Thursday, January 26, 2012

[HOT VIDEO] : Aziz Bari Mahu PAS/PR Pecat MB Kedah Azizan Razak Sebab Sokong AUKU?



Video ini dirakam selepas program Wacana Sinar Harian yang bertajuk 'Masih Relevankah AUKU' yang turut dihadiri oleh Adam Adli, Safwan 'Wheelchair' Anang dan juga kumpulan 'mahasewel' SMM.

Dalam sidang media tersebut seorang wartawan bertanyakan kepada Aziz Bari mengenai tindakan Menteri Besar Kedah DS Azizan Razak berhubung tindakan Azizan yang menggunakan AUKU menghukum pelajar KUIN tempoh hari.

Dengar  video di atas di minit 0:17.

Disebabkan Azizan Razak tetap mempertahankan pendiriannya dalam mengenakan tindakan terhadap pelajar KUIN, Aziz Bari meminta supaya Azizan Razak masuk sahaja BN kerana BN adalah pro AUKU.

Aziz Bari  tegas meminta supaya pihak tertinggi Pakatan Rakyat mengenakan tindakan yang tegas terhadap MB Kedah itu kerana dalam Buku Jingga yang diperjuangkan Pakatan Rakyat mereka berjanji untuk memansuhkan AUKU.

Apakah komen pengikut Azizan Razak setelah Aziz Bari tegas meminta PR mengenakan tindakan sedangkan Aziz Bari bukan ada kaitan serta menjawat apa-apa jawatan dalam parti PAS mahu pun Pakatan Rakyat?

Mungkin juga Azizan Razak bakal menerima nasib yang sama sebagaimana nasib yang menimpa Hasan Ali yang dipecat tanpa sebarang penjelasan dari pucuk pimpinan PAS?

3 comments:

  1. Kat mane kebebasan bersuara? nyatakan pendirian yang dilihat tidak selari dgn kerjasama parti mereka suruh amik tindakan.

    Kalo camni UMNO lebih demokrasi dari PR!

    ReplyDelete
  2. Pecat je mcm Hasan Ali. azizan pun ejen umno ni. wakakakakkaa

    ReplyDelete
  3. Azij Marbari tu sapa, nak tegur MB, tak sedar diri...apa punya bahlol MB Kedah disuruh masuk BN pulak...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-