Saturday, February 25, 2012

Jom Serang #MajlisBeliaPutrajaya : Siri Kejohanan #paintball 'Malaysia Woodsball League' - Sirkit Pertama


Siri Kejohanan Paintball “Malaysia Woodsball League” merupakan satu kejohanan paintball scenario ataupun rekreasi (recreational paintball) yang diperkenalkan pada tahun 2011.

Siri kejohanan ini merupakan satu acara tahunan yang akan dijalankan di dalam 3 siri kejohanan tempatan dan 1 Kejohanan Antarabangsa.


Kesemua lokasi kejohanan tempatan dijalankan di seluruh Malaysia, manakala lokasi untuk acara antarabangsa masih di dalam perbincangan dan dijangka akan diumumkan selepas siri kedua kejohanan ini.

Sasaran penyertaan adalah pasukan paintball scenario tempatan dan dirantau ini manakala untuk siri antarabangsa penyertaan sulung dari pasukan pasukan antarabangsa dari Amerika Syarikat dan Eropah turut dijangkakan.


OBJEKTIF KEJOHANAN “MALAYSIA WOODSBALL LEAGUE”

Objektif MWL di dalam penganjuran Liga ini di Malaysia adalah berdasarkan perkara perkara berikut:
  • Meletakkan Malaysia sebagai hab sukan paintball di dunia.
  • Menyerlahkan Malaysia sebagai pusat aktiviti sukan lasak dan pelancongan di Asia.
  • Membantu usaha kerajaan di dalam menggalakan kemasukkan pelancong asing ke Malaysia melalui sukan pelancongan.
  • Merealisasikan Program Penjenamaan Global Malaysia (Malaysia Global Branding Programme).

ATURCARA KEJOHANAN



Hari Pertama (25/2/2012)

7.30 pagi Pendaftaran Pasukan
8.30 pagi Kejohanan bermula
1.00 ptg Rehat, Solat dan Makan tengahari
2.00 ptg Kejohanan bersambung
6.00 ptg Tamat Kejohanan Hari Pertama

Hari Kedua (26/2/2012)

8.30 pagi Kejohanan Hari kedua bersambung 
10.00 pagi Ketibaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk upacara pelancaran Malaysia Woodsball League (MWL).
1.00 ptg Rehat, Solat dan Makan tengahari
2.00 ptg Kejohanan bersambung
3.00 ptg Acara untuk Pengunjung Kejohanan
5.00 ptg Upacara Penutup Kejohanan dan Penyampaiaan Hadiah dan Cenderamata kejohanan kepada VVIP serta Sesi bergambar bersama Pasukan Pasukan.
6.00 ptg Tamat Kejohanan Sirkit Pertama

Kategori

1. Kategori Terbuka
  • Kategori ini terbuka kepada semua pasukan pasukan paintball dari semua liga paintball seluruh negara.
  • Jumlah peserta untuk satu pasukan ; 10 orang termasuk 3 pemain simpanan.
  • Masa Permainan : 10 minit
  • Undang Undang Permainan : Malaysia Woodsball League Rules
  • Sasaran jumlah pasukan : 15 pasukan
2. Kategori Taktikal
  • Untuk pasukan pasukan novis dan kategori belia dan terhad kepada penggunaan perkalatan taktikal sahaja
  • Jumlah pemain satu pasukan : 10 orang termasuk 3 pemain simpanan
  • Masa permainan : 10 minit
  • Undang Undang Permainan : Malaysia Woodsball League Rules
  • Sasaran jumlah pasukan : 20 pasukan
3. Kategori Milsim

Kategori Milsim merupakan kategori simulasi ketenteraan (milllitary simulation) dimana format dan objektif permainan mempunyai variasi berlainan bagi setiap siri. Kategori yang pertama kali diperkenalkan di rantau ini dimainkan didalam tiga disiplin:
1. Ketahanan (Endurance)
2. Tepat dan Cepat (Fast and Accurate)
3. Misi dan Objektif (Mission and Objective)



YY : Team YY dah ready untuk berperang woodsball esok. Jom join!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-