang berbeza-beza. Portal dan laman web pro-pembangkang memberi jumlah lebih kurang 50,000 orang. Malah ada yang mengatakan jumlah mencecah 100,000 orang.
2. Pihak media perdana pula memetik jumlah yang diberikan oleh pihak polis iaitu sekitar 6,000 orang. 
3. Yang mana satu yang boleh dipercayai ? Mari kita buat sedikit analisis mudah. Saya memilih dua tempat utama iaitu di Puduraya dan di Menara Maybank. Di kedua-dua tempat ini, portal Malaysiakini menyatakan tidak kurang dari 10,000 orang. Ditempat-tempat lain, berdasarkan dari pernyataan kronologi Malaysiakini adalah sekitar diantara 500 hingga ke 2,000 orang.
 4. Mari kita lihat puduraya. Gambar puduraya adalah waktu paling ramai pendemo disitu. Berdasarkan banggunan di sekeliling, paparan dari Google Maps diambil untuk mengganggarkan jarak dan keluasan kawasan sekitar.
Puduraya
Puduraya Google Maps
5. Jarak yang diberikan oleh Google Maps adalah lebih kurang 200m dan kelebaran jalanraya untuk kedua-dua hala adalah lebih kurang 8m. ini menjadikan keluasanya sekitar 1600m persegi. 
6. Sekiranya seorang manusia mempunyai diameter keluasan 0.5m 0.4m persegi, maka keluasan kawasan tersebut boleh mengisi 4,000 orang secara padat. Ini bermakna tidak ada ruang kosong diantara mereka sehinggalah sepanjang 200m tersebut. (ini adalah worst case scenario). 
7. Mari kita lihat di Menara Maybank pula.
Menara Maybank
Keluasan Persegi Dataran Menara Maybank
8. Seperti biasa, berdasarkan banggunan di sekeliling, kita anggarkan kawasan pendemo berada dengan Google Maps. 
9. Kawasan (gambar google maps atas) ini ditandakan dengan 4 segi untuk memudahkan pengiraan. Luas kawasan ini (berdasarkan google maps) adalah 3200m persegi). 
10. Seperti tadi, sekiranya seorang manusia mempunyai diameter keluasan 0.5m 0.4m persegi, maka seramai 8,000 orang boleh berada dalam kawasan ini secara padat (tanpa ruang kosong). Kita tahu pasti akan wujud ruang kosong berdasarkan gambar di bawah, maka ini adalah juga worst case scenario. 
Wujud ruang kosong - Menara Maybank
11. Oleh itu, tanpa mengambil kira redundancy (kesemuanya orang yg berbeza), jumlahnya adalah 12,000 orang. Sekiranya, anggaran 50% orang yg berada di Puduraya adalah juga berada di Menara Maybank, maka jumlah di kedua-dua tempat ini adalah lebih kurang 6,000 orang. 
12. Sekiranya kita mengambil kira jumlah pendemo di beberapa kawasan lain... secara kasarnya jumlah peserta demo haram ini adalah dalam lingkungan 8,000 orang. 
13. Nampaknya, pihak polis membuat anggaran yang hampir tepat. 
14. Paling kelakar, adalah anggaran seperti 50,000 atau 100,000 orang.
Hahaha...

Kerana terlalu kuat berangan ingin menjadikan Dataran Merdeka umpama Dataran Tahrir yang dipenuhi puluhan ribu manusia (sebagaimana gambar dan berita yang dilaporkan media antarabangsa) :

Gambar Dataran Tahrir dipenuhi PULUHAN RIBU bukan RATUSAN RIBU ok!
Mereka tergamak menipu rakyat Malaysia kononnya setiap ceruk Kuala Lumpur dibanjiri oleh penganut Bersih 3.0 :

Gambar impose yang disebar oleh penganut fahaman Anwar Ibrahim

Oklah anggaran saya yang berada di lokasi jika dicampur jumlah keseluruhan demonstran di setiap lokasi dalam jumlah yang berdemo adalah 13,000 orang.

