Sunday, January 1, 2012

Taktik Bersih 2.0 Diulang Tayang Di UPSI - Bezakan Foto-Foto Ini...


Gambar Haji Anwar Ibrahim yang terlantar seolah-olah sudah 'nazak' kononnya dicederakan oleh PDRM ketika perhimpunan Bersih 2.0 di atas adalah salah satu cara untuk meraih simpati rakyat Malaysia. Sekali pandang memang menimbulkan rasa simpati.

Tetapi dua kali pandang saya doakan agar Anwar Ibrahim cepat-cepat mati!

Semalam di UPSI kecoh ekoran tindakan 17 orang pelajar yang bertindak ganas merempuh pintu kaca klinik di UPSI. Ekoran rempuhan tersebut beberapa pelajar dipercayai cedera, tapi kisah yang disampaikan di luar sana adalah sebaliknya.

Kecederaan yang dialami oleh pelajar ini kononnya hasil tindakan ganas anggota FRU ke atas mereka.

Seorang pelajar bernama Safwan Anang perhatikan foto (bawah) menggunakan taktik yang sama dengan Haji Anwar Ibrahim gunakan untuk meraih simpati pelajar kononnya PDRM di Malaysia ini bertindak kejam ke atas mereka.


Lakonan Safwan Anang dilihat sama hebat dengan idola mereka Haji Anwar Ibrahim. Bukan itu sahaja ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga aksi 'mati' dikasari anggota PDRM juga cuba dilakonkan oleh mereka.

Watak 'mati' yang dibawa oleh Suhardi Mat Isa gagal kerana seorang peserta benar-benar mati dalam perhimpunan tersebut cuma ianya di lokasi berlainan.

Lihat pula foto Suhardi Mat Isa di bawah :


Lihat bagaimana Suhardi Mat Isa cuba melakonkan watak 'mati' dikasari oleh PDRM tetapi berjaya dipatahkan oleh para bloggers yang turut berada di lokasi kejadian :



Modus operandi yang sama iaitu PDRM ganas, PDRM bertindak kasar terhadap rakyat. Kerana kita tahu dengan memburukkan imej PDRM di mata masyarakat secara automatiknya imej kerajaan memerintah akan  turut tercalar.

Tujuan demontrasi semalam bukanlah untuk menuntut supaya kerajaan memansuhkan AUKU sebaliknya ianya bertujuan politik kepartian pembangkang untuk memburukkan imej kerajaan.

Apa komen Saifuddin Abdullah?

Selepas menurunkan bendera kini pelajar merempuh klinik pula?

Dahulu pintu kaca juga dirempuh di UPM sehingga seorang pengawal keselamatan cedera, tetapi pengawal tersebut disalahkan kononnya bertindak ganas ke atas pelajar sehingga memaksa pelajar bertindak sedemikian.

Adakah ini salah satu 'politik baru' yang digalakkan oleh Saifuddin Abdullah kepada mahasiswa?

Buat saudara pembaca di luar sana, adakah anda sanggup anak-anak anda dididik oleh golongan ekstrem sebegini kerana saya difahamkan kebanyakkan dari penuntut yang terlibat semalam terdiri dari bakal-bakal guru yang akan mendidik anak-anak kita kelak?

YY : Dihubungi mahasiswi UPSI yang kecewa imej UPSI rosak gara-gara Adam Adli!

6 comments:

  1. Pecat je ekstrem mcm ni dari UPSI. kami ibu bapak x rela anak-anak dididik oleh ekstrem politik mcm ni

    ReplyDelete
  2. kau ni bab budak u memang laju..cerita politik kau dah kurang..bosanlah baca blog Double-Y sekarang..

    ReplyDelete
  3. Mencederakan mahasiswa di UPSI membuktikan polis anjing umno

    ReplyDelete
  4. tahniah pdrm, teruskan usaha anda menangkap anjing2 anuar...

    ReplyDelete
  5. aku harap anuwar mati....:)

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-