Friday, March 23, 2012

Kaum India Tiada Tempat Dalam PKR - Dulu Hina Gobala Kini Mereka Hina Pengundi India Pulak?

PKR menghina kaum India lagi, jika dulu Azmin Ali pernah menghina N.Gobalakrishnan dengan gelaran 'PARIAH' sekarang giliran Johari Abdullah pula memperkecilkan peranan pengundi berbangsa India.

Bukan sahaja Azmin Ali orang no.2 PKR, Anwar Ibrahim sendiri turut menghina kaum India dengan melemparkan sindiran kepada N.Gobalakrishnan berbunyi "pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum" ketika sidang dewan Parlimen sehingga menimbulkan kemarahan Ahli Parlimen Padang Serai.

Selepas itu nasib kaum India terus diperlekeh dan dihina oleh Anwar Ibrahim dalam satu ceramah dengan mengatakan "tak guna punya Hindu" sehingga menimbulkan kemarahan sebuah NGO India.


Meneliti kenyataan bersifat perkauman yang diluahkan oleh pemimpin PKR ini jelas membuktikan bahawa kaum India langsung tiada tempat dalam PKR mahu pun Pakatan.

 

Petikan Buletin Utama di bawah pula memaparkan bekas Timb. Setiausaha Agung PKR turut mendakwa bahawa PKR bukanlah parti untuk semua kaum kerana pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada kaum India :

 

Kini mereka sekali lagi menghina kaum India dengan memperkecilkan peranan pengundi kaum India di negara ini sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa undia India tidak mereka perlukan untuk terus berkuasa di Kedah.

Oleh Beruang Biru :
RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India. 
Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut. 
Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya.  
Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar. Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. 
Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan. Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih. 
Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah. 
Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut. Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. 
Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata. Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. 
Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam. Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.  
Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang.
Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. 
Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.

3 comments:

  1. Sesenang je pkr ckp cam tu pasal kaum india. Tolong hormat bangsa org lain ok! Bila nak guna org tu baik la, tabur janji manis, tp bila rasa cam tak nk guna dah, buat org tu cam sampah! Kesian bangsa india, mereka tu pun manusia and also malaysian juga! Harap bn akan bantu kaum india dan cina malaysia juga. Hope transformasi one malaysia akan lebih kuat untuk membantu setiap kaum dlm malaysia. Together we can make a better malaysia. Hope malaysians can throw racisms away from their culture!

    ReplyDelete
  2. Mereka hanya pergunakan kaum India je.

    ReplyDelete
  3. Ni ok la tu, cakap je, orang india kan muka tebal. tak macan ibrahim katat, najib,mamak,muhidin sampai but diorang to macam bangsat, tada kelas, lebih teruk dari babi. diam je...pegi lah mogok kat putra jaya.berani ke bahlul paria ni. memang bangsat paria pun. udi lage BN...padn muka
    korang.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-