Ratusan ribu konon...

Kuat sangat berangan nak jadi Perdana Menteri makin banyak Anwar Ibrahim mengarut - Hello Bapak Anwar Bin Ibrahim a.k.a BABI, uncle ini cakap kerja dululah - belum apa-apa saya mahu jadi PM!



Hahaha...

YY : Oklah taknak ada penganut Bersih 3.0 yang kecil hati kita anggap sajalah 50,000 orang! hahaha!

#BersihStories : Surat Terbuka Dari Anak Polis Kepada Demonstran #Bersih

Jika saudara-saudari mengenali wajah-wajah samseng-samseng Bersih 3.0 sila beri kerjasama sewajarnya agar mereka diberikan hukuman setimpal di atas tindakan zalim mereka kepada pihak berkuasa.

Samseng kebanggaan Nik Aziz Bin Nik Mat :




Pihak polis telah cuba menjalankan tugas mereka dengan profesional dari malam kejadian hinggalah sekitar jam 2.00 petang di mana para demonstran mula bertindak luar kawalan.

Polis juga manusia biasa sama seperti kita, mereka juga ada perasaan marah, geram, sakit hati bila melihat rakan sejawat mereka diserang secara keterlaluan oleh demonstran Bersih 3.0 - maka tidak hairanlah jika mereka juga turut hilang sabar dan marah lalu menggunakan kekerasan dalam tindakan mereka.

Jika bukan bangsat bernama Anwar Ibrahim dalam video di bawah ini yang membakar semangat kebencian kepada pengikut tegarnya mana mungkin semua ini berlaku. Kerana kita tahu polis langsung tidak melayan sebarang provokasi mereka sejak malam kejadian.



Justeru itu berilah seribu alasan, hujah atau beratus rakaman video sekalipun bagi saya kejadian sebegini sebenarnya boleh dielakkan.


KEJADIAN INI TIDAK AKAN BERLAKU JIKA AMBIGA, ANWAR IBRAHIM, A.SAMAD SAID & SEKUTU MEREKA BERHIMPUN DI DALAM STADIUM!

Surat terbuka dari seorang anak polis yang menuntut di IPTA tempatan :
Assalamuailaikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat mahasiswa UUM sekalian,

Saya juga seperti kalian, mengambil berat apa yang berlaku pada hari semalam.
Jujur saya katakan, mereka keterlaluan, keterlaluan dalam erti kata menggelar Polis sebagai Anjing, melakukan provokasi dan sebagainya.
 
Saya anak Polis, apa salah Polis sehinggakan sahabat saya menggelarkan POLIS itu zalim, anjing!! Setiap yang polis lakukan itu kerana tugas mereka! Tugas menjaga keamanan. Hinakah pekerjaan ayah saya sebagai seorang POLIS??

Sedangkan sahabat-sahabat UUM ada yang menuduh polis zalim, kejam, berhati anjing dan sebagainya, pernahkah sahabat fikir yang dipanggil anjing itu adalah ayah saudara? Pernah?? Saya mohon maaf, saya percaya mahasiswa UUM tiada yang terlibat.

Cuma inilah luahan saya selepas membaca berita di Harakah Daily, dan sebagainya. Adakah apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru sebagai mengikut arahan? Adakah arahan itu termasuk menggelar polis anjing, merosakkan harta benda semua? Saya percaya tidak. Namun apabila disebut demostrasi perkara ini tak kan terlepas.

Mohon sahabat-sahabat sedar perjuangan seorang anggota polis. Andai sahabat terus menggelarkan mereka anjing, saya tiada pilihan untuk bangga diri saya sebagai anak anjing. Kerana Anjing yang dipanggil oleh pihak tertentu itu lah orang yang sentiasa sebelum tidurnya memikirkan mengenai ketenteraman awam.

Maafkan saya andai surat ini mengecilkan hati sahabat sekalian.

