Prihatin...
Program Jelajah Aman Kampus fasa ke-2 menampilkan sedikit kelainan dari fasa pertama yang dijalankan pada bulan Februari yang lalu.
Pada kali ini selain mendekati warga mahasiswa di setiap kampus, pelajar ASPIRASI MAHASISWA turut menghulurkan bantuan bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.
Semalam selepas selesai aktiviti mendekati warga kampus Universiti Utara Malaysia, mahasiswa Jelajah Aman Kampus turut menyampaikan sumbangan kepada masyarakat setempat dan warga emas yang kurang bernasib baik bagi meringankan beban hidup mereka.
Sumbangan berupa wang saku dan barangan keperluan harian dihulurkan sendiri oleh mahasiswa Aman Kampus :
Hari ini sumbangan turut diberikan kepada masyarakat yang menetap di sekitar UniMAP sebaik sahaja selesai majlis perasmian Jelajah Aman Kampus peringkat negeri Perlis.
Walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah besar nilainya, namun usaha yang digerakkan oleh mereka ini merupakan satu inisiatif yang memberi kesan positif kepada masyarakat.
Sikap-sikap prihatin yang diamalkan oleh ASPIRASI MAHASISWA dalam meringankan beban masyarakat sewajarnya menjadi contoh kepada semua mahasiswa IPTA/IPTS.
Jika ASPIRASI MAHASISWA - Kembara Aman Kampus membantu meringankan beban masyarakat, perkara sebaliknya dilakukan oleh rakan mereka yang obses dengan faham politik PEMBANGKANG.
Pelajar PRO-PEMBANGKANG hanya tahu berkepit dengan pemimpin politik pembangkang serta menyampaikan ceramah di sekitar pasar malam.
Selain itu kelompok ini juga hanya tahu menyusahkan masyarakat dengan melakukan tindakan-tindakan yang bersifat ekstrem seperti panjat pagar, pecah pintu kaca, hamun anggota polis serta mengganggu ketenteraman warga kampus pada jam 2.00 pagi semata-mata mahu menyerahkan memorandum.
Kenapa saya katakan ASPIRASI MAHASISWA membantu meringankan beban masyarakat tetapi pelajar PRO-PEMBANGKANG hanya tahu menyusahkan masyarakat...?
Imbas kembali memori (gambar bawah) kita dengan tindakan ekstrem kelompok 'bengong' ini sehingga mencederakan seorang pengawal keselamatan dan telah menyusahkan individu tersebut menjalankan tugas-tugas harian yang diamanahkan kepada beliau...
Bukankah ini menyusahkan hidup orang lain...?
Jadi jika anda seorang mahasiswa yang tahu menggunakan HAK BERFIKIR SEBELUM HAK UNTUK BERSUARA...
Antara kedua-dua kumpulan mahasiswa ini - kumpulan yang mana memperjuangkan hak-hak mahasiswa serta membawa suara mahasiswa yang sebenar...?
Malam ini kempen EARTH HOUR oleh mahasiswa Aman Kampus di Stadium Hoki USM, Pulau Pinang...
Jom jenguk tengok...!
YY : Ada puak dari pantai timur melatah ketika sessi kuliah agama di UUM..?. hehe!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-