Friday, February 3, 2012

UMNO Reform Nak Tunjuk Gedeber?


Sebelum pergi dengan lebih jauh, ingin saya tegaskan di sini bahawa saya OK dengan PapaGomo, Parpukari dan sahabat bloggers yang lain. Pendek kata UMB OK dengan mereka!

2-3 hari ini pengendali blog Umno-Reform iaitu brader Anuar Mohd Nor telah dilanda pelbagai kontroversi, ada yang kata beliau Trojan Horse, ada yang kata beliau 'spy'.

Ini semua gara-gara brader Anuar Mohd Nor yang merupakan bekas pejuang reformasi ini dikatakan menyusup masuk ke dalam program tertutup UMNO bersama bloggers di PWTC tempoh hari.

Setelah tidak tahan dirinya ditohmah dengan pelbagai kata nista hari ini Anuar Mohd Nor tampil konon untuk tunjuk 'gedeber' dengan mencabar blogger no.1 negara yang mana setiap pagi boleh dikatakan separuh dari rakyat Malaysia membaca blog PapaGomo.

Anuar Mohd Nor nampaknya cuba 'main gila' dengan PapaGomo, cabaran yang dibuat oleh beliau terhadap PapaGomo bakal memusnahkan usaha 'spy-menyepai' yang beliau lakukan selama ini.

Kerana saya cukup yakin, selaku blogger terhebat yang menjadi idola kepada kami penulis blog, merupakan seorang penulis hebat dalam membongkar serta membogelkan mana-mana individu yang beliau sasarkan.

PapaGomo merupakan blogger tip-top dalam mencari maklumat demi mendedahkan kebenaran.

PapaGomo telah membuktikan bahawa beliau merupakan individu yang mahir dalam selok-belok psywar, jangan sesiapa cuba menafikan apa yang telah PapaGomo lakukan.

Jika PapaGomo tidak hebat serta tidak diperakui kebolehan beliau mana mungkin beliau dibenarkan memasuki kapal selam Scorpene?

Korang boleh naik ke?

Saya percaya cabaran Anuar Mohd Nor supaya PapaGomo mendedahkan video dirinya di Carcosa Seri Negara ketika 'syok' menonton video lucah Anuar Ibrahim dan mencabar PapaGomo bersama-sama bermubahalah bersaksikan saksi yang dipersetujui.

Merupakan cabaran 'kacang' bagi seorang blogger hebat seperti PapaGomo.

Ayuh PapaGomo kita sama-sama buktikan bahawa Anuar Mohd Nor merupakan pengkhianat, Anuar Mohd Nor adalah 'SPY' yang ditugaskan oleh PKR!

Keluarkan dan tayangkan video Anuar Mohd Nor di Carcosa kepada seluruh bloggers bagi membuktikan bahawa manusia bernama Anuar Mohd Nor ini adalah perisik.

Selepas itu adakan sessi bermubahalah di hadapan pemimpin parti.

Saya yakin PapaGomo boleh lakukan!

5 comments:

  1. saya yakin dengan kebijaksanaan papagomo dalam membongkar identiti anuar. ayuh papagomo, mari kita sama-sama buktikan anuar perisik dan pemimpin umno sangat bodoh kerana percaya kepada anuar! kata blogger Medan Info Kita, dia yakin dengan kebijaksanaan papagomo. saya juga yakin. Jangan takut papagomo. kami semua bersama anda. sahut cabaran anuar. dedahkan video. bersumpah atas nama Allah. jika siapa menipu dan memfitnah, biar Allah laknat seluruh keturunan dia! Come on papagomo!

