Wednesday, March 14, 2012

[VIDEO] : Pengakuan YB Zulkifli Nordin Bahawa Badan-Badan Asing Beri Dana Kepada PKR


Pengakuan YB Zulkifli Nordin bekas orang kuat Anwar Ibrahim berhubung kes badan asing terlibat dalam memberi dana bagi membiayai program-program yang dijalankan oleh parti pembangkang.
"Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun tahu bahawa kita menerima bantuan asing. 
Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini," ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang sudah berlaku dalam PKR dan di pejabat Anwar Ibrahim sendiri ada penglibatan badan-badan asing ini. 
Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan tiap-tiap calon, sama ada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. 
"Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri iaitu Bahagian saya telah diberikan RM15 ribu peruntukan untuk menjayakan kempen PRU ke-12. Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing. 
"Kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen dan bagaimana nak berjumpa dengan orang ramai, sampaikan saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi telah dihantar berkursus di Viena dan di Filipina untuk mempelajari bagaimana nak berdemo. Ini semua memang tajaan badan-badan asing yang semua orang dah tahu" ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket PKR." 
Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan (Barisan Nasional) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu. 
"Yang itu kita sedar dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (pakatan pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang dilakukan, boleh merosakkan Negara kita,"

3 comments:

  1. Masa jadi pengampu Anwar Ibrahim dulu semuanya baik sampai juboq Anwar pun sangup jilat. bila tak dapat habuan dan dapat taukeh baru berkerat rotan berpatah arang punya kutuk dan benci macam nazi bencikan yahudi...inilah tokoh pejuang islam muntahakhir kita

    ReplyDelete
  2. Dia x boleh jd pm kita, hancur negara nnt. Bloggers kena usaha untuk educate rakyat ttg kebenaran

    ReplyDelete
  3. PKR dpt support dari zionis. Zionis tidak pernah baik agenda mereka. Jika benar pkr mendapat dana dari zionis, maka umat Islam tidak boleh menyokongnya mahupun menyokong sekutu2 PKR yakni PAS dan DAP.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-