http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/18/article-153-blamed-for-institutionalising-racism/ |
Semakin ramai pihak yang berani mempertikai serta mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, kita tidak boleh hendak salahkan mereka jika Perkara 153 ini turut dipersoalkan oleh orang Melayu sendiri.
Ruang untuk kaum bukan Melayu mempersoalkan Perkara 153 yang menjadi asas kepada pembentukkan negara ini dibuka oleh orang Melayu sendiri iaitu Nurul Izzah.
Perkara 153 tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesiapa sahaja rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dipersoalkan oleh kaum Melayu sendiri.
Tapi demi undi, demi sokongan Nurul Izzah bertindak mempersoalkan Perkara 153 yang mana tindakan tersebut telah memberi ruang kepada bukan Melayu untuk lebih berani mempersoalkan perkara yang sama.
Melihat keghairahan mereka yang mempersoalkan Perkara 153, mengukuhkan lagi dakwaan sesetengah pihak sebelum ini bahawa ada pihak bukan Melayu kini sedang giat berusaha untuk menghapuskan Perkara 153.
Sebelum ini pada 25 November 1999 Guan Eng ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP berjanji akan MENGHAPUSKAN HAK-HAK ORANG MELAYU dengan mengeluarkan kenyataan :
"Kami masih berpegang dengan pendirian , menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil".Dan semalam N.Ganesan dari Human Rights Party pula cuba mempertikaikan perkara yang sama. Perlembagaan Persekutuan adalah kontrak sosial di antara kaum,walaupun orang Melayu ada kedudukan istimewa dalam Perlembagaan, tiada mana-mana kaum yang teraniaya atau rugi sejak negara kita merdeka.
Kenyataan N.Ganesan semalam dilihat terlalu rasis serta berniat jahat dengan mengatakan :
“There are two education systems whereby in one, a (particular) race is given all the facilities to study whereas in the other, the non-Malays have to find their own way”Hoii gila...
Zaman British dulu benarlah sekolah SJK ditanggung dan dibiayai sepenuhnya oleh kaum itu sendiri, tetapi selepas itu ianya diambil oleh Kementerian Pelajaran dan dikira sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan.
Bila masa pula kaum bukan Melayu terpaksa mencari jalan sendiri dan tidak diberikan kemudahan sepenuhnya dalam sistem pendidikan negara?
Gaji-gaji guru di SJK pun dibayar sepenuhnya oleh kerajaan, tak mustahil pada 2008 sahaja sebanyak RM1.8 billion diperuntukkan untuk gaji guru di SJK sahaja.
Itu belum dikira ditambah dengan segala peruntukkan serta kemudahan yang lain untuk SJK yang ada di seluruh Malaysia.
Bila kerajaan mahu buat sekolah satu aliran, puak kamu juga yang tolak serta pertikaikan. Walhal ianya bertujuan mewujudkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Sukarkah mereka ini menghormati kontrak sosial yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana ianya merupakan satu ikatan sosial antara kaum dan ia tidak boleh dipersoalkan rakyat negara ini terutama dalam perjuangan politik?
Jika beginilah gayanya, tak mustahil andai kata mereka mendapat majoriti 2/3 - sudah tentu perkara pertama yang akan dilakukan adalah mengubah Perlembagaan Persekutuan.
Ingat balik apa kata Prof. Emeritus Tan Sri Koo Kay Kim tahun lepas :
"Seluruh masyarakat perlu patuh Perlembagaan tersebut dan perlu menghayati segala aspek mengenai kontrak sosial supaya keamanan negara terus terjamin. Jangan jadikan perkara tersebut sebagai modal untuk kepentingan peribadi. Kita perlu fikir kesejahteraan dan sensiviti semua kaum."Kadang-kadang melihat keberanian bukan Melayu yang pertikai kontrak sosial ini, perkara pertama bermain di fikiran saya adalah...
Alangkah bagusnya jika I.S.A tidak dimansuhkan...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-