|
Paluan kompang menyambut kedatangan mahasiswa Aman Kampus di Kg. Masjid Ijok |
Ketika Perak dilanda krisis di mana kerajaan BN mengambil semula kuasa untuk memerintah negeri tersebut, ada kes di mana penyokong pembangkang bertindak baring di atas jalanraya menghalang kereta Sultan Perak.
Itu dulu la...
Semalam mahasiswa Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat juga 'dihalang' dari meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar. Penduduk Kg. Masjid Ijok sebuah perkampungan yang terletak di bawah DUN Kubu Gajah telah mengadakan satu 'halangan' besar di tengah-tengah jalan bagi memastikan konvoi Aman Kampus berhenti di perkampungan tersebut.
ADUN di kawasan tersebut YBM Dato Seri di Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar telah 'berpakat' bersama penduduk Kg. Masjid Ijok dengan mengadakan kenduri besar-besaran bagi memastikan Kembara Aman Kampus singgah dan bermalam di kampung tersebut. Yang paling membuatkan kami terharu adalah mereka kesanggupan penduduk Kg. Masjid Ijok menunggu kami seawal jam 1.00 tengah hari sedangkan kami tiba pada jam 6.45 petang.
|
Ibu-ibu tekun menyiapkan hidangan kerana tahu anak-anak Kembara Aman Kampus mesti haus, maklumlah berjalan jauh |
|
YBM Dato di Raja Ahmad Zainuddin berbual dengan Mohd Shahar Presiden Alumni Aspirasi |
|
Mahasiswa Aman Kampus 'buli' baby penduduk Kg. Masjid Ijok... hehehe |
Untuk sampai ke perkampungan ini, kumpulan Kembara Aman Kampus terpaksa 'membelah' banjaran Titiwangsa serta meyusuri jalan yang penuh berliku, bengkang-bengkok serta berbukit-bukau. Namun semua itu dilihat amat berbaloi apabila jalan yang kami susuri telah 'menghidangkan' satu pemandangan menarik bagi menyegarkan mata kami sepanjang perjalanan.
Tiba sahaja di perkampungan tersebut, mahasiswa Kembara Aman Kampus telah diberi kejutan serta sambutan yang luar biasa, boleh dikatakan inilah sambutan paling meriah, paling sporting dan paling 'gila' oleh masyarakat sepanjang 8 hari Kembara Aman Kampus berkonvoi.
|
Bapa-bapa Angkat kepada mahasiswa Kembara Aman Kampus |
Paling menarik kumpulan Kembara Aman Kampus penduduk Kg.Masjid Ijok telah sudi menerima mahasiswa Kembara Aman Kampus sebagai anak angkat mereka. Mahasiswa Kembara Aman Kampus 'dipaksa' bermalam di rumah-rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan ke negeri seterusnya.
|
Mahasiswi Kembara Aman Kampus bersalaman dengan ibu angkat sebelum dibawa bermalam di rumah mereka. |
|
Ibu tua di Kg. Masjid Ijok gembira menerima mahasiswi ini bermalam di rumahnya |
|
Pelukan mesra dari seorang anak kepada bapanya |
Pendek kata mahasiswa Kembara Aman Kampus semalam telah mendapat satu keluarga baru dalam hidup mereka. Jika sebelum ini status mahasiswa sering dipandang serong dek kerana tindakan bengong seorang mahasiswa berseluar londeh yang menurunkan bendera dan berbaring di atas jalanraya, kini masyarakat mula memandang tinggi kepada mahasiswa hasil usaha yang dilakukan oleh Kembara Aman Kampus.
Banyak cerita dan gambar menarik dari Kg. Masjid Ijok, InsyaAllah akan dikongsikan kemudian. Kami pasukan yang membuat liputan seramai 4 orang bukan tiada yang sudi mengambil kami sebagai anak angkat. Malah terlalu ramai hehehe...
Namun disebabkan Kg. Masjid Ijok talian internet kurang memuaskan. Kami membuat keputusan berpisah dari konvoi dan meneruskan perjalanan sejauh 80 kilometer ke bandar Ipoh bagi memastikan liputan terkini terus diberikan.
|
"Kami pun nak masuk U"... kata anak-anak kecil ini... |
Hari ini masuk hari ke-9 Kembara Aman Kampus, setakat ini boleh dikatakan sudah banyak isu-isu masyarakat yang digali oleh mahasiswa Aman Kampus yang mana isu-isu ini akan dibawa kepada kepimpinan tertinggi kerajaan.
YY : Makin hari makin meriah... makin hari semakin ramai yang sedar tak semua mahasiswa suka perkara yang radikal.. Tahniah ASPIRASI!!
Salam. Kami telah memautkan blog yang penuh berinformasi Tuan ke bloglist kami. Harap Tuan juga dapat berkongsi laman UtaraNews.com di list blog Tuan. Terima kasih.
ReplyDeletehttp://www.utaranews.com/