Terima Kasih kerana menyiarkan surat saya.

[VIDEO] : Rakaman Demonstran #Bersih Selamatkan 'Orang' Dilanggar @PDRMsia Didedahkan!



Saksikan demonstran Bersih 3.0 selamatkan 'orang' yang dilanggar oleh kereta milik PDRM. Untuk menyelamatkan 'orang' yang dilanggar. Para demonstran terpaksa terbalikkan kereta PDRM.

Seorang wanita individu yang merakam video terjerit-jerit dan memaki-hamun polis sebelum menyuruh para demonstran terbalikkan kereta tersebut.

Selepas kereta diterbalikkan, wanita tersebut menyuruh demonstran melarikan diri kerana bimbang kereta tersebut meletup.

Persoalannya...

Siapakah wanita itu...?

Jeng...Jeng...Jeng...

Nak tahu siapa...?

Jeng...Jeng...Jeng...

Sunday, April 29, 2012

[VIDEO] : Aksi Pengikut @Ambiga_S Godek Motorsikal Milik @PDRMsia



Lihat aksi 'duduk & bantah' pengikut Ambiga semalam, meneliti klip video ini jelas mereka yang terlebih dahulu memulakan provokasi kepada pihak berkuasa.

Mungkin aksi-aksi inilah yang menjadi kebanggaan Nik Aziz sebab itu ucapan tahniah beliau kirimkan kepada demonstran yang terlibat semalam.

Lihat juga di saat 0 : 15 kelihatan seorang lelaki berpakaian Bersih 3.0 sedang 'godek' motorsikal milik PDRM.

Manakala video di bawah pula dirakam secara 'curi-curi' ketika saya menaiki teksi selepas demontrasi Bersih 3.0 semalam.

Pemandu teksi berbangsa cina ini nampaknya rasional dalam membuat pertimbangan walaupun beliau hanyalah pemandu teksi.



YY : Uncle cina sekolah tak tinggi pun tahu tak adil jika konsep sama-rata yang dicanang Anwar dilaksanakan di Malaysia...

[VIDEO] : #Bersih Punca Kereta @PDRMsia Terbabas



Perhatikan video di atas, pembangkang menuduh PDRM melanggar para demonstran. Tetapi babak sebelum itu tidak pula mereka nyatakan. Kereta milik PDRM hanya meronda kawasan sekitar Sogo.

Tetapi para demonstran bertindak membaling pelbagai objek dan di minit ke 0:28 kelihatan seorang berlari memanjat dan melompat-lompat di atas bumbung kereta.

Bayangkan anda berada dalam situasi yang sama. Adakah anda mampu mengawal kenderaan tersebut dengan sempurna?

Dari malam demonstrasi sehingga petang semalam tahap profesional pasukan PDRM harus kita berikan pujian, PDRM hanya bertindak selepas demonstran terlebih dahulu membuat tindakan liar sehingga mendatangkan kecederaan kepada 2 anggota trafik PDRM.

Tindakan demonstran Bersih 3.0 semalam merupakan peristiwa paling memalukan selepas rusuhan yang berlaku di tahun 1998 ketika Anwar Ibrahim mula-mula dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Siapa yang harus dipertanggungjawab di atas semua bencana yang memalukan negara ini?

Siapa lagi kalau bukan Ambiga, A. Samad Said, Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang harus bertanggungjawab di atas semua kejadian ini.

YY : 'Tahniah' BERSIH kerana menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap pembangkang! :)

[HOT VIDEO] : Aksi Anggota @PDRMsia Diseret & Dipukul Di Kepala Oleh #Bersih



Saksikan bagaimana aksi ganas demonstran Bersih 3.0 yang bertindak mengheret keluar anggota polis lalu selepas itu mereka beramai-ramai memukul anggota tersebut.

Tetapi aksi itu nampaknya cuba ditutup oleh individu yang merakam video apabila mengalihkan pandangan kamera ke sudut lain.

