Wednesday, February 8, 2012

[FOTO] : Mahasiswa #AmanKampus Menangis Bila Bersama Warga Emas di Rumah Kenangan Cheng


Hari ketiga Kembara Aman Kampus dimulakan dengan aktiviti kemasyarakatan di mana hari ini peserta Kembara Aman Kampus dapat mendekati golongan warga emas yang dipinggirkan keluarga mereka. Sessi 1 jam ini membuatkan ramai peserta kembara sebak serta menangis bila mendengar rintihan warga emas penghuni Rumah Kenangan Cheng, Melaka.

Warga emas Rumah Kenangan Cheng gembira bila ada sekumpulan anak muda sudi melawat dan meluangkan masa bersama mereka. Mereka tidak meminta wang ringgit, cukuplah sekadar bertanyakan khabar keadaan mereka. Mereka hanya perlukan seseorang untuk bercerita dan berborak, mereka hanya memerlukan kasih sayang.

Kini mahasiswa Kembara Aman Kampus sedar bahawa dalam menempuh pancaroba kehidupan ianya tidak semudah menurunkan bendera, ianya juga tidak semudah merempuh pintu kaca dan tidak semudah berbaring di atas jalanraya.

Sepanjang pemerhatian saya, penghuni Rumah Kenangan Cheng terjaga rapi, sekalung tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menguruskan penghuni yang menetap di sana.

Foto-foto menarik & sebak yang sempat kami rakamkan :






Sebak - Penguni Rumah Kenangan Cheng sebak bila masih ada anak muda yang mengatakan mereka masih diperlukan.



Lagi kisah sedih dan sebak kumpulan mahasiswa Kembara Aman Kampus akan diceritakan malam nanti, kini Kembara Aman Kampus dalam berada di Dataran Pahlawan Melaka dalam persiapan untuk meneruskan perjalanan ke Pasir Gudang, Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-