Wednesday, March 21, 2012

#AUKU : Kerajaan Dibenar Buat Rayuan - Pelajar 'Mahasewel' Nak Langgar Pintu Mahkamah?

Mungkinkah kumpulan pelajar 'mahasewel' yang sentiasa membawa suara pemimpin parti politik pembangkang akan bertindak merempuh pintu-pintu mahkamah ekoran tindakan  Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membenarkan ketiga-tiga pihak mendapatkan kebenaran merayu.
"Kerajaan Malaysia dan dua pihak lagi hari ini dibenar merayu di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar perintah terdahulu yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 terbatal dan melanggar Perlembagaan.  
Seksyen itu yang sebelum ini menyekat penuntut institusi pengajian tinggi terlibat atau menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap parti politik, diputuskan sebagai tidak sah oleh Mahkamah Rayuan, 31 Oktober tahun lalu. 
Bagaimanapun, keputusan bersejarah itu akan dicabar di mahkamah tertinggi negara selepas panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membenarkan permohonan ketiga-tiga pihak mendapatkan kebenaran merayu. 
Keputusan sebulat suara itu turut dicapai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Hashim Yusof, Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Datuk Suriyadi Halim Omar.
Maklumlah golongan ekstrem yang hidup mereka 'berkiblatkan' Anwar Ibrahim bukan tahu mematuhi peraturan dan undang-undang. Kalau tahu undang-undang mana mungkin mereka panjat pagar, langgar pintu kaca dan mahu menyerahkan memorandum kepada pihak pengurusan sebuah universiti pada jam 2.00 pagi.

Hahaha...

Tapi walaupun mereka ekstrem, gila, dan suka cetuskan kekacauan rakan-rakan mereka yang sentiasa membawa suara ASPIRASI MAHASISWA masih sudi memaafkan mereka, walaupun tindakan mereka sebelum ini telah menjatuhkan imej MAHASISWA Universiti di Malaysia.

ASPIRASI MAHASISWA yang membawa suara sebenar mahasiswa universiti turut menyiapkan video buat rakan-rakan mereka, mungkin mereka tidak sanggup lagi melihat rakan sebaya 'dikeldaikan' oleh parti politik sehingga mengabaikan pelajaran.



Sedarlah - pemimpin-pemimpin pembangkang hanya menggunakan kamu bagi menjayakan agenda politik mereka. Contoh ada di hadapan kita, bukalah mata untuk melihat, menilai barulah membuat keputusan.



Ada lagi pelajar kantoi buat kerja 'jahat' pembangkang :  [KLIK SINI]

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-