Mereka tidak berhenti di situ sebaliknya, anggota tersebut turut dipijak beramai-ramai tanpa belas kasihan oleh demonstran Bersih 3.0

PDRM wajib siasat!

Saturday, April 28, 2012

[FOTO] : Demonstran #Bersih Melampau - Kereta Dirosakkan, Senjata PDRM Dirampas

Inikah yang dikatakan aman? Ini bukan aman tapi ini kerja orang bangsat!

Bersorak gembira selepas berjaya hancurkan kereta milik PDRM?
Keadaan sekitar Dataran Merdeka, Petaling Street dan Masjid India setakat ini dilaporkan terkawal. Sebentar tadi menerima maklumat dari rakan bloggers bahawa sepucuk senjata milik anggota PDRM dirampas oleh para demonstran.

Kereta milik PDRM turut dimusnahkan oleh demonstran membuktikan bahawa kehadiran kumpulan ini bukan mahu berhimpun secara aman sebaliknya mahu mencetuskan rusuhan bagi memusnahkan imej kerajaan.

Sebarang kemungkinan boleh terjadi contohnya tembakan dari pistol ini dilepaskan kepada sesiapa sahaja lalu pihak PDRM disalahkan untuk menghalalkan tindakan jahat mereka!

Oleh itu pihak PDRM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika berada di sekitar kawasan panas yang menjadi lokasi demonstran Bersih 3.0 berkumpul.

Pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas demonstran mula bertindak liar dengan membaling pelbagai objek serta cuba merempuh halangan yang dibina di Dataran Merdeka.

Sehingga kini kelompok demonstran sudah berpecah kepada kumpulan kecil yang mana kebanyakkan daripada mereka sudah bersurai.

Foto sekitar KL 


BERSIH...???

Helikopter milik PDRM kelihatan masih berlegar-legar sehingga kini bagi memantau pergerakkan demonstran
Bertempiaran lari setelah gas pemedih mata dilepaskan
Arahan kepada pengikut Bersih dari seorang apek - buat sampai polis marah?
Syabas PDRM kerana pantas kemaskini berita serta memuat-naik video-video terkini. Nampaknya mereka telah belajar melalui pengalaman demonstrasi Bersih 2.0

Sekali lagi syabas!

AMBIGA PATUT BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEMUA KEROSAKKAN INI!

[FOTO] : Terkini Dari Petaling Street - Demonstran #Bersih Mula Bertindak Liar - Melalak Tanpa Hala Tuju


Petaling Street 12:10 pm - Demonstran mula bertindak liar apabila kelihatan aksi memanjat harta awam (foto atas) setelah provokasi serta laungan mereka tidak dilayan oleh pihak PDRM.

Demonstran ini dilihat melalak tanpa hala- tuju menyebabkan mereka hanya berkumpul di sekitar Petaling Street.

Setakat ini pihak berkuasa masih profesional menjalankan tugas-tugas mengawal keselamatan.

Tiada sebarang kekerasan atau sesiapa yang cedera walaupun harakah daily melaporkan kononnya pihak PDRM akan gunakan sejenis alat yang mengeluarkan bunyi bising sehingga demonstran hilang imbangan badan seterusnya terjatuh.

Profesional - halangan terus dibina walaupun pelbagai kata kesat dihemburkan.
Sehingga ke saat ini kumpulan demonstran yang majoriti cina ini masih melalak tanpa hala-tuju seolah-olah kumpulan ini gagal menggerakkan mobilisasi.

Update menyusul...

[VIDEO] : Adengan Demonstran #Bersih 'Serang' Bas @PDRMsia



Lihat aksi demonstran yang terajang bas PDRM yang lalu sekitar Dataran Merdeka semalam, cuba nilai siapa yang mulakan provokasi?

Kelihatan lelaki memakai serban turut menepuk-nepuk dinding bas, adakah ini yang dikatakan perhimpunan aman?

