Wednesday, February 29, 2012

Isu Khalwat Ostat Badrol - Keterangan Siapa Yang Betul?


Isu Ostat Badrol yang ditangkap berkhalwat makin hari makin panas, masing-masing menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atas satu sama lain.

Tengok sikit komen isteri orang yang cun bernama Zita Iwani :
“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu! Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab! Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan. Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya. Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam"
Kenapa bertemu dengan Ostat Badrol sedangkan beliau mendakwa mengenali isteri Ostat Badrol malah isterinya selalu menasihati supaya banyak bersabar?

Jika keselamatan diancam oleh suaminya kenapa tidak sahaja beliau mendapatkan perlindungan dari pihak berkuasa?

Ostat Badrol Amin pula sebelum ini turut mendakwa dirinya dipukul oleh 20 lelaki tetapi anehnya beliau sehingga kini masih tidak melaporkan kepada polis malah wajahnya jika diteliti tiada kesan lebam-lebam akibat dibelasah.

Mana mungkin dibelasah oleh 20 lelaki langsung tiada kesan kecederaan yang kelihatan di wajahnya?


Tetapi kenyataan suami kepada Zita Iwani pula mengatakan beliau tidak membawa orang untuk memukul sebaliknya beliau merayu agar Ostat Badrol Amin memulangkan semula isteri dan anaknya.
"Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.."
Manakala pihak pengurusan keselamatan hotel pula mendapati dari rakaman CCTV tiada kelihatan kelibat sekumpulan lelaki masuk di antara pukul 2.00 hingga 3.00 pagi.
"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.
"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,''
Jadi siapa yang menipu, siapa yang berbohong...?

Memang BLOCKBUSTER filem yang dilakonkan oleh Ostat Badrol Amin :


Hahaha...

Lagi misteri di sebalik kejadian 'khalwat' Ostat Badrol Amin [KLIK SINI]

1 comment:

  1. Mana ada khalwat? Tiga manusia di dalam bilik, mengikut repot utusan.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-