Kelihatan kain-kain rentang mula dinaikkan di beberapa lokasi tanda bantahan terhadap cubaan Anwar Ibrahim untuk mengheret rakyat melindungi dirinya yang kini dilihat semakin tersepit..
Sementara itu di beberapa lokasi di Alor Star, Kedah dilaporkan Pejabat UMNO dan beberapa kenderaan diconteng dengan perkataan 'Bebas Anwar 901' oleh pihak yang tidak dikenalpasti. Rakan blogger Cucu Tok Selampit melaporkan :
Beberapa sahabat di Kedah mengirimkan foto-foto vandalisme yang berlaku di sekitar Negeri Kedah. Masih ada dua hari sebelum perhimpuan "Bebas Anwar 901" dilakukan oleh puak-puak penyokong LGBT.
CTS mendapat perkhabaran dari rakan blogger KedahkeKL bahawa bangunan UMNO Kedah turut diconteng menggunakan cat, dengan perkataan seperti "901", "Najib Turun", "Rosmah Bodoh" dan bermacam lagi. CTS akan mengemaskinikan gambar berkenaan apabila mendapat gambar berkenaan daripada mereka.
Lihatlah gambar di bawah, bagaimana kereta orang awam dan bas HBR Group of Companies dicat dan conteng oleh pentaksub-pentaksub AnuWar Ibrahim. Nampaknya pihak keselamatan seperti PDRM dan sebagainya akan bersingsing lengan untuk mengawal persekitaran Jalan Duta menjelang 901.
Lihatlah gambar di bawah, bagaimana kereta orang awam dan bas HBR Group of Companies dicat dan conteng oleh pentaksub-pentaksub AnuWar Ibrahim. Nampaknya pihak keselamatan seperti PDRM dan sebagainya akan bersingsing lengan untuk mengawal persekitaran Jalan Duta menjelang 901.
Ditambah dengan berita pihak PDRM telah meluluskan permit berhimpun pada hari berkenaan. Kita hanya boleh mendoakan, kepada Allah jua kita berserah.
9 Januari 2012 - jangan betulkan broadband anda, blog ini akan memaparkan situasi secara langsung dari Perkarangan Mahkamah Jalan Duta!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-