Wednesday, February 1, 2012

Bakal Ketua Perang Saraf Di Kedah Juga 'Trojan Horse'? - @MukhrizMahathir Naifnya UMNO Kedah Ni..

Trojan Horse macam ni kut... huhu!
Kedengaran beberapa rakan dari Kedah yang siang malam bertungkus-lumus mencari bahan untuk menyerang Pakatan Rakyat di Kedah tidak berpuas-hati apabila mereka menerima berita kononnya seorang blogger yang terkenal dengan sikap memecah-belahkan perpaduan di antara blogger dikatakan bakal mengetuai unit perang saraf bagi UMNO Kedah.

Jika benar berita yang tersebar di kalangan pengendali media baru di Kedah ini, saya boleh sifatkan UMNO Kedah begitu NAIF dalam mengenali kemampuan serta kebolehan setiap blogger.

Walaupun di Kedah ada ramai blogger tersohor yang lebih arif dalam dunia politik, mereka dilihat tenggelam jika mahu dibandingkan dengan pasukan Unit Media Kedah yang diketuai oleh blogger McTheory iaitu pengendali blog KedahkeKL.

Lihat sahaja isu madrasah, kumpulan blogger yang mungkin dianggap sebagai 'budak berhingus' berjaya membongkar dan mendedahkan segala bentuk dokumen dan kepincangan yang dilakukan oleh PAS Kedah.

Adakah UMNO Kedah begitu BUTA PERUT dan NAIF sehingga kumpulan yang begitu 'perform' ini tidak dipedulikan sebaliknya mereka 'mendewakan' seorang individu yang terkenal dengan sikap memecah-belahkan perpaduan?

Mungkin penulisan individu yang dikatakan bakal dilantik untuk mengetuai perang saraf di Kedah ini lebih bermutu dari segi penggunaan bahasanya jika dibandingkan dengan 'budak berhingus' dari Unit Media Kedah yang baru setahun jagung ditubuhkan ini.

Tetapi dari segi kebolehan serta gerak kerja, secara jujurnya saya katakan Unit Media Kedah jauh lebih bagus dari individu ini kerana 'budak berhingus' ini bukan sekadar berblogging dari atas kerusi di rumah masing-masing.

UMNO Kedah jangan jadi NAIF!


YY : Boleh tak aku nak cop individu yang bakal mengetuai unit perang saraf di Kedah ni sebagai 'TROJAN HORSE'? kikikiki....

1 comment:

  1. siapa torjan jorse yang maksudkan.cer cite?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-