Dari semalam hingga ke hari ini tiada lagi aksi 'DUDUK & BERAK' sebagaimana dinyatakan mereka!

[FOTO] : Terkini Dari Petaling Street - Gangster DAP #Bersih Mula Provokasi!


Petaling Street - 10.00 am : Kumpulan demonstran berbangsa cina mula banjiri sekitar Petaling Street menyebabkan kelancaran lalu-lintas terganggu. Kebanyakkannya tidak berada dalam posisi 'duduk & bantah' sebagaimana dinyatakan mereka.

Sebaliknya mereka hanya terpekik terlolong sesama sendiri bertujuan untuk menarik perhatian pihak berkuasa, namun pihak berkuasa kelihatan profesional dengan tidak melayan sebarang provokasi.

Kumpulan seramai 1000 orang ini merupakan ahli DAP apabila kebanyakkan diantara mereka memakai baju Bersih 3.0 yang mempunyai logo 'Ubah' yang mana merupakan slogan DAP ketika pilihanraya negeri Sarawak.

Kemunculan demonstran ini menyebabkan lalu-lintas terganggu ekoran tindakan mereka berkumpul di tengah-tengah jalanraya menyebabkan pihak PDRM terpaksa menghantar beberapa anggota bagi mengawal keadaan trafik.

Kelihatan pelancong agak takut untuk mendekati sekitar Petaling Street.

Aksi demonstran cina terpekik melaungkan provokasi :


Kenderaan mula terhalang akibat tindakan demonstran 'hijack' jalanraya

Menjerit-jerit di tengah jalanraya - Di mana amannya perhimpunan mereka?
Pelancong terkejut serta takut melihat aksi demonstran
Anggota PDRM mula dihantar mengawal keadaan.
Young & Dangerous?


[VIDEO] : Apa Jenis Bapak - Anak Kecil 'Diheret' Ke Lokasi Demo #Bersih3



Semalam bila letak gambar ada yang kata kita fitnah macam-macam, sekarang saksikan video seorang bapa membawa isteri serta dua anaknya untuk berdemonstrasi di Dataran Merdeka.

[VIDEO] : "Makan Duit Rasuah!, Anjing! Anjing!" - Demonstran #Bersih3 Serang Bas PDRM!




Inikah yang dikatakan demontrasi aman?

Inikah yang dikatakan 'BANTAH & DUDUK'?

Ini bukan demontrasi aman!

Ini merupakan provokasi jahat ke atas pasukan PDRM walhal bas tersebut hanya melintas sahaja , malah anggota PDRM langsung tidak mempedulikan mereka.

Kedatangan mereka hanyalah untuk mengawal keselamatan sekitar bandar Kuala Lumpur!

Siapa provok siapa sekarang...?


YY : Makin bertambah rasa meluat aku kepada BERUK-BERUK BERSIH!

Friday, April 27, 2012

[FOTO] : Situasi Di Dataran Merdeka Kecoh Bila Pendemo #Bersih3 Berkumpul


Dataran Merdeka 10 :59 pm - Penyokong pembangkang mula membanjiri sekitar Dataran Merdeka dan dilaporkan berlaku sedikit kekecohan.

Kelihatan anggota polis hanya mengawal keselamatan tanpa mempedulikan gelagat para demonstran walaupun berlaku sedikit provokasi.

Adam Adli juga kelihatan muncul sekitar jam 9.30 pm, mungkin beliau cuba untuk belajar cara berdemontrasi dengan betul setelah gagal mendapatkan sokongan majoriti mahasiswa ketika demontrasi Mansuh PTPTN tempoh hari.

Kanak-kanak turut dibawa oleh para demonstran ke lokasi oleh ibubapa mereka.

