YDP MPP UTHM Sdr. Hafiz Ariffin ditemubual wartawan |
Kikiki...
Hari ini masuk hari ke-6 Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat, peserta kembara hari ini bertuah kerana diberikan peluang untuk melawat serta memasuki tapak pembinaan kilang Lynas yang pernah digunakan sebagai bahan politik oleh pembangkang sebelum ini.
Kelmarin ketika sessi makan malam bersama Menteri Besar Pahang DS Adnan Yaakob beliau telah menjemput kumpulan mahasiswa ini supaya melawat sendiri tapak kilang berkenaan yang terletak di Gebeng.
Sebelum peserta diberikan peluang untuk memasuki tapak pembinaan tersebut, peserta terlebih dahulu diberi taklimat di Akademi Menara Gading Balok.
Dalam sessi taklimat tersebut, beberapa 'slide' ditayangkan kepada para mahasiswa ini oleh pakar dari Lynas. Para peserta Kembara Aman Kampus ini memasuki tapak pembinaan Lynas dengan empat buah bas, kerana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memasuki tapak pembinaan.
Rasanya tidak perlu mengulas panjang kerana saya sendiri pernah menulis mengenai kilang Lynas sebelum ini.
Ianya boleh dibaca [SINI]
Foto sekitar tapak pembinaan kilang Lynas :
Siswi Aman Kampus bertanyakan soalan kepada dua pekerja pakar di kilang Lynas |
Kumpulan Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat bergambar bersama pekerja Lynas |
Selesai melawat tapak pembinaan kilang Lynas, konvoi terus bergerak ke Felda Panching Selatan mendekati masyarakat peneroka di sana yang turut dihadiri oleh ahli parlimen Paya Besar YB Dato Hj. Abdul Manan Bin Ismail.
Saya difahamkan Felda Panching Selatan merupakan tempat kelahiran kepada Presiden Alumni Aspirasi saudara Mohd Shahar. Dalam majlis perasmian tersebut kami turut dihidangkan dengan daging rusa istimewa yang disediakan oleh penduduk felda tersebut.
Foto sekitar Mahasiswa Kembara Aman Kampus di Felda Panching Selatan :
Beliawanis anak-anak peneroka Felda Panching Selatan |
Anak-anak masyarakat peneroka Felda Panching Selatan gembira menerima kedatangan abang kakak yang belajar di Universiti. |
Ingat blogger no.1 saja ke ramai peminat? Ini semua pembaca blog aku korang percaya tak? haha! |
"Orang Felda baik" |
Kini sessi 'Ikon Mahasiswa' sedang berlangsung di Dewan Sivik, Pulau Duyung.
Apakah aktiviti Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat sepanjang mereka berada di Terengganu?
Kita tunggu esok...
Sudah sampai masanya mahasiswa tidak lagi boleh dipengaruhi oleh parti pembangkang sewenang-wenangnya. Sepatutnya mahasiwa perlu bebas daripada kongkongan politik pembangkang.
ReplyDeleteP/S:Saya kenal ngan Shahril. Adik kembar seiras kepada Sdr. Shahar Presiden Alumni Aspirasi.