Pelakon baru, tapi skripnya masih lagi sama...
Gagal bawa pulang 'Oscar' dengan drama 'Bersih 2.0' - kini 'pengarah-pengarah' filem ini tampil dengan filem terbaru. Tapi sayangnya filem ini juga dilihat gagal mendapat sambutan dari penonton yang semakin bosan dengan filem 'remake'.
Hahaha...
Dari Agenda Daily :
"Rasanya macam pernah tengok lakonan begini" itu reaksi orang ramai bila menyaksikan gambar seorang pelajar pro pembangkang terbaring di katil hospital 'kononnya' dicederakan polis di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim Sabtu malam.
Di laman-laman sosial macam facebook dan twitter, ramai yang pakat gelak tengok gambar berlakon tak jadi itu, sebab mula-mula macam 'nazak' sangat, tapi pada Ahad sekeping gambar lagi nampak ketawa riang.
Memang sah 'auta'. Sebab sebelum itu riuh puak-puak pembangkang menjerit kat facebook dan twitter kata mahasiswa nazak kena pukul dengan polis. Padahal yang sebenarnya cedera sebab rempuh pintu kaca sebuah klinik masa hendak melarikan diri bagi mengelak ditangkap polis.
Kejadian di UPSI yang kononnya untuk mendesak AUKU dimansuhkan memang sudah dijangka sebagai sebahagian dari rancangan nak buat gamat menjelang keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.
Bagi yang ikut perkembangan politik dua tiga tahun terakhir ini, memang kenal sangat gaya pembangkang mencipta isu, mereka akan bermula dengan secara sengaja langgar undang-undang, kemudian apabila tindakan diambil pihak berkuasa, mereka berlakon jadi mangsa dan akhirnya pakat-pakat tuduh kerajaan zalim.
Baca seterusnya di portal Agenda Daily [KLIK]
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-