Semalam bertempat di UniKL Pasir Gudang, Johor Bahru berlangsungnya program Pentas Anak Muda Kembara Aman Kampus di mana menampilkan tiga pemidato mahasiswa dan penceramah jemputan iaitu saudara Feriz Omar.
Tiga pemidato mahasiswa ini dalam ucapan mereka menekankan bahawa suara mereka tidak mewakili mana-mana parti politik sama ada pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Sebaliknya mereka menganggap suara mereka yang mewakili mahasiswa merupakan suara pihak ketiga.
Mereka juga menekankan bahawa tiada sebarang sekatan suara dibuat ke atas mahasiswa walaupun mereka terikat dengan AUKU, namun suara dan kritikan tersebut perlulah melalui saluran yang betul di mana cara musyawarah perlu digunakan bukannya melalui demontrasi jalanraya.
Ketiga-tiga pemidato ini juga turut tidak melepaskan peluang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas pemberian baucer buku RM200 di mana ianya sedikit sebanyak telah meringankan beban mereka.
Mereka juga menyeru para mahasiswa supaya memegang tiga prinsip asas iaitu rasional, diplomasi dan toleransi.
Mohd Hafiz Ariffin - YDP MPP UTHM |
Izuan Jamaluddin - YDP MPP USM |
Hasrul Ngadiman - YDP MPP UTM |
Sdr. Feriz Omar - Presiden ProWaris |
Ikuti juga laporan di blog & portal yang tertera di bawah :
Macam ni lah baru menampakkan imej mahasiswa... Bukan mahasewel...
ReplyDeleteKJ TELANJANGKAN NURUL IZZAH & TONY PUA!! Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/