Foto dari lokasi yang dirakam oleh rakan-rakan bloggers :


Adam Adli and the gang cuba 'enter-frame' setelah gagal dalam demo Mansuh PTPTN
Berdiri di luar kawasan yang dipagari telah ditutup oleh pihak berkuasa atas perintah mahkamah.
Kelancaran lalu-lintas mula terganggu apabila mereka duduk mencangkung di tepi-tepi jalan sekitar Dataran
Anak-anak kecil dikerah tanpa mempedulikan soal keselamatan anak kecil
Kemaskini mengenai demo 'duduk & berak' Bersih 3.0 akan menyusul bermula malam ini.

InsyaAllah...

Mahasiswa #AmanKampus Tolak Demontrasi - 3,000 Keping Risalah Fakta #PTPTN & Kesan Demontrasi Diedarkan


Seramai 30 mahasiswa hari ini bertindak mengedarkan 3,000 keping risalah kepada masyarakat di sekitar Masjid Jamek, Kg. Baru dan Masjid India sebaik selesai solat jumaat tengah hari tadi.

Pengedaran risalah bertujuan untuk mendapatkan respon masyarakat terhadap demontrasi Mansuh PTPTN yang diadakan baru-baru ini serta demontrasi Bersih 3.0 yang akan digerakkan oleh pembangkang.

Walaupun dimaki-hamun oleh seorang lelaki dengan kata-kata kesat serta dituduh sebagai tali-barut kerajaan, ianya langsung tidak mematahkan semangat mereka  untuk terus menyampaikan mesej sebenar agar maklumat tepat tidak terus dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan.

Rata-rata masyarakat serta warga kota memberikan respon positif terhadap penerangan serta fakta-fakta yang disampaikan oleh mereka.

Bentuk risalah yang diedarkan :




Selain memberi penerangan mengenai fakta sebenar PTPTN mereka turut mengedarkan risalah tentang kesan serta akibat yang ditanggung oleh rakyat akibat demontrasi Bersih 3.0 yang bakal dirancang esok.

Tujuan mereka adalah untuk memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman serta sikap berdemontrasi di jalanan tidak menjadi amalan oleh rakyat Malaysia sebaliknya rundingan serta musyawarah perlu diutamakan dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang berbangkit.

Foto dari lokasi :




Warga kota meneliti risalah yang diedarkan oleh mahasiswa Aman Kampus


Memberi penerangan kepada warga kota tentang fakta sebenar PTPTN




Lelaki ini mengemburkan kata-kata kesat kepada mahasiswa apabila risalah diberikan kepadanya.

Thursday, April 26, 2012

Tuesday, April 24, 2012

MB Kedah Perlekeh Istana?