    ReplyDelete
  2. saya bukan hebat dlm penulisan blog mahupun pejuang hebat dlm dunia siber... saya mengikuti rapat semua blog2 pro umno di mana info2 yang berguna ..saya menyambung penyampaian di dlm laman facebook.saya menghormati pejuang2 umno dlm dunia siber... akhir2 ini kite mendebatkan siapa yang benar2 menyokong umno...walaupun saya membesarkan dlm kelompok umno...dan berjuang dlm umno...saya tidak menyokong membuta tuli apa yang dibuat oleh kepimpinan umno...adakah itu menandakan saya tidak "UMNO" @ saya tidak setia pada "UMNO"...sekira satu hari saya keluar dari UMNO dan kembali ke pangkuan "UMNO"...adakah saya dianggap SPY @ "trojan horse " dlm UMNO...sekira saya dianggap begitu..bagaimanapun TUN M yang keluar UMNO dan kembali pada UMNO..adakah TUN M dianggap juga sedemikian rupa..
    saya juga menghadiri program tersebut atas jemputan...apa yang dipaparkan dalam majlis saya tidak menganggap sebagai "SULIT" kerna secara Umumnya pada yang disampaikan tidaklah terlalu sulit... dan saya juga mendapati saudara Anuar meninggalkan majlis separuh jalan…begitu lebih berbelas org yang keluar dari bilik ..mungkin mempunyai urusan yang lain…
    bagi saya adalah lebih baik sekiranya kite tumpu kepada asas matlamat sebenar….saya mengharapkan… adakah semua pihak bertenang dan kembali focus asal..persoalan samada saudara Anuar “SPY” @ tidak… bagaimana pula tokoh2 hebat yang dulu bersama DSAI kini bersama kite…ia perlu lah dikajikan secara kekeluargaan @ secara ilimiah…saya mahu UMB mengambil peranan utk menyelesaikan kekusutan ini ..supaya biarlah air yang berkocak hanya di gelas..kerna diluar sana banyak lagi tugas yang perlu kite teruskan…dan musuh mengambil kesempatan..saya cadankan suatu jawatankuasa dlm UMB untuk mendaftar kesemua blogger2 dan pejuang2 UMNO siber …supaya mengiktirafan mereka diberikan kepada mereka secara total
    saya mohon brother2 blogger hentikan kepada persoalan ini …mari kite kembali kepada asal perjuangan … sekiranya masih lagi wujud kesangsian ..saya mohon dibawa kepada biro penerangan supaya diadakan “FACE to FACE session” antara mereka yang terlibat… MARILAH KITE PASTIKAN PRU AKAN DTG … PAKATAN AKAN GAGALKAN KE PUTRAJAYA WALAUPUN SEINCI

    ReplyDelete
  3. Untuk buktikan si anuar nohd nor ini orang pakatan???

    No problem ... aku pernah berjumpa dengannya di IKD

    Aku tahu perhubungan dia dengan cikgu bard..

    Anuar, harris, nora, amin iskandar, hishamuddin rais sering bersama dalam program PKR ..

    Jangan ingat dia sahaja 'spy'

    Aku pun 'spy' kalau nak bukti aku boleh bagi bersepai ..

    kalau perlu .. aku akan keluar dari 'penyamaran' ini yg telah berlaku sejak 1998..

    Bukan aku menyamar pun, hakikatnya dulu aku pro PR dan menjadi aktivis yang merancang siri demonstrasi demi demonstrasi ...

    Pasal si anuar umno reform tu ..tanya ngan Ezzam, Lokman, Zaid mat Arip dan mereka yang sewaktu dengannya pun...mereka boleh sahkan.. ini bukan nak fitnah.. apa jadahnya nak fitnah 'monyet' tu .. tapi kita tak mahu dia jadi musang berbulu ayam !!!

    ReplyDelete
  4. Yes lah. Akhirnya ada yg nak bagi bukti sampai bersepai...ayuh! Buktikan. Jangan hanya pandai omong kosong berbentuk hearsay. Tampil dan suakan bukti2 ke muka si monyet. Bogelkan dia secara 'face to face'... Ada bran?

    ReplyDelete
  5. The best way. Gomo sahut cabaran Anuar Reform. Biar org tertentu je jd saksi. Kami pembaca mendoakan yg terbaik utk anda yg tanpa penat berjuang mematahkan hujah-hujah musuh.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-