Oleh : Beruang Biru  
Azizan Perlekeh Istana Kedah Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak buat kesekian kalinya membuktikan sifat takbur Ulama-ulama PAS apabila meletakkan fatwa yang di keluarkan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak, sebagai tidak boleh dicabar atau dirayu atau disemak dinafikan atau dipersoalkan oleh mana-mana 
Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. Alasan beliau iaitu fatwa Ulama adalah jauh mengatasi sistem mahkamah seolah-olah meletakkan kedudukan Ulama menjangkaui taraf manusia biasa iaitu tidak mungkin berbuat silap, malah mungkin juga berhak mengampunkan dosa manusia lain seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz. 
Pendirian seperti ini, jelas menyalahi ajaran Islam dan menyerupai Kristian yang meletakkan padri sebagai wakil Tuhan. 
Sedangkan menurut Islam, Ulama juga manusia biasa iaitu ada kelemahan masing-masing malah Islam juga memperingatkan kita tentang wujudnya Ulama jahat hatta sejahat-jahat manusia ialah Ulama yang jahat. 
Jika tidak, tidak mungkin kita diperingatkan tentang Ulama-ulama jahat yang sering menyesatkan ummah. Fatwa bukan statik dan ia boleh berubah atau dipinda mengikut kesesuaian masa. 
Ia juga bukan satu hukum tetapi merupakan pandangan tentang hukum agama. Ulama pula bukan maksum dan bukannya menerima wahyu terus dari Allah SWT. Oleh yang demikian, apakah jaminannya yang pandangan para Ulama tersebut tepat? 
Dan apa pula jaminan yang Ulama yang terlibat dalam membuat fatwa itu adalah Ulama yang sebenar-benarnya sedangkan ijazah agamanya hanya diiktiraf oleh manusia, bukan Allah SWT.    
Sesiapa juga, hatta orang kafir juga jika mengikuti pembelajaran agama Islam di universiti dan belajar bersungguh-sungguh tidak mustahil akan lulus dengan cemerlang juga. Maka apakah mereka juga boleh dikira sebagai lebih tinggi darjat di sisi Allah SWT dan diangkat sebagai Ulama? 
Akibat dari ‘ketakburan’ kerajaan PAS ini, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Mansor Tunku Kassim telah membuat kenyataan yang membayangkan pihak istana juga merasa tersinggung kerana tindakan ini dikhuatiri mencabar kuasa DYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri. 
Jika Ulama-ulama PAS sudah meletakkan diri mereka sebagai lebih tinggi darjat dan taraf dari manusia biasa, maka Tunku atau DYMM Sultan juga tentunya berada di kedudukan lebih rendah dari mereka serta tidak berhak mempersoal atau mencabar pandangan mereka. 
Dari segi rekod, bukan sesuatu yang asing apabila fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa bercanggah atau berbeza dan kemudiannya diubah setelah mendengar pandangan umum. 
Ini adalah perkara biasa kerana yang terlibat di dalam Majlis Fatwa ialah manusia biasa. Kerajaan negeri Kedah seharusnya kembali berpijak di bumi nyata dan merendah diri. 
Bukankah Ulama itu seharusnya bersifat zuhud dan sedia mendengar pandangan semua. Kedegilan dan ketakburan yang ditonjolkan oleh kerajaan Negeri Kedah hanya menjauhkan lagi orang kafir dari Islam.

Cukup-cukuplah PAS mencemarkan imej dan nama agama Islam, janganlah ditambah lagi penghinaan terhadap orang Islam dengan menunjukkan sikap yang bertentangan dengan Islam.

Entah kenapa PAS sering menonjolkan sikap yang salah di tempat yang salah. Contohnya, apabila perlu bertegas dalam isu murtad, mereka berlembut tetapi apabila perlu bersikap terbuka seperti dalam isu fatwa ini, mereka berdegil dan berkeras pula. 
Kita pasti, pemimpin PAS Kedah bukannya akan mengambil masa untuk merenungkan kebenaran dalam artikel ini, tetapi sebaliknya tidak akan membuang masa langsung untuk mencaci dan menuduh penulis sebagai jahil, sesat dan sebagainya. 
Begitulah sifat orang yang takbur akibat terlalu sibuk mengejar dunia.

Monday, April 23, 2012

[VIDEO] : YB @PKamalanathan Jawab Tuntutan Ambiga & The Gang



Pengunaan Dakwat Kekal :




Akses Media Bebas & Adil :



Kukuhkan Institusi Awam :




Bersihkan Senarai Pengundi :




Reformasi Undi Pos :




Hentikan Rasuah :




Hentikan Politik Kotor :



Artikel berkaitan [KLIK]

Alahai TIBAI...




Makin hampir pilihanraya, makin banyak NGO yang ditubuhkan. NGO-NGO yang ditubuhkan muncul dengan pelbagai nama-nama singkatan yang menarik, dan terbaru kita dikhabarkan dengan penubuhan NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau singkatannya TIBAI.

Perangai orang UMNO ini kadang-kala aneh, mereka lebih mengangkat golongan yang mencerca UMNO satu ketika dahulu, sehingga muncul perasaan tidak puas hati dikalangan pejuang-pejuang yang setia bersama UMNO di saat naik dan turunnya populariti parti keramat Melayu itu.

Malah ada yang mengatakan jika mahu pangkat dan darjat, kita perlu masuk parti lawan terlebih dahulu. Cipta nama dalam parti berkenaan, kutuk, caci, hina, maki UMNO selepas itu kita lompat. Maka senanglah kedudukan kita dalam UMNO.

Benarkah dakwaan ini...?

Video di atas sekadar penghias artikel semata-mata...

Tahniah di atas penubuhan TIBAI...

 Petikan akhbar :
Muhammad Zahid berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan penyokong Anwar dan Ketua Pembangkang itu sendiri meskipun menerima kecaman hebat menerusi laman sosial Facebook dan Twitter. 
"Dia kata saya tali barut Umno tapi saya tidak gentar dengan setiap ugutan malah akan turun padang ke setiap pelosok negeri untuk mendedahkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar. 
"Kita juga akan menyeru rakyat supaya menolak Anwar dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kita akan guna pendekatan seperti Gerakan Sumpah Keramat yang pernah digerakkan Angkatan Muda PKR pada lewat tahun 90-an dahulu," katanya. 
Muhammad Zahid turut menyatakan kesanggupan untuk bertanding menentang Anwar di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya akan datang. 
"Andai diberi peluang oleh Perdana Menteri untuk bertanding di sana, saya sanggup menentang Anwar," katanya.

Sunday, April 22, 2012

Unit Amal PAS Tak Sanggup Lagi Beramal #OccupyDataran





Sumber : MyMassa
Laman portal PAS, Tranungkite melaporkan bahawa ada di antara Unit Amal PAS menarik diri daripada menjaga kawasan Dataran Merdeka. 
Kekesalan Unit Amal PAS jelas dalam ayat terakhir artikel tersebut:

Unit Amal bergerak dengan asas Amal Kerana Allah dan Hormat pada pimpinan. Bagaimana kamu nak mereka bergerak bersama kamu apa bila dua asas itu kamu nafikan?? 
Fahamilah sejarah demonstrasi PROTES di Stadium Kelana Jaya tiga tahun lepas. 
Seperti minyak dan air tak boleh bercampur, begitu juga dengan perkara maksiat dan agama. 
Walaupun dalam artikel di atas cuba ditutup dengan mengatakan bahawa sebab utama mereka menarik diri kerana kurang kerjasama pendemo, cuba anda lihat gambar di bawah.

Adakah Unit Amal PAS nak jaga orang-orang macam ni?
MyMassa suka untuk bangkitkan kembali apa yang berlaku pada demonstrasi PROTES sebagaimana diungkit dalam ayat terakhir artikel tersebut. 
Di mana PKR cuba menyerapkan budaya HEDONISME dengan menganjurkan konsert band underground di bawah kelolaan Hishamuddin Rais. 
Hasilnya band tersebut bertindak di luar kawalan sehingga membuka seluar di depan penonton. Yang serang band ini bukan pemuda UMNO, tapi unit amal PAS sendiri!

Mari kita tengok berapa lama lagi PAS boleh bertahan dengan PKR yang sering kali cuba mengajak PAS lari dari perjuangan mereka.
*Sama ada PAS bertahan dengan PKR bergantung kepada gerak kerja parasit Anwar Ibrahim seperti Mat Sabu dan Khalid Samad bergerak. 
Kalau mereka berjaya menguasai PAS dan membuang kumpulan ulama secara total, PAS akan terus menerus dalam Pakatan Pembangkang. 

Saturday, April 21, 2012

Semua Tuntutan Dipenuhi - #Bersih3 Hanya Mahu Menuntut Putrajaya


Oleh : Beruang Biru  
Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0? Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor 
Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012. 
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi 
SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.

Reformasikan Undi Pos

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.

Gunakan Dakwat Kekal

Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal

Akses Media yang Bebas dan Adil

SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.

Tempoh Kempen Minima 21 Hari

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang. 
Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.

Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional. 
Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.

Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan? Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.

Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.

Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?

Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara. Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.

Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi. Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